"Apa?!" Jerit sahabat-sahabatnya dalam nada terkejut. Suara mereka memenuhi kereta itu.
Hanie masih melihat jari kelingkingnya. "Saya nampak tali jodoh saya! Alhamdulillah."
Cikgu Fazleenda tersenyum. "Mungkin kamu sudah dekat dengan si dia." Katanya sambil menjongketkan kening berkali-kali.
Hanie tersenyum malu. Agaknya siapa jodohnya, ya?
Dengan peluang ini, Hanie meneliti jari sahabat-sahabatnya. Dibeleknya satu persatu.
"Hey! Apa awak buat ini?" Soal Aineen sambil menarik tangannya dari pegangan Hanie.
Hanie menjongketkan bahu. "Hurmmm... Jauh lagi." Gumamnya sendiri.
Niysa menyoal tegas. "Apa benda?"
Hanya senyuman sehingga menampakkan gigi Hanie hadiahkan kepada Niysa. "Tiada apa-apa." Jawabnya tenang.
Aisyah dan Yazmin menggelengkan kepala. Apalah nak jadi dengan gadis kecil ini.
"Mari masuk. Kita daftar dahulu." Ajak Cikgu Fazleenda tatkala keadaan kian reda.
∆∆∆∆∆
Sedang Cikgu Fazleenda berurusan dengan pengurus pendaftaran, mereka berlima duduk di kerusi yang disediakan. Suasana akademi baru mereka itu mereka amati dengan penuh keasyikan. Lampu-lampu kecil di syiling menjadi tatapan mereka. Masing-masing berada dalam dunia sendiri.
"Agaknya setiap dorm ada berapa orang, ya?" Soal Aisyah yang sedang menggoyangkan kakinya. Rasa bosan sudah mula bertakhta di hati.
Aineen memegang kepalanya sambil memejamkan mata. Deria keenamnya diaktifkan buat sementara. Kemudian, dia membalas. "Ada lapan."
Hanie masih membelek-belek jarinya. Niysa pula memandang sekeliling. Kelihatan beberapa orang pelajar beruniform lalu-lalang di dataran besar. Meski ada mereka yang tidak bertudung dan berbangsa lain, Niysa tidak berasa terkejut. Apa yang menarik perhatiannya ialah makhluk Allah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
"Hurmm.. Ada juga yang berkeliaran." Bisiknya perlahan. Al-Quran yang berada di tangan dipeluknya erat. Di akademi, tidak banyak yang dapat dilihatnya oleh sebab pendinding yang telah dibina pada suatu masa dahulu. Di sini, lain pula keadaannya.
Setiap seorang daripada mereka pasti akan membawa Al-Quran ke mana-mana sahaja. Sekiranya uzur, ada sarung bagi melitupi Al-Quran mereka agar mudah untuk disimpan.
Ketika kesunyian sedang dinikmati mereka, tiba-tiba sahaja Yazmin menjerit. "Ini tidak adil!"
Niysa menjongketkan kening memandang Yazmin. "Kenapa?"
Yazmin berpeluk tubuh sambil mencebik. "Hanie ada kelebihan penuh. Dia sudah tidak ada kelemahan!"
Hanie, Aisyah, Niysa dan Aineen saling berpandangan. Hah?
Aisyah mengerutkan dahinya kemudian menyoal. "Apa yang awak cakap ni? Saya tak fahamlah."
Jari Yazmin menuding ke arah Hanie. "Tengok. Kelemahan dia kan tak boleh nampak tali jodoh sendiri. Tapi, lihat sekarang." Luahnya tidak puas hati.
Mereka semua memandang Hanie dengan renungan tajam. Hanie menelan air liur kesat. Apa salahnya?
"Ya. Kelebihan akan datang bila-bila. Mungkin dia hanya nampak apabila dekat dengan jodohnya sahaja." Sampuk Cikgu Fazleenda yang muncul dari balik pintu. Sebuah fail berada di tangannya.
Aineen tersenyum lebar. "Jadi, adakah kami pun akan ada juga?"
Cikgu Fazleenda mengangguk kecil. "Ya. Mungkin mengikut persekitaran disini." Balasnya dengan senyuman.
"Yeay!!" Mereka berlima bersorak gembira.
Cikgu Fazleenda ketawa kecil melihat perangai mereka yang kebudak-budakan itu. Beg tangan yang berada di bahu dibetulkan. "Sudahlah. Mari ambil beg pakaian di kereta saya. Kita akan menuju ke dorm."
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasíaAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...