Chapter 7

5.2K 176 0
                                    

Aqma melihat penampilannya pada cermin dalam biliknya. Setelah yakin semua dalam keadaan baik, Aqma mengambil kunci keretanya yang tergantung di belakang pintu minta diangkat.

Baru saja mahu melepasi pintu, terjengul muka ibunya di hadapan bilik.

  "Astaghfirullahal'azim.. Mak ni," Aqma mengurut dadanya. Ibunya pula sudah melihat anaknya atas bawah.

  "Nak pergi mana?"soal ibu sambil matanya meliar ke tubuh anaknya.

  "Jumpa kawan,"jawab Aqma perlahan. Dia tahu pasti ibunya berasa pelik. Asal keluar, jawapan dia memang sama. Jumpa kawan, jumpa kawan, jumpa kawan.

  "Kalau keluar rumah bawa calon suami jumpa mak takpe lah jugak. Ni?" Mula dah mak ni.

Aqma hanya diam tak menjawab. Senyum kambing je lah jawabnya..

  "Tersengih sengih.. Ni mak nak cakap dekat kamu sikit,"ujar ibunya seraya menarik tangan anak perempuannya ke bilik lalu duduk di birai katil.

  "Aqma, mak nak tanya boleh?"soal si ibu sebagai pembuka perbicaraan.

  "Apa dia?"

Rasa-rasanya Aqma tahu soalan apa yang akan diajukan kepadanya sebentar lagi.

  "Bila kamu nak bawa mak jumpa calon suami kamu?"
Kan dah kata? Memang soalan ni yang keluar.

Kalau bab-bab mak bawa masuk bilik nak bincang something dengan anak, memang bab ni lah yang keluar. Tak payah cakap.

  "Rasanya belum lagi lah mak,"ujar Aqma sambil mengendurkan suaranya. Ibunya seperti sedang melepaskan keluhan.

  "Kamu tu dah tua, Aqma. Dah 26 tahun, apa yang belum lagi?"soal ibunya meminta kepastian. Aqma hanya mampu tertunduk menadah telinga.

Susah lah anak perempuan zaman sekarang. Bila rasa diri tu dah mampu menanggung hidup sendiri, hal kahwin terus dibuang ke tepi.

  "Dengar sini Aqma,"tangan anak perempuannya digenggam erat.

  "Mak ni dah tua, kamu pun dah nak tua dah. Tapi masih lagi belum kahwin. Penat mak dengar jiran kita tu asyik tanya bilanya kamu nak kahwin, dah ada calon ke, kenapa belum kahwin.. tapi mak sabar je apa mereka kata, mak diam tak menjawab. Tapi kamu pun kena faham perasaan mak,. Ibu mana yang taknak tengok anak dia duduk atas pelamin bersama suami yang direstui? Mak pun nak sangat tengok anak dia dah bersuami. Aqma tak sayang mak ke? Hmm?"panjang lebar si ibu meluah apa yang terbuku di dalam hati. Aqma hampir menitiskan air mata. Adakah aku telah melukakan hati mak?

  "Sayang,."Aqma tidak mampu menahan air matanya lagi lalu dipeluk tubuh ibunya dengan erat. Si ibu membalas pelukan itu sambil mengusap kepala anaknya yang diliputi tudung.

  "Kamu ni tak payah lah emo sangat,. Dah dah, jangan nangis lagi."pujuk ibunya.

  "Mak yang buat Aqma menangis,. Mak janganlah cakap macam tu lagi, sedih Aqma tau,"ucap Aqma dalam keadaan sedu sedan. Si ibu mengukir senyum.

  "Ye lah ye lah, mak tak cakap lagi. Dah jangan nangis. Ye sayang?"kepala anaknya yang tersembam di dadanya diangkat perlahan agar pandangan mereka bertemu. Aqma terangguk-angguk sambil mengesat air matanya.

  "Mak,"

  "Hmm?"

  "Aqma minta maaf kalau disebabkan ni mak sedih. Aqma betul-betul minta maaf, mak."ucap aqma. Ibunya mengukir senyum.

  "Takpe, mak maafkan. Yang penting Aqma dah tau apa yang mak inginkan. Ya?"

  "Ye mak, Aqma janji dua bulan lepas ni Aqma akan bawa calon suami Aqma dekat mak."ujar Aqma.

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now