Terkebil-kebil Hanie memandang jejaka yang berada di sebelahnya itu. "Hah?"
Pelajar lelaki itu bercekak pinggang sambil membuat riak wajah tidak puas hati. "Nama saya Ahnaf dan saya tidak puas hati."
Sahabat-sahabatnya saling berpandangan. Lalu, mereka menoleh semula kepada pelajar lelaki yang bernama Ahnaf itu.
"Awak nak apa? Jangan kacau kawan sayalah!" Marah Niysa. Riak wajahnya kelihatan marah.
Ahnaf mengangkat kedua-dua tangannya seperti mengalah. "Wow. Jangan marah. Saya cuma tak puas hati kenapa saya tak boleh nampak tali jodoh kawan awak ni."
Semua menarik nafas bising. "Apa?"
"Berapa kali saya nak ulang." Gertak Ahnaf sambil mengetuk meja.
Hanie memandang ke meja batu yang berada di sebelah. 'Nampaknya kawan-kawan dia dah pergi.' Bisik hatinya.
Aineen mencuit bahu Hanie. "Hanie, cuba awak tengok jari dia. Ada tali tak?"
Hanie bagaikan baru tersedar. Kemudian, dia melirik ke arah jari kelingking Ahnaf. "Tak ada!" Jerit Hanie, kuat.
"Relax." Ucap Yazmin dan Aisyah serentak. Terkejut mereka mendengar suara Hanie yang tiba-tiba kuat itu.
"Kenapa saya tak nampak awak punya?" Soal Hanie, gelisah.
Ahnaf kelihatan terkejut. "Awak boleh nampak?"
Hanie berdiri menghadap Ahnaf lalu bersuara berang. "Apa awak fikir saya tak nampak? Saya ada deria keenamlah. Saya boleh nampak semua orang punya kecuali saya punya awak faham tak?"
Ahnaf mencebik. "Eleh... Macam dia seorang je."
Yazmin bangkit dari duduk. Dia menyertai Hanie. "Kalau awak nak tahu, kami semua yang berada di sini semua ada deria keenam yang berlainan. Tapi, kenapa awak berdua punya sama, ya?"
Ahnaf membulatkan mata sambil matanya ligat memandang gadis-gadis yang sedang duduk di hadapannya itu. Enam orang. Lima orang pelajar baru dan seorang pelajar sekolahnya. Semua ada derima keenam? Dahsyat.
Niysa mengerling ke arah Yazmin. "Yazmin, tak semua orang berbeza okey." Tegurnya malas.
"Kenapa saya tak nampak awak punya?" Soal Hanie dan Ahnaf serentak.
Maya menghentak meja secara tiba-tiba. "Awak berdua tak boleh fikirkah?"
"Fikir apa?" Soal semua yang berada di situ.
"Cuba fikir sikit. Ahnaf dan Hanie tak boleh nampak tali jodoh mereka sendiri. Sekarang, mereka tak boleh nampak tali jodoh satu sama lain. Mungkin maksudnya, mereka ini berjodoh!" Ulas Maya, selamba. Bersinar-sinar matanya menerangkan.
"Apa?!"
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...