Bab 21 (3)

7.7K 542 6
                                    

Bunyi loceng menandakan waktu rehat berakhir, kini para pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas.

Fazli berjalan sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek. "Aduh, ramainya orang." Bisiknya sambil cuba untuk menyembunyikan wajah.

Berjalan punya berjalan, dia telah terlanggar seorang pelajar lelaki yang tidak dia kenali. Dia segera memohon maaf dengan tertunduk-tunduk.  Namun, lelaki itu menolaknya kuat sehingga terhumban ke sebatang pokok berdekatan.

"Aduh!" Ucap Fazli. Matanya tertancap pada seorang pelajar lelaki yang berkaca mata.

"Lain kali, jalan elok-elok." Pesan pelajar itu lalu berlalu pergi.

Fazli menyentuh bibirnya. Tangannya dilihat dan kelihatan darah yang banyak berada pada tangannya. Buat beberapa ketika, pandangannya menjadi berpinar-pinar. Selepas itu, dia tidak sedarkan diri.

∆∆∆∆∆

Fazli membuka matanya perlahan-lahan. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Akhirnya, matanya dapat menangkap suasana yang dikenalinya itu. Bilik kesihatan rupanya.

"Awak okey? Nak tahu tak, saya selamatkan awak tadi." Ujar satu suara dari sisinya. Fazli memandang pemilik suara tersebut.

"Oh. Yakah? Terima kasih sangat-sangat. Nama saya Fazli." Kata Fazli sambil menghulurkan tangan.

Tangannya disambut lembut oleh lelaki itu. "Oh... Nama saya Wan Zainudin." Jelas lelaki itu sambil membetulkan songkok yang berada di atas kepala.

Fazli hanya tersenyum. Hari ini, dia mendapat sahabat baru.

∆∆∆∆∆

Jasmin memandang Fatehah yang berada disebelahnya. Untuk pengetahuan semua, mereka sedang ponteng kelas Bahasa Inggeris.

"Ahh... Bestnya duduk sini." Ujar Fatehah.

Jasmin membulatkan mata memandang Fatehah. "Best kau kata? Dalam tandas?"

Fatehah menggeleng laju. "Maksud aku, best sebab tak payah masuk kelas."

Jasmin menggolekkan bebola matanya. "Yalah tu."

Fatehah duduk di atas mangkuk tandas. "Hari itu kan, yang kita dengar budak berlima tu cakap dekat bilik kesihatan dengan perpustakaan tu, mereka cakap pasal apa, ya?"

Jasmin berpeluk tubuh. Dia memandang tandas yang serba bersih itu. "Mereka cakap pasal akademi mereka kot. Suka sangat cakap pasal Akademi Dary. Entah apa-apa."

"Akademi Dary tu akademi apa?" Soal Fatehah, hairan. Kepalanya disengetkan.

Jasmin menjongketkan bahu. "Entahlah kawanku." Balasnya bosan.

"Hoi! Kamu berdua buat apa dalam tandas ni?!" Jerit seseorang dari luar.

"Makcik dengar kamu berbual-bual dari tadi." Sambung suara itu lagi.

Jasmin dan Fatehah terdiam. Mereka menikus.

"Makcik nak basuh tandas ni. Kalau kamu tak nak keluar, tak apa. Makcik kira sampai tiga. Kalau tak keluar juga tak tahulah." Sambungnya lagi.

Jasmin dan Fatehah sempat lagi berbincang sesama sendiri.

Satu... Dua.... Tiga!

Kedua-dua gadis itu menjerit kuat. Mereka membuka selak tandas dalam keadaan yang basah kuyup.

"Itulah! Makcik suruh keluar, kamu tak nak. Tengok apa dah jadi." Kata makcik itu tegas. Tangannya memegang mop yang besar.

Jasmin dan Fatehah hanya menjeling makcik itu lalu keluar dari tandas. Nasib mereka baik, kerana tiada pelajar yang berada di situ.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now