Bab 6

10.3K 792 4
                                    

"Kalian cakap apa ini?" Soal Maya tidak faham. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Niysa tersenyum kecil. "Awak tahu tak tentang Akademi Dary?" Soalnya.

Maya menggaru kepalanya lagi. "Macam pernah dengar."

Aineen bercekak pinggang lalu mengambil tempat di katil sebelah. Badannya menghadap Maya. "Orang yang ada deria keenam seperti awak mesti tahu." Ujarnya yakin.

Yazmin merasakan tepukan pada bahunya. Dia segera menoleh pantas. "Awak gunalah kuasa awak untuk baca fikiran dia. " Bisik Aisyah.

"Saya tidak suka." Bisik Yazmin kembali. Maka, Aisyah pun bermasam muka.

Maya mendiamkan diri sementara mindanya ligat berfikir. Dia memandang syiling sebelum merenung semut yang berada di tangannya itu. Dengan izinNya, mindanya dapat menangkap sesuatu. "Oh, ya! Akademi yang- yang tu ha- yang-"

Hanie sudah mula bosan tatkala biaca Maya tersangkut-sangkut. Dia menyampuk geram. "Akademi yang mana menempatkan semua pelajar yang mempunyai deria keenam!"

Maya menekup mulut kerana tidak percaya. "Awak semua dari akademi itu ke?"

Mereka berenam mengangguk laju sambil tersenyum manis.

"Ahhh!!!" Jerit Maya menggunakan jeritan 'Fangirl'.

Maya menggoyangkan badan Niysa. "Saya teringin nak ke sana! Tapi, orang kata akademi tu tak wujud! Awak semua mesti ada kelebihan yang tersendiri!"

Niysa mula berasa pening. Tergapai-gapai dia meminta pertolongan.

"Awak jangan bagitahu sesiapa tahu! Termasuklah orang yang sangat-sangat rapat." Pesan Yazmin. Tangannya digerak-gerakkan di hadapan Maya.

Maya mengangguk laju. Air mata terharu bergenang pada matanya.

"Sudah, mari kami ceritakan tentang kehidupan kami di sana dan kelebihan kami." Ujar Aineen bagi menutup kekecohan.

Bermulalah dari kisah perkenalan mereka berlima buat kali pertama dan kelebihan mereka. Sahabat baru, mencipta sejarah baru. Kini, Maya tidak lagi bersendirian. 

∆∆∆∆∆

Dua orang gadis melangkah masuk ke dalam dorm mereka. Terdapat pelbagai jenis snek pada tangan mereka berdua. Sebelum melangkah ke lokar, mereka melihat sekeliling. Kelihatan lima orang gadis sedang duduk di atas katil masing-masing sambil membaca Al-Quran.

Mereka berdua memandang 'budak pelik' itu pula. Kelihatan pelajar itu sedang tidur lena.

Buat seketika, kelima-lima pelajar baru itu menghabiskan bacaan Al-Quran. Selepas meletakkan Al-Quran di tempat yang sepatutnya, Niysa yang berada di katil atas membuka bicara.

"Oh! Assalamualaikum. Awak berdua belum kenalkan diri awak berdua."

Aineen, Hanie, Aisyah dan Yazmin mengiyakan. Sudah satu dorm, haruslah saling mengenali.

Kedua-dua gadis itu terdiam. "Itu tidak penting." Ucap mereka dengan sombong.

"Yakah? Wahai Jasmin dan Fatehah, awak berdua sangat sombong. " Ujar Yazmin sambil tersenyum sinis. Dia menutup semula kelebihan mindanya.

Kedua-dua gadis itu terkejut. Mereka berdua memandang Yazmin.

"Macam mana awak tahu nama kami?" Soal gadis bernama Jasmin. Gadis yang bernama Fatehah pula mendiamkan diri.

Kening yang dijongketkan menjadi jawapan Yazmin. Aineen dan Hanie yang berada di bawah pula ketawa tanpa suara. Bila disuruh menggunakan kelebihan, tidak mahu. Bila berkenaan sesuatu yang tidak penting, mahu pula. Itulah Yazmin, seorang yang suka mengikut kepala sendiri.

Aisyah memandang kedua-dua gadis tersebut sambil memegang satu objek yang berada di dalam dorm tersebut. Sebenarnya, Aisyah bukan memandang mereka namun, sedang menonton kisah silam objek tersebut.

"Kenapa budak itu pandang kita?" Bisik Fatehah kepada Jasmin sambil menuding ke arah Aisyah dalam diam. Jasmin hanya menjongketkan bahu seraya menggeleng.

Niysa melihat sahabat-sahabatnya sebelum menoleh ke arah Jasmin dan Fatehah. Dia memegang tasbih yang berada di tangannya dengan erat.

Dalam kebosanan, Hanie melirik jari kelingking gadis-gadis itu dari kejauhan. 'Hmm... Jauh lagi nampaknya jodoh mereka.' Getus hatinya. Selepas itu, dia sambung membaca buku.

Aineen pula sedang menonton masa hadapan Maya dengan senyuman. Sangat menyeronokkan!

Janggal. Itulah apa yang dirasakan oleh dua orang penghuni dorm ini. Sejak ada lima orang pelajar baru, mereka berasa kurang selesa. Bagi menghilangkan rasa itu, Jasmin dan Fatehah menarik nafas dalam lalu melepaskannya perlahan-lahan. "Whatever." Tutur mereka berdua lalu menuju ke katil masing-masing.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now