Bab 29

6.7K 573 26
                                    

Keesokan harinya...

"Wa... Ngantuknya." Tutur Maya sambil menggosok matanya. Langkahnya juga longlai.

Yazmin membetulkan tudungnya sambil berjalan dengan hentakan kaki yang kuat. "Awak jangan lupa yang hari ni, hari ni juga! Nak kena cari pelajar yang seorang itu." Ujarnya tegas.

Maya memandang Yazmin. "Hah?" Soalnya dengan wajah yang tidak faham.

"Awak tak faham ke?" Tanya Aisyah. Maya menggelengkan kepalanya.

"Maksud dia, kita kena cari ahli baru tu hari ni juga." Pintas Aineen. Maya mengangguk menandakan yang dia faham.

Niysa membetulkan begnya sebelum melangkah laju meninggalkan mereka yang lain. "Ya... Dah. Jom cepat."

"Jom!" Ucap Hanie bersemangat. Kemudian, mereka semua berjalan pantas menuju ke sekolah.

♢♢♢♢♢

Waktu rehat menjelma, para pelajar pun bersuka ria. Suasana hiruk-pikuk sekolah bertambah tatkala waktu yang menyeronokkan itu tiba.

Kali ini, mereka tidak lagi ke perpustakaan. Kini, mereka meluangkan masa di meja batu yang berada di dalam taman sekolah. Bunga-bunga dan pepohon yang dicantas rapi menjadi pemandangan mereka di situ. Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan ketenangan.

"Hanie." Panggil Yazmin. Bukunya yang berada di tangan menutup mulutnya.

Hanie yang berada dihadapannya mengangkat kepala. "Ya?" Soalnya lalu sambung mengunyah makanan.

Aisyah yang 'sekepala' dengan Yazmin pula menyambung. "Awak tak perasan ke?"

Hanie yang baru sahaja mahu menyuap sesudu nasi ke mulut, terhenti perbuatannya itu. "Err.. Apa?"

Maya yang sedar akan situasi itu, menuding ke satu arah. Hanie menoleh ke arah tersebut. Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang merenungnya tajam dari meja batu yang berada di sebelah mereka. Sahabat-sahabat pelajar lelaki itu pula tidak mengendahkan perbuatan pelajar lelaki itu. Pelik!

"Kenapa... Dengan lelaki tu?" Soal Hanie, seram sejuk. Air liur ditelan kesat.

Aineen menepuk bahu Yazmin secara tiba-tiba. "Awak bacalah fikiran lelaki itu." Sarannya.

Yazmin menjeling Aineen di sebelah. "Kan saya dah cakap, saya tak suka."

"Tapi ini keadaan darurat. Awak kena buat!" Arah Niysa. Sudu yang berada di tangan diketuk-ketuk pada pinggan.

Yazmin menggeleng laju. "Saya tak nak!"

"Sudahlah itu. Tak payah kisah sangat. Bukannya ada apa pun. Buat kerja masing-masing." Hanie bersuara tegas. Semua mula membuat kerja masing-masing.

Tanpa mereka sedari, pelajar lelaki tadi berjalan mendekati Hanie.

Hanie yang sedang enak mengunyah makanan terkejut apabila terlihat seorang pelajar lelaki berdiri di sebelahnya.

"Awak nak apa?" Soal Hanie, ketakutan. Dia mendongak bagi melihat pelajar lelaki itu.

Yazmin, Aisyah, Aineen, Niysa dan Maya terdiam. Mereka hanya melihat adegan antara dua manusia di depan mata mereka itu.

"Awak nak apa?" Hanie mula meninggikan suara apabila pelajar lelaki itu tidak menjawab apa-apa malah menajamkan lagi tenungannya. Perbuatannya itu membuatkan Hanie berasa tidak selesa.

Lelaki itu mendekatkan wajahnya pada tangan Hanie. Kemudian, dia memandang Hanie dengan wajah serius.

"Kenapa saya tak nampak tali jodoh awak?"

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now