Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam perpustakaan, pelajar-pelajar baru itu meluaskan penglihatan mereka. Ia mempunyai banyak tingkat dan terdapat satu ruang bulatan yang berada di tengah-tengah setiap tingkat.
"Mak aih, besarnya!" Maya hampir menjerit.
Fazli juga hampir menjerit. "Perpustakaan ni ada berapa tingkat? Awat besar sangat? Wahh!"
Hanie tersengih. "Ada, empat tingkat!" Bilangnya. Jarinya menunjukkan angka empat.
Mata Ahnaf terbuntang luas. "Besar bangat sih!"
"Oi, mengarut apa ni." Tegur Hanif, tidak senang.
Hana dan Hanani menuju ke rak buku yang terdapat pelbagai buku fantasi. Umi dan Syahirah pula menuju ke rak buku yang terdapat pelbagai buku agama.
"Empat tingkat? Ada buku apa kat sini? Sebab banyak sangat!" Kata Maya. Dia menjadi tidak keruan apabila terlihat buku yang terlalu banyak.
"Yang awak macam orang tak betul ini sudah kenapa?" Soal Yazmin, selamba. Muka toya ditayangkan.
Maya merenung Yazmin. "Bukan tak betul tapi, saya teruja sangat! Tak tahu nak kata apa."
"Saya akan jawab pertanyaan Maya. Dekat sini, terdapat perlbagai jenis buku. Agama, fantasi, fiksyen, bukan fiksyen, bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab, teknologi, sastera, addmath, fizik, biologi, kimia..."
"Cukup Niysa, cukup." Pintas Aineen, kurang senang. Pening dia mendengarnya.
Niysa berhenti berhujah. Aisyah dan Yazmin pula sudah ketawa terbahak-bahak.
"Eh! Mana Hanie?" Soal Aineen, mencari kelibat Hanie.
Aisyah Menjongketkan bahunya. "Dah menghilangkan diri bersama Ahnaf. Dating lah tu."
"Oi! Saya dengarlah!" Jerit Hanie dari tingkat dua. Mereka semua mendongak bagi melihatnya.
"Hahaha... Maaf, Hanie." Pohon Aisyah, gelabah. Tidak tahu pula jenakanya itu didengari.
Mereka semua mula membawa haluan masing-masing. Hanie bersama Aineen, Fazli bersama Maya, Hanif bersama Ahnaf, Umi bersama Syahirah, Hana bersama Hanani manakala Niysa pula membuat hal sendiri.
Sedang Aisyah dan Yazmin berjalan beriringan, mereka terjumpa sesuatu yang menarik perhatian mereka.
"Kalian! Kami terjumpa sesuatu!" Jerit Mereka berdua dari tingkat empat. Mentang-mentanglah tiada pengawas perpustakaan di situ buat masa ini.
Cepat-cepat mereka semua mendaki tangga bagi menuju ke tingkat atas sekali. Mereka menghampiri Aisyah dan Yazmin yang berada di hujung lorong.
"Kamu berdua jumpa apa?" Soal Umi sambil tertunduk-tunduk.
Aisyah menekan sebuah bulatan yang dianggapnya butang yang terdapat di sebelah sebuah rak buku. Sebaik sahaja butang itu ditekan, rak buku tersebut berpusing lalu terbentuknya sebuah pintu yang bersaiz sederhana besar.
"Pintu apa ini?" Soal Hanani. Tangannya memegang tangan Hana.
Yazmin membuka sebuah buku yang dipegang olehnya. "Entah. Kalau ikutkan peta perpustakaan, tak ada pun pintu ni."
"Uyyoo... Perpustakaan pun ada peta?" Soal Maya, teruja. Dia melompat kecil.
Hanie menghela nafas. "Manalah tahu dalam ni ada kitab yang kita cari tu ke kan? Jom masuk." Dia membuat andaian sendiri. Jarinya dituding ke arah pintu tersebut.
"Tanpa kebenaran ustazah?" Tanya Niysa, tegas.
Aineen sudah melangkah masuk. "Kalian tunggu apa lagi? Saya masuk dulu!"
Apabila terlihat Aineen melangkah masuk. Terus sahaja mereka semua mengikuti langkah gadis itu melalui sebuah lorong yang diterangi cahaya malap.
Pintu tersebut tertutup dengan sendirinya.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...