Sunyi. Itulah suasana di dalam tempat tersembunyi tersebut. Hanya derapan kaki sekumpulan pelajar itu sahaja kedengaran bergema dari segenap arah.
"Banyaknya sawang labah-labah!" Rungut Maya sambil mengibaskan tangannya. Lorong itu semakin lama semakin kecil setiap kali mereka maju ke hadapan.
Fazli sempat menjeling gadis itu. "Elok lagi kalau sawang je. Daripada ada labah-labah."
Maya memukul bahu Fazli, kuat. "Eeei.. Jangan sebut! Saya geli."
Fazli mencebik. "Hek eleh, labah-labah je kot. Daripada-"
"Lipas!" Jerit Hanani dan Hana. Lipas yang banyak memenuhi dinding pada lorong yang akan dilalui oleh mereka.
"Aaaa!!" Semua gadis menjerit sambil berlari bertempiaran. Ahnaf dan Fazli pula hanya saling berpandangan. Hanif pula ikut berlari sama.
"Maya, awak kan ada kelebihan untuk bercakap dengan binatang. Awak cakap dengan mereka boleh?" Soal Umi sambil cuba untuk tersenyum. Syahirah yang berada di belakangnya terangguk-angguk.
Maya membuat riak kegelian. "Saya gelilah!"
Lipas-lipas tersebut menghampiri Maya. Badan mereka terangkat-angkat seperti mengatakan sesuatu.
"Maaf ya lipas-lipas sekalian. Saya tak bermaksud yang kau orang ni kotor, cuma saya geli saja." Balas Maya tiba-tiba.
Semua yang berada di situ hanya memandang Maya yang sedang berkomunikasi dengan sekumpulan lipas.
"Boleh beri kami laluan untuk ke hujung sana? Sahabat-sahabat saya takut dengan kalian." Ujar Maya, sopan.
Lipas-lipas tersebut kelihatan bergerak-gerak. Kemudian, mereka berjalan ke belakang, melepasi mereka semua.
"Eh? Mereka nak pergi mana?" Tanya Yazmin sambil matanya mengikuti pergerakan lipas-lipas tersebut.
Maya tersenyum nipis. "Mereka nak keluar dari sini. Tempat ni dah lama ditinggalkan. Tak sangka pula yang akan ada manusia lalu di sini lagi."
"Ooo... Kiranya mereka ni tumpang sajalah, tak gitu?" Soal Aineen, membuat andaian sendiri.
Maya menggaru kepalanya yang ditutupi tudung. "Mungkin. Hehehe..."
Niysa mengeluh kecil sebelum bersuara. "Sudahlah itu. Jom sambung jalan."
"Jom."
♢♢♢♢♢
Selepas beberapa minit berjalan, mereka semua mula keletihan. Masing-masing tercungap-cungap mengambil nafas.
"Jauh lagikah?" Soal Aisyah, kepenatan.
Niysa meletakkan tangannya di atas dahi sambil mengecilkan mata. "Saya pun tak tahu."
"Niysa, saya nak tanya boleh?" Soal Fazli, ragu-ragu.
Niysa menoleh tanpa menghentikan langkah. "Apa dia, Fazli?"
Tersengih Fazli tatkala Niysa menjawab tanpa memandangnya. "Awak tak ada nampak ke benda-benda yang.... Awak tahu... Yang ghaib?"
Niysa menguntum senyuman. "Bukannya tak ada. Memang selalu nampak. Cuma tempat ini terlindung. Hanya certain makhluk halus saja yang dapat lepas." Jelasnya.
Fazli mengangguk faham. "Ouh..."
Hanie mengecilkan matanya. Terlihat satu cahaya kecil yang berada pada hujung lorong.
"Kat situ!" Jerit Hanie dan Ahnaf serentak.
"Jangan ikut sayalah!" Ujar mereka serentak lagi.
Bergaduh, bergaduh dan bergaduh lagi. Akhirnya, kedua-duanya berdiam diri.
"Senyap pun." Gumam Hanif. Dia berasa lega.
Cahaya itu semakin dekat. Semakin lama, semakin terang.
Rupa-rupanya ia merupakan sebuah bilik yang tiada lampu, tetapi terang dengan cahaya.
"Tak ada lampu. Tapi, terang?" Hanif kelihatan takut.
"Hey big brother. Tak akanlah takut. Ha?" Soal Hanani,sinis sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
Mereka berlegar-legar di bilik itu buat sementara.
Kemudian, Yazmin terjumpa sesuatu. "Kalian! Apa ni?"
Mereka semua mendekati Yazmin. Kelihatan, Yazmin sedang menuding ke arah sebuah buku yang sederhana besar.
Buku itu diletakkan di atas sebuah meja manakala di sekelilingnya- di atas lantai, terdapat banyak pelekat merah diletakkan bagi membentuk bulatan.
Niysa terlihat sebuah papan tanda yang terletak di tepi dinding. Dia membacanya.
"Dilarang melangkah masuk. Bahaya! Terutamanya manusia yang mempunyai deria keenam." Niysa membacanya dengan intonasi yang direkanya sendiri.
Niysa menoleh ke arah sahabat-sahabatnya. "Jangan langkah dekat warna merah tu! Nanti-"
Belum sempat Niysa menghabiskan kata-katanya, dua orang gadis telah melangkah masuk.
Aineen dan Aisyah.
Kejadian yang tidak dapat dijangka berlaku dalam sekelip mata.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...