Bab 45

5.3K 415 4
                                    

"Wargh!" Yasmin terjerit kecil apabila dia tiba di suatu tempat yang aneh. Tempat itu dipenuhi ramai manusia tetapi tiada tempat untuk bertapak. Hanya warna putih menyinari tempat tersebut.

Banyak suara menerjah ke mindanya. Tanpa ditahan, suara-suara tersebut mulai bising dan banyak.

"Ah! Ah! Ah!" Jerit Yazmin sambil menutup telinganya. Dia tidak boleh menghentikan suara tersebut. Kelebihannya diguna dengan sendirinya.

Yazmin duduk sambil menggigit bibir. Manusia yang lalu lalang langsung tidak menghiraukannya.

"Yazmin." Satu suara memanggilnya. Dia menoleh pantas.

"Raudah!" Jerit Yazmin lalu memeluk sahabatnya itu. Sudah tiga tahun sahabatnya itu meninggalkannya.

Raudah tersenyum manis. "Yazmin, saya hanya dihantar bagi membantu awak."

Dia menarik tangan Yazmin bagi menghadap ke kawasan yang mempunyai ramai orang.

"Yazmin, tempat ini. Tempat ini awak mampu untuk buat apa sahaja. Awak diberikan masa untuk berada di sini.  Awak boleh pilih orang, baca fikiran mereka." Sambungnya.

Yazmin mengerutkan dahinya. "Termasuk kawan-kawan? Keluarga?"

Raudah menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan. "Awak ingat macam mana awak datang sini?"Soalnya.

Yazmin berdiam diri. Cuba mengingati semula apa yang terjadi.

"Janga-" Belum sempat Niysa menghabiskan kata-katanya, Yazmin berlari masuk bagi menyelamatkan sahabat-sahabatnya.

Yazmin menekup mulutnya. "Alamak! Apa yang saya sudah buat ini?!" Dia meraung kesal.

Raudah menenangkan Yazmin dengan menepuk bahu sahabatnya itu. "Jangan risau. Kawan-kawan awak sedang cuba untuk selamatkan awak. Awak jangan risaulah. Nanti dia orang datanglah selamatkan awak, ya. Jomlah kita kembara dunia ini."

Yazmin mengangguk lalu mengikuti langkah Raudah. Raudah tersenyum sinis.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now