"Wei, aku rasa, budak-budak baru tu macam ada sesuatu yang disimpan." Umpat Jasmin. Sekarang ini, mereka sedang berada di sebuah meja di dalam perpustakaan.
"Kau tengok lima budak kat situ. Biasa saja." Tukas Fatehah. Matanya mengerling lima orang gadis bertudung labuh yang sedang berkumpul di sebuah meja bulat.
Jasmin menongkat dagu lalu mengerling ke arah yang sama. "Hmm... Entahlah. Aku rasa saja."
Yazmin yang jauh beberapa meja dari mereka tersenyum sinis. Dia dapat mendengar setiap butir bicara mereka. Bagaimana dia tahu? Pastilah melalui fikiran mereka.
Hanie pula acap kali memandang sekeliling. Buku-buku di situ memang tidak menarik perhatiannya.
"Masakan tiada novel fantasi, di akademi aku pun ada. Haiya... Sudahlah stok pembacaan novel aku sudah habis." Bebel Hanie seorang diri sambil mencari buku yang sesuai untuk dibaca di setiap rak.
Sedang dia mencari buku yang ingin dibaca, sekumpulan murid perempuan mengelilinginya.
"Hey girl." Ujar seorang gadis. Gayanya sungguhlah gedik yang mana membuatkan Hanie tidak sanggup memandangnya.
Hanie menundukkan kepala. "Assalamualaikum."
Seorang lagi gadis menunjal kepala Hanie. "Nak tunjuk alim konon." Ejeknya sambil menunduk.
"Akak, tidak menjawab salam dosa tau." Ujar Hanie kepada gadis-gadis yang bertudung dan lengan baju yang disinsing pendek di situ.
Mereka merengus geram. Sentap!
"Aku dah jawab dalam hati." Ucap salah seorang lagi.
Hanie memandang mereka semua. "Ya, akak-akak senior nak apa?" Barulah, dia berani untuk benar-benar bertanya akan niat mereka yang menghalang laluannya itu.
Seorang gadis muncul dari belakang. Dia bercekak pinggang dengan penuh gaya. Mengikut caranya, Hanie dapat meneka bahawa dialah yang mengetuai kumpulan tersebut.
"Kami ialah pelajar gangster di sekolah ni so, beri kami duit kau." Gertak ketua mereka itu.
Hanie menelan liur kesat. Adakah salahnya kerana berlegar-legar di dalam perpustakaan seorang diri tanpa teman?
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...