Bab 22

7.5K 544 4
                                    

"Wohoo... Seronoknya! Saya nak tidur!" Jerit Yazmin lalu merebahkan dirinya ke atas katil.

Niysa yang berada pada tangga katil memandang Yazmin yang sudah memejamkan mata. "Tidurlah. Saya nak baca Al-Quran." Ujarnya bersahaja.

Yazmin terdiam sambil mengemam bibirnya. Hatinya bagaikan dipanah jarum. Dia membuka mata semula lalu mengiring ke arah lain. "Hmmm... Yalah. Saya nak baca Al-Quran dalam mimpi."

"What?" Soal Jasmin yang baru sahaja masuk ke dalam dorm dalam keadaan yang basah kuyup.

Aineen menjongketkan kening sebelum berkata. "Hujan ke tadi? Tak hujan pun."

Hanie menjongketkan bahu sebagai balasan. "Entahlah, Aineen. Tak faham saya dengan mereka ini." Jawabnya seraya melirik ke arah Jasmin yang bergerak ke arah bahagian lokar.

Fatehah melangkah masuk. Dia juga basah kuyup. "Errgghh... Rimasnya!"

"Kalau nak mandi, buka baju. Jangan mandi pakai baju. Kan dah susah..." Tegur Maya dengan berani.

Aisyah ketawa kecil. Hanie dan Aineen turut menyertai sahabatnya yang seorang itu.

"Diamlah!" Marah Jasmin lalu menuju ke almarinya bagi mengambil tuala. Fatehah mengikuti langkah sahabatnya itu.

Kelima-lima sahabat itu ketawa tanpa henti manakala Yazmin pula sudah diulit mimpi.

∆∆∆∆∆

"Siapa lelaki yang tolak aku tadi?" Gumam Fazli seorang diri. Dia mundar mandir di dalam dorm sementara rakan-rakan satu dorm-nya ke dewan belajar.

Fazli melihat tangannya yang berbalut. "Macam pernah nampak lelaki itu. Tapi,kenapa rupa dia pelik sangat?"

Kemudian, satu gambaran menerjah ke kotak minda. "Ha! Zulhelmi!"

∆∆∆∆∆

Pada pukul tiga pagi, kelima-lima pelajar Akademi Dary telah bercadang untuk berbincang mengenai hal yang serius. Mereka berlima berkumpul di atas lantai.

"Okey, tentang pelajar-pelajar bakal akademi, mereka patut dan layak ke masuk akademi kita?" Soal Hanie.

Niysa menepuk dahi. "Mereka semua ada deria keenam. Apa pula tak layak." Balasnya seraya menoleh ke arah Hanie.

Aineen memandang sahabat-sahabatnya seorang demi seorang. "Masih ada tiga orang yang saya tak dapat nak kenal pasti rupa mereka."

"Ramainya pelajar dekat sini yang ada deria keenam." Tutur Yazmin yang sudah menongkat dagu kerana mengantuk.

Aisyah bermain dengan jarinya lalu bersuara. "Yalah. Dekat akademi kita pun bukannya ramai pelajar. Bukan semua penghuni di sana ada deria keenam."

"Sudah. Saya cuma nak cakap pasal Zulhelmi. Kalian tak rasa pelik ke pasal dia? Kenapa saya rasa macam tak perlu bawa dia ke akademi?" Cantas Niysa serius. Kini, topik lain yang harus diutarakan oleh mereka.

Hanie menjongket bahu. "Entahlah. Ha, lagi satu. Kelebihan awak belum dinaik taraf kan? Maksud saya, kelebihan kami semua dah complete."

Niysa tertunduk lesu. "Mungkin belum tiba masanya."

Semua mendiamkan diri. Kipas yang berpusing di syiling menjadi halwa telinga masing-masing.

"Nanti kalau dah sampai ke akademi, kita cari kitab ajaib tu senyap-senyap nak tak?" Saran Yazmin secara tiba-tiba dalam keadaan mamai.

Bersinar mata Aisyah mendengarkan saranan itu. "Yes. Itu saya setuju." Balasnya laju.

"Hmmm... Masih ada dua bulan lagi. Kita kena cepat selesaikan masalah kita ni." Tutur Aineen keras.

Semua mengangguk serentak. "Betul."

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now