Aineen mendekati Niysa lalu memegang bahu sahabatnya itu. "Kenapa ni Niysa? Awak nampak apa?"
Nafas Niysa turun naik. Matanya digerak-gerakkan ke segenap arah. Kemudian, dia bersuara tenang. "Saya... boleh nampak semuanya."
"Ha?!" Jerit Maya, Fazli, Hanif, Hanani, Hana, Syahirah dan Umi serentak. Masing-masing menekup mulut.
Zulhelmi tersenyum sinis. Tangannya dilayang-layangkan di udara. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Hanie menarik tangan Niysa supaya sahabatnya itu berdiri dekat dengan mereka. "Niysa, apa yang awak nampak?"
Niysa berdiri tegak sambil mengerling ke arah Zulhelmi yang menayangkan wajah bengis. "Oh, patutlah kami tidak boleh menggunakan kelebihan kami pada awak. Rupanya awak menggunakan sesuatu dan deria keenam awak bukannya anugerah daripada Allah!" Jeritnya.
Semua yang berada di situ terdiam.
Zulhelmi ketawa besar. "Ya. Aku telah membuat perjanjian dengan syaitan supaya diri aku menjadi kuat dan mempunyai banyak kelebihan."
Aineen dapat merasakan sesuatu. Kemudian, dia menjerit. "Niysa, ke tepi!"
Niysa melompat ke kiri dan dalam masa yang sama sebuah kerusi melayang ke arah tempat dia berdiri sebelum ini.
"Saka engkau... Memang kuat. Namun, kuasa Allah lebih kuatlah!" Ujar Niysa lalu surah-surah lazim mula meniti di bibir.
Hanie, Yazmin, Aineen dan Aisyah yang sedar akan perkara itu, turut membuat perkara yang sama. Mereka mula membaca surah-surah yang dihafal.
Zulhelmi menjerit-jerit kesakitan. Buku-buku perpustakaan dibaling pada ahli-ahli akademi yang baru. Insan-insan yang tidak bersalah itu lari bertempiaran.
Kelima-lima gadis itu mengambil sesuatu dari poket baju sekolah mereka. Kemudian, mereka mengangkat tangan tinggi-tinggi.
"Kita kena tamatkan makhluk laknat ini." Ucap Niysa, serius.
Lalu sebuah batu seremban dibaling oleh kelima-lima gadis itu ke arah Zulhelmi. Batu seremban itu pecah lalu pasir yang berada di dalamnya terkena pada tubuh Zulhelmi. Zulhelmi berguling-guling di atas lantai sambil mengerang kesakitan. Beberapa minit kemudian, dia rebah tidak sedarkan diri.
"Alhamdulillah." Ucap mereka berlima serentak. Kemudian, mereka berpelukan kerana gembira akan pencapaian yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini.
Ahli-ahli baru akademi keluar dari tempat persembunyian. Mereka teruja melihat apa yang baru sahaja berlaku.
"Hebatnya kalian!" Sorak Maya, teruja.
Aisyah tersenyum kecil. "Nanti di akademi, kalian akan belajar juga pasal benda ni." Tuturnya sopan.
"Sebelum ini, tidak pernah pun kami buat." Kata Yazmin selamba. Riak bangga tidak dapat disembunyikan olehnya.
"Awak semua boleh buang saka?" Soal Fazli.
Aineen menggeleng. "Bukan. Kami hanya melemahkan semangatnya." Balasnya.
"Sebab itu lah dia pengsan. Buat sementara waktu, dia akan lupa tentang perjanjian dia itu dengan saka dia itu." Terang Hanie penuh yakin.
Semua mengangguk, faham.
Niysa bercekak pinggang. "Sebelum balik semula ke akademi, kita kena cari lagi seorang ahli kita." Ujarnya lalu menghidupkan alat yang menghubungkannya dengan pengetua Akademi Dary.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasiAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...