Pagi itu, mereka (pelajar lelaki) berjalan bersama-sama menuju ke sekolah.
"Ha, Ahnaf. Macam mana? Best tidur dekat bilik lain?" Soal Fazli, mengejek.
"Bolehlah..." Balas Ahnaf acuh tak acuh.
Hanif mengerutkan dahinya. "Ha'ahlah... Kenapa abang Ahnaf tidur dekat bilik lain?"
"Baiklah Ahnaf, kamu kena tidur bilik lain." Arah Cikgu Syazlan. Guru yang diarahkan bagi menjaga mereka.
Ahnaf kelihatan terkejut. "Kenapa?"
"Sebab ada sebablah cikgu suruh kamu tidur bilik lain." Balas Cikgu Syazlan dengan muka serius. Walhal, dia tidak mahu anak muridnya itu terasa kerana bilik yang patut dihuninya sudah penuh.
Ahnaf hanya menjongket bahu. Dia menuju ke bilik yang terletak bersebelahan dengan bilik Fazli dan Hanif.
"Tak ada apalah Hanif, Fazli." Ujar Ahnaf, lemah. Selepas itu, dia meninggalkan Fazli dan Hanif yang terpinga-pinga.
♢♢♢♢♢
"Waa!" Jerit Yazmin lalu menyarungkan kasutnya. Sahabat-sahabatnya telah meninggalkannya walaupun dia hanya terlambat beberapa minit sahaja.
Yazmin berlari dengan pantas. Dia semakin menghampiri keempat-empat sahabatnya itu.
"Kenapa kalian tak tunggu saya?" Tanya Yazmin sebaik sahaja dapat berjalan beriringan dengan mereka.
Niysa mengeluh perlahan. "Awak memang selalu lambat ke?" Soalnya.
Yazmin menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Err... Tak adalah selalu."
"Haih awak ni... Kalau setiap hari macam ni, tak tahulah saya." Ujar Aineen pula.
Yazmin hanya tersengih. Dia membetulkan kedudukan begnya.
"Untuk sarapan, kita nak makan apa?" Soal Hanie sambil memeluk erat novelnya.
Aisyah menjongketkan bahunya. Sebaik sahaja mereka keluar dari blok dua tingkat tersebut, mereka terlihat Umi, Syahirah, Maya, Hana dan Hanani yang sedang berjalan beriringan.
"Wah! Mereka dekat sana. Jom!" Ajak Hanie.
"Jom, kita ajak mereka makan sama-sama." Balas Aineen, teruja sekali.
Mereka berlima segera menghampiri kelima-lima gadis itu. Tangan dilambai bagi menarik perhatian sahabat-sahabat baru mereka itu.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantastikAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...