"Baik, kamu semua sudah boleh pulang ke akademi asal kamu. Terutamanya-" Pengetua Zainal menoleh ke arah lima orang gadis yang bertudung labuh. "Kamu berlima yang berjaya bawa kesemua pelajar-pelajar ini." Ujarnya dalam nada terharu.
"Terima kasih tuan kerana membenarkan kami tukar ke sekolah lain." Kata Fazli.
Pengetua Zainal mengangguk lalu ketawa. "Haha... Lagipun, sa-"
"Sekejap!" Pinta Yazmin. Dia mengerutkan dahi sambil memandang wajah pengetua Zainal. "Anak tuan pengetua di sana, ya?"
Pengetua Zainal ketawa lagi. "Aha! Ya... Anak saya bersekolah di Akademi Dary." Jawabnya.
"Nama? Ehe... Kot-kot saya kenal." Ujar Aineen ragu-ragu.
Pengetua Zainal tersenyum lantas berkata. "Aizatul Azwa namanya."
Kelima-lima gadis itu terdiam.
"Oh... Tak kenal-tak kenal." Ucap Aineen malu-malu.
Pengetua Zainal menghela nafas. "Ha... Baiklah semua. Bersedia untuk minggu depan. Minggu yang akan kamu lalui di Akademi Dary."
"Tapi bukan ke minggu depan kita akan pergi? Hari apa mereka ambil kita?" Soal Hanani.
Aisyah membuat gaya berfikir kemudian membalas. "Oh... Hari Isnin. Mereka akan ambil kita pada pukul lapan pagi dengan menaiki bas."
"Tapi, saya curiga. Macam mana kakak semua boleh berhubung dengan orang yang ada di akademi sedangkan kakak semua tidak mempunyai telefon?" Soal Hana, hairan.
"Kakak semua bawa telefon, ya?" Tanya Hanif pula.
Kelima-lima gadis itu menelan air liur kesat.
"Mana... Ada... Telefon..." Balas Hanie tersekat-sekat.
Fazli berpeluk tubuh memandang gadis itu. "Mana ada? Habistu, macam mana kalian boleh tahu yang pengetua kalian cakap boleh balik akademi minggu depan?"
Yazmin menyilangkan tangannya. "Kenapa sibuk nak tahu? Diam-diam sudahlah."
"Apa salahnya beritahu kami." Pujuk Umi. Syahirah yang duduk di sebelahnya mengangguk-angguk.
Aisyah dan Aineen mengeluh. Malas mereka mahu melayan karenah ahli-ahli baru ini.
Niysa bercekak pinggang. "Sudah! Mari keluar. Terima kasih ya, tuan pengetua. Kami keluar dulu."
Pengetua Zainal mengangguk faham. Beliau membenarkan mereka semua keluar. Selepas itu, pelajar-pelajar itu beransur keluar dari biliknya.
♢♢♢♢♢
Sebaik sahaja keluar dari bilik pengetua Zainal,
"Yahoo!" Jerit ketujuh-tujuh pelajar baru tersebut kecuali Syahirah. Kelima-lima gadis itu ketawa kecil.
Ahnaf mendekati Hanie lalu membisikkan sesuatu. "Tali jodoh Maya dan Fazli memang bersambung ya?"
Hanie membuat rolleyes. "Yalah. Tak akanlah terputus pula." Dia cuba berseloroh.
"Ish, bukan itulah maksud saya! Maksud saya, mereka memang ada jodohkah?" Soal Ahnaf lagi.
Hanie menepuk dahinya seraya mengeluh perlahan. "Yalah!"
"Ooo..." Balas Ahnaf.
"Hello... Buat apa tu?" Soal Aisyah dalam nada mengusik.
Hanie berlari lalu bersembunyi di belakang Aineen. "Apa?" Soalnya pura-pura tidak tahu.
Yazmin memeluk bahu Aisyah. "Entahlah Aisyah. Ada orang tu kan sibuk-"
Niysa segera menutup mulut Yazmin menggunakan tangannya. "Yazmin, tak baiklah!"
"Kalau saya cakap... Jodoh awak berdua ada di sini, bagaimana?" Ahnaf berkata jahat.
Yazmin dan Aisyah terdiam. Niysa dan Aineen pula ketawa.
"Emm... Jom balik ke kelas." Ajak Maya.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...