Bab 10

9.2K 737 6
                                    

"Akademi Dary? Ya, saya tahu akademi tu. Tapi, tidak mungkin. Akademi itu tidak pernah wujud." Kata Fazli selamba. Dia sibuk bermain dengan sehelai daun yang jatuh ke atas tangannya.

Maya sudah naik darah. Dia menghentakkan kaki lalu menjerkah. "Apa awak ini, ha? Awak tahu tak mereka ini siapa? Semut, gigit si Fazli ni."

Sekumpulan semut turun dari pokok lalu menggigit Fazli. Fazli lari bertempiaran akibat kesakitan.

"Stop!" Arah Maya lalu semut-semut itu beransur pulang ke pokok.

Muka Fazli kelihatan merah kerana penat. "Okey-okey. Saya percaya. Awak pun ada deria keenam."

Fazli memandang Aineen yang sedang bercakap seorang-seorang. Pada mulanya, dia berasa curiga. Siapakah mereka? Adakah mereka ahli sebuah organisasi yang akan menangkap pelajar-pelajar yang mempunyai deria keenam?

Namun melihatkan keadaan mereka yang bertudung litup dan labuh, dia menukas rasa tersebut. Dia berpesan pada diri agar berfikir perkara yang baik-baik sahaja.

"Waalaikumussalam." Ujar Aineen menamatkan talian. Dia kembali mendekati sahabat-sahabatnya.

Aisyah mendekati Aineen lalu berbisik. "Pengetua cakap apa?"

Hanie menoleh ke arah mereka berdua. Dia melangkah ke arah Aineen dan Aisyah. "Pengetua cakap suruh cari lagi, itu saja." Jawabnya sebelum Aineen membalas soalan Aisyah.

Aineen membuntangkan mata. "Awak curi dengar perbualan saya?"

Hanie ketawa lalu mengangguk kecil. Yazmin dan Niysa juga turut ketawa apabila melihat wajah Aineen yang benar-benar terkejut. Kemudian, mereka semua berpaling ke arah Fazli.

"Awak, jangan sesekali beritahu kepada sesiapa tentang kami dan akademi kami tahu!" Pesan Yazmin dengan wajah bengis.

Hanya anggukan perlahan Fazli berikan. Dia kembali ke pohon itu lalu menyandarkan diri seraya memejamkan mata.

Maya memandang Fazli penuh erti. 

'Aku suka Fazli.' Getus hatinya. Jikalau jatuh suka kerana Allah, tidak salah bukan?

~~~~~~~

Mereka berlima menuju ke perpustakaan manakala Maya pula berjumpa dengan tebuan yang membuat sarang di salah satu pohon sekolah. Tidak ke pohon, mereka akan ke perpustakaan. Perkara yang paling jarang mereka lakukan ialah ke kantin sekolah.

Yazmin memicit kepala. "Kepala saya pening." Rungutnya sebelum menyembamkan kepala ke atas meja. Kepalanya dipicit-picit.

Aisyah memegang bahu Yazmin lembut. "Mungkin awak terlalu banyak berfikir dan membaca. Rehatkan minda awak."

Sejak tadi, Aineen melihat Niysa yang mundar-mandir dan berjalan ke hulur ke hilir. Seperti ada sesuatu yang mengganggunya daripada duduk diam.

"Niysa, awak ini sudah kenapa?" Soal Aineen yang lirikan matanya tidak lepas daripada mengikut langkah Niysa.

Niysa menunjuk ke arah belakang dengan menggunakan ibu jarinya lalu berbisik perlahan. "Ada dua ekor ni ha. Sibuk kacau saya. Saya pun larilah!"

Aineen menepuk dahi. Sudah dapat diagak. Pasti ada makhlus halus yang mengacau sahabatnya yang seorang itu.

"Mari kita tonton masa depan orang yang di sini. Hmmm.. Siapa, ya?" Ujar Aineen seorang diri sambil memandang sekeliling. Sekali-sekala dia gemar menyibukkan diri dengan perkara lain agar tidak terlalu tertekan.

Hanie pula menyandarkan diri pada kerusi. Buku-buku yang berbukit di hadapannya itu tidak disentuh. Sakit matanya apabila terlihat tali merah berada di mana-mana. Berselerak sungguh!

"Aduhai." Keluhnya lalu menilik jari kelingkingnya.

Yazmin berpeluk tubuh. "Saya rasa, ramai lagi yang ada deria keenam."

Aineen menangguk bagi menunjukkan persetujuan. "Mengikut pandangan masa hadapan saya, ada ramai lagi. Tapi saya malas nak kira dan rupa mereka pun tidak jelas." Sokongnya.

Aisyah merengus. "Tengoklah lagi." Desaknya pada Aineen.

"Ia hanya boleh digunakan sekali saja, okey." Keluh Aineen lalu menggeleng kecil. Dia turut menyembamkan wajahnya ke meja sepertimana Yazmin lakukan tadi.

Kini, mereka buntu. Sekolah biasa yang besar dan ramai pelajarnya. Setakat lima orang berkelebihan, apakan daya untuk mencari semuanya?

Maka, jadikanlah Allah sebagai tempat bergantung. Doalah, sesungguhnya Dia maha memberi pertolongan.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now