Bab 49

5K 429 9
                                    

"Kamu semua buat apa di sini? Nasib baik naluri Cikgu Fazleenda betul. Nasib baik juga Ustazah Amina dapat lihat masa depan kamu yang masih cerah. Kalau kamu semua dalam bahaya macam mana?!" Hambur pengetua iaitu Tuan Ramli sebaik sahaja terlihat wajah terkejut anak-anak didiknya.

Yazmin dengan beraninya menerangkan tentang buku 'lagenda Akademi Dary' yang diselidik oleh mereka ketika mereka berada di sekolah yang diduduki mereka buat sementara.

Tuan Ramli meraup wajahnya. "Aduhai... Macam mana boleh wujud pula buku pasal Akademi Dary ni?! Siapa pula yang menghantarnya ke sana?"

"Kita kena selidik tuan. Tiada sesiapa yang tahu tentang akademi ini melainkan guru-guru kita sendiri." Cikgu Fazleenda memberi cadangan.

Ustazah Amina mengangguk setuju. "Benar, tuan. Dahulu pernah terjadi seperti ini, bukan? Dalangnya pun masih belum ditemui."

Pengetua itu mengusap dagunya. "Betul kata kalian. Kamu berlima, tolong kami selidik tentang ini. Bantu kami! Kes ini telah terjadi sejak lapan tahun dahulu." Ujarnya keras.

Aineen, Niysa, Aisyah, Yazmin dan Hanie menarik nafas bising. Masing-masing memaparkan riak terkejut.

"Pernah terjadi? Maksud tuan?" Soal Niysa. Tangannya kelihatan menggigil-gigil.

Tuan Ramli menghela nafas, berat. "Tahu tak, kamu ni kumpulan ketiga yang dihantar untuk pertukaran sekolah selepas lapan tahun dahulu."

"Lapan tahun?!" Aisyah menjerit.

Cikgu Fazleenda mengangguk lalu menyambung. "Kami ingatkan perkara tersebut tak akan ulang lagi. Rupa-rupanya ia terjadi sekali lagi."

Aineen ternganga mendengarkan itu. "Maksudnya, mereka pernah terjadi seperti kami? Macam abang saya nak bunuh saya?" Soalnya, lantang.

Semua menoleh ke arahnya dengan riak terkejut. Kecuali ketiga-tiga guru tersebut.

"Sebenarnya, jelmaan kenalan kamu itu diarahkan untuk membantu kamu mengharungi bait-bait cabaran mimpi namun, ia semakin agresif apabila terlihat kamu gembira dan tidak sabar untuk dikejutkan oleh sahabat-sahabat kamu."

"Perkara yang pernah terjadi ini seperti kamu juga. Kelima-lima pelajar lelaki yang dihantar ke sekolah lain terjumpa buku itu. Tanpa kebenaran, mereka cuba untuk mencari kitab tersebut. Cuma, yang terkena itu hanyalah dua orang. Deria keenam yang agak kuat iaitu pelajar yang boleh melihat tali jodoh dan pelajar yang boleh bercakap dengan haiwan." Terang Tuan Ramli panjang lebar.

Semua terangguk-angguk. Rupa-rupanya, cerita ini belum habis lagi.

"Jadi, kamu semua kena bantu kami siapakah dalang disebalik semua ini."

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now