Aineen berlari ke arah cermin tandas. Dia berdiri di hadapan cermin tersebut sambil merenung pantulan dirinya dengan tajam.
"Baiklah, ini masanya untuk saya melihat masa hadapan saya supaya peperiksaan nanti, senang sikit. Bismillah..."
Aineen tersenyum gembira. Dia terlihat kertas periksa yang akan diambilnya selepas peperiksaan tertera huruf A di atasnya.
"Alhamdulillah... Jadi, saya mampu untuk membuat kerja lain. Tidak perlulah saya bekerja keras untuk periksa kali ini."Ujarnya, gembira.
〰〰〰〰〰
"Ah!" Aineen terjerit kecil. Dia menggenggam kertas periksanya sehingga renyuk.
Dia tertawa kecil pula apabila terlihat kertas periksa yang lain. Tidak sangka pula keadaan akan menjadi begini.
"Nampaknya, saya bukan dapat A untuk pelajaran teras. Saya hanya mendapat A dalam pelajaran yang tidak teras. Hahaha..."
Kecewa. Itu yang dirasakannya.
〰〰〰〰〰
"Assalamualaikum Aineen." Yazmin memberi salam lalu duduk di hadapan Aineen yang sedang menjamah makanan di kantin. Hanie, Aisyah dan Niysa juga turut mengambil tempat.
Aineen mengangguk perlahan. "Waalaikumussalam."
"Aineen, mengapa semalam saya terdengar awak berkata-kata seorang diri di dalam tandas bilik?" Soal Aisyah dengan riak wajah hairan.
Aineen berhenti mengunyah makanan lalu tersenyum sumbing. "Ahahahah.... Itu tiada apa-apalah.."
"Kalau begitu, bagaimana dengan peperiksaan awak?" Soal Hanie pula.
Sekali lagi, Aineen tersenyum kelat. "Baik-baik sahaja. Mengapa tanya?"
"Tiada apa-apa. Saya mahu tahu sahaja." Balas Hanie sambil tersenyum manis.
Niysa berdiri secara drastik lalu berkata lantang. "Mari sahabat, kita pergi beli makanan. Saya dah lapar ni."
"Jom!" Ucap Aisyah, Yazmin dan Hanie serentak.
Aineen menghela nafas lega. "Nasib baik..."
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...