Seminggu kemudian...
"Aahh!! Impian saya nak ke Akademi Dary akhirnya tercapai!" Jerit Maya di perhentian bas yang berada di hadapan sekolah mereka itu. Beg pakaian yang berada disebelahnya diketuk-ketuk.
Fazli terjerit kecil kerana terkejut dengan jeritan Maya itu. Cepat-cepat dia beristighfar panjang.
Hanif, Hanani dan Hana melompat girang. "Yeay-yeay. Kita akan ke Akademi Dary!"
Syahirah memandang Umi yang sedang berhubung bersama emaknya menggunakan telefon awam berdekatan sekolah. Dia kini kebosanan.
Ahnaf pula, sibuk membuat parkour di tiang lampu dan juga tiang perhentian bas. Okey, ini memang langsung tak ada kerja.
Maya mendekati Hanie, Niysa, Aisyah, yazmin dan Aineen. Dia bertanya. "Awak semua memang kenal dari dulu ke... Apa?"
Kelima-lima gadis itu memandang Maya dengan mata yang terkebil-kebil. Kemudian, mereka tersenyum sesama sendiri.
"Kami berlima ialah pelajar dari kelas yang berlainan. Kami...." Niysa mula menceritakan segalanya kepada semua yang berada di situ.
Syahirah membuat bahasa isyarat. Umi yang memahami isyarat itu bertanya kepada gadis-gadis tersebut. "Seronok tak belajar di sana?"
"Seronok! Kami didedahkan dengan aktiviti agama, sukan dan belajar seperti pelajar biasa." Jelas Hanie dengan bersemangat.
"Cuma semua pelajar di situ mempunyai deria keenam." Ujar Aineen sambil tersenyum.
"Kalau ada pelajar yang ada deria keenam tapi bukan islam?" Tanya Ahnaf tiba-tiba. Dia melompat naik ke atas penghadang yang memisahkan tempat duduk stesen bas dan jalan raya.
Aisyah menggelengkan kepalanya. "Tak boleh. Hanya pelajar islam saja yang dibenarkan bersekolah di situ." Jawabnya serius.
Tap, tap, tap.
Dari jauh kedengaran larian seseorang. Mereka menoleh dan kelihatan Zulhelmi sedang berlari ke arah mereka.
"Zul- Zulhelmi?" Soal Yazmin tersekat-sekat.
Zulhelmi berhenti di hadapan mereka lalu terbongkok-bongkok mengambil nafas. Kemudian, dia mengangkat kepala bagi memandang semua pelajar di situ sambil tersenyum.
"Awak buat apa dekat sini?" Soal Niysa sedikit gerun.
Zulhelmi tersengih-sengih. Dia menghulurkan sepucuk surat kepada Yazmin. Yazmin mengambil surat itu.
"Surat apa ni?" Soal Yazmin.
Zulhelmi ketawa perlahan. "Ini surat daripada kakak Yati dan konco-konconya. Dia suruh bagi kepada awak semua."
"Dia nak minta maaf sebab buli kalian terutamanya Hanie. Baiklah, saya nak pergi ke sekolah semula. Semoga selamat dalam perjalanan." Sambungnya lagi sebelum berlalu pergi.
Hanie mengangguk perlahan. Aineen yang berada di sebelah pula menepuk bahu sahabatnya itu berkali-kali.
Aisyah memandang Niysa. "Niysa, awak ada nampak apa-apa tak? Maksud saya, makhluk halus."
Niysa menghela nafas perlahan. "Ada sikit. Tapi dah tak kuat macam dulu." Balasnya lega.
"Dia dah tak ingat apa-apa ke?" Soal Hanani, yang teringat akan peristiwa lepas.
"Saya ada baca fikiran dia tadi. Nampaknya dia hanya ingat perkara yang elok dulu. Tapi akan datang nanti, tak tahulah." Balas Yazmin.
Pin, pin.
Bunyi hon yang ditekan kuat menggamit perhatian mereka. Pelajar-pelajar itu menoleh laju.
"Nampaknya, bas kita dah sampai."
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...