Setiap seorang dari mereka meronda dengan membawa haluan masing-masing. Kawasan akademi yang gelap itu disuluh menggunakan lampu picit.
Maya, Hanani, Hana, Umi dan Syahirah telah diarahkan ke dorm setelah disuruh dan diugut oleh kelima-lima gadis itu.
Yazmin berjalan sambil menyanyi kecil. Lampu picit yang berada ditangannya digunakan sebagai mikrofon.
"TAPOPS mengembara satu galaksi. Mencari power sfera tuk dilindungi. Power sfera tak boleh salah guna. Oleh si alien, si alien, si alien, durjana!"
Sebaik sahaja dia berhenti menyanyikan lagu nyanyian Ciciko atau Kokoci yang mengambil alih sebagai watak sampingan di dalam animasi Boboiboy, dia terdengar satu jeritan nyaring oleh seseorang.
Alat komunikasi ditekan. Talian tersambung pada alat komunikasi sahabat-sahabatnya.
"Assalamualaikum semua. Saya, frost terdengar satu jeritan oleh seorang perempuan."
♢♢♢♢♢
Niysa melalui koridor yang mana menempatkan kelas-kelas pelajar tingkatan tiga. Dia menelan air liur, kesat. Banyak juga makhluk halus yang dilihatnya.
Lampu picit disuluh ke sana sini. Koridor itu hanya diterangi cahaya yang malap.
"Aah!" Satu jeritan bergema di ruang tersebut. Walaupun jauh, dia dapat mendengarnya dengan jelas.
Tit!
Alat komunikasinya mengeluarkan bunyi.
"Assalamualaikum semua. Saya, frost terdengar satu jeritan oleh seorang perempuan."
♢♢♢♢♢
Hanie berjalan seorang diri dengan wajah yang penuh selamba. Seronok pula apabila penglihatannya jelas tanpa tali merah yang sentiasa dilihat olehnya.
"Hmm... Hmm... Hmm .." Dia menyanyi kecil. Kakinya tidak berhenti melangkah.
Sampai dihujung koridor di tingkat dua, dia terlihat satu tali merah berada di tangga.
'Eh? Peliknya. Biasanya, kalau orang dah tidur, saya tak boleh nampak tali merah tu. Ini mesti ada orang tak tidur lagi...' Getus hatinya.
Dia mengikut sahaja tali tersebut yang panjang ke bawah. Tiba-tiba, dia terdengar seorang gadis menjerit nyaring.
Tit!
"Assalamualaikum semua. Saya, frost terdengar satu jeritan oleh seorang perempuan."
♢♢♢♢♢
"Ah! Penatnya!" Keluh Aisyah lalu melabuhkan punggung ke sebuah bangku panjang.
Tandas yang berada berdekatan dengannya dilihat sekilas. Seram pula apabila melihatnya lama-lama.
Aisyah duduk sambil menggoyangkan kaki. Sekejap pandang kiri, sekejap pandang kanan.
"Kenapalah cikgu suka susahkan-" Belum sempat dia menyambung kata-katanya, satu bunyi memintas.
Tit!
"Assalamualaikum semua. Saya terdengar satu jeritan oleh seorang perempuan."
"Baiklah. Beritahu lokasi awak dan saya, earth akan datang." Balasnya.
♢♢♢♢♢
Tap, tap, tap...
Aineen terdengar bunyi derapan kaki seseorang. Terus sahaja dia menjejaki bunyi tersebut.
Sambil itu, dia melambung-lambung lampu picitnya ke udara. Belum sempat dia menyambutnya,
Prang!
Lampu picit tersebut pecah!
"Alamak!" Aineen terjerit kecil kemudian dia menutup mulutnya.
Secara tiba-tiba, dia ditarik kebelakang dengan mata yang ditutup oleh seseorang.
"Aah!!"
♢♢♢♢♢
Mata dibuka perlahan. Dia melihat keadaan sekeliling. Suasana tersebut sangat ganjil baginya.
Dia cuba untuk duduk walaupun tangan dan kakinya diikat oleh sesuatu. Kini, dia sedang duduk di atas sebuah katil di sebuah bilik pembedahan.
"Eh? Bilik pembedahan? Sejak bila saya ada dekat sini?" Gumam Aineen. Dia berasa hairan.
Kedengaran bunyi tepukan tangan oleh seseorang. Dia menoleh. Kelihatan seorang wanita sedang tersenyum sinis.
"Huh? Cikgu..."
♢♢♢♢♢
Fufufu.. Kalian rasa, siapa?
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasiAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...