"Kawan-kawan, pengetua kata, minggu depan dah boleh balik akademi! Dengan ahli baru sekali!" Ucap Yazmin dengan teruja pada hari itu.
Aineen, Aisyah, Niysa dan Maya melompat gembira manakala Hanie dan Ahnaf pula masih mendiamkan diri dengan wajah yang merah padam.
"Hello si pasangan, awat senyap ajo?" Niysa mula menyakat.
Hanie menyorok di belakang Aineen. "Mana ada!"
Melihatkan itu, Aineen menepuk bahu Niysa lembut. "Niysa, sudahlah tu."
Niysa, Yazmin dan Aisyah ketawa mengekek. Hanie pula sudah merangka ayat di dalam kepala.
"Awak jangan sampai saya putuskan tali jodoh awak semua!" Ucap Hanie berani.
Mereka semua terdiam. Ahnaf memandang Hanie tidak mengerti manakala Hanie pula membuat isyarat mata bersama Ahnaf.
"Ayok... Main isyarat mata... Dosa!" Usik Aisyah.
"Biarlah mereka itu. Nanti jadi pasangan jugak!" Ucap Yazmin, selamba. Muka toya ditayangkan.
Hanie merasakan darah menyerbu ke seluruh wajahnya. Terus tidak jadi untuk menjayakan rancangannya.
"Dahlah, jom panggil semua ahli." Arah Niysa, tersenyum.
"Buat apa?" Soal Aineen.
Niysa merengus lalu berpeluk tubuh. "Ada hal saya nak bincang."
♢♢♢♢♢
"Balik akademi yang baru? Macam mana nak kemas baju, nak bagitahu ibu bapa, nak bayar duit, nak isi borang pertukaran sekolah, nak pergi naik apa? Bila?" Soal Fazli dalam satu nafas.
Semua terdiam manakala pelajar-pelajar Akademi Dary sudah ketawa kecil.
"Bagi pelajar yang bernama Hanif bin Muhammad, Hana binti Muhammad, Hanani binti Muhammad dari kelas satu Mirwana, sila ke pejabat sekolah sekarang." Satu suara dari corong pembesar suara menggamatkan sekolah.
"A..." Belum sempat Hanif berbicara, suara itu memintas lagi.
"Bagi pelajar yang bernama Maya binti Asyraf dari kelas dua Mirwana, Ahnaf bin Hadif dari kelas dua Mirwana, Umi binti Luqman dan Syahirah binti Ibrahim dari kelas tiga Hijjaz serta Muhammad Fazli bin Fazril dari kelas dua Rabbani, sila ke pejabat sekolah sekarang."
Ketujuh-tujuh pelajar itu memandang Niysa, Hanie, Yazmin, Aisyah dan Aineen dengan mata yang membulat. Masing-masing sudah berdiri tegak.
"Lihat, semuanya sudah menjadi mudah." Tutur Aineen, tersengih.
"Ahli Akademi Dary, ada dimana-mana!" Kata Aisyah pula. Dia menguntum senyuman manis.
Kelapan-lapan insan yang sedang duduk itu saling berpandangan. Nampaknya, akademi ini benar-benar ingin membawa mereka ke sana. Tidak main-main dan tidak berdolak-dalih.
Akhirnya, mereka semua menuju ke pejabat sekolah bersama-sama.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasíaAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...