Jam tepat pada pukul 8.45 mlm. Selepas solat Isya', mereka terus berkumpul pada tempat biasa untuk makan malam.
"Weh, asal kau tak makan?"soal Zati pada Aqma yang hanya duduk memeluk lutut di atas tikar yang terbentang.
"Kenyang lagi,"jawab Aqma sambil matanya asyik melirik pada Azrul yang berselera melahap makanannya.
Sedang leka dia mengamati wajah itu, tanpa dia sedari Azrul sudah lama melihat Aqma yang ralit memandangnya.
Terus Aqma mengalihkan pandangannya ke arah lain semula. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan mata redup milik jejaka itu.
Takut bertambah sayang pula dekat budak bawah umur itu.
"Ermm. Aku pergi dulu,"ujar Aqma seraya bangun dari duduknya.
"Nak ke mana?"soal Zati, risau.
"Takpayah tahulah, nanti pandailah aku balik ke khemah semula,""Mana boleh, malam ni. Bahaya,"
"Zati, please. I need to be alone for a while. Okay?"pujuk Aqma.Tidak lama kemudian, akhirnya Zati mengangguk juga. Hanya mampu berdoa tidak akan terjadi apa-apa pada Aqma nanti.
Aqma mengatur langkah ke satu tempat. Lalu dia duduk memeluk lutut sambil memandang bulan yang menerangi malam.
Seketika airmatanya yang menitis diseka.
"Aqma rindu ayah,"luahnya dalam hati. Sungguh dia rindu akan ayahnya.Apa yang menyebabkan dia tiba-tiba rindu ayahnya? Kerana tempat ini ada menyimpan banyak memori indah yang sangat dirindui sehingga sekarang.
"Aqma, Rossa! Mari sini, nak! Kita makan dulu,"suara ayah mereka memanggil.
Aqma yang masih berumur 5 tahun itu mencuit bahu kakaknya, Rossa.
"Kakak, ayah kata makan."ajak si adik.
"Sekejap, kakak tengah main pasir. Adik makan dululah,"ujar Rossa yang seronok membuat istana pasir.Aqma mengangguk lalu berlari mendapatkan ayah dan ibunya yang sedang duduk di atas tikar yang terbentang tempat mereka makan.
"Mana kakak kamu, Aqma?"tanya Puan Leha pada anaknya yang duduk di atas pangkuannya. Rambut anaknya yang panjang dibelai kasih.
"Kakak kata, nanti kakak makan. Dia tengah main pasir,"jawab Aqma.
"Takpelah. Sayang, abang pergi dulu nak panggil Rossa makan,"ujar Encik Razali pada isterinya.Puan Leha sekadar mengangguk. Encik Razali pun bangun meninggalkan mereka berdua.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dua orang lelaki bertopeng menculik anaknya.
"Hoi!! Anak aku!"jerit Encik Razali. Cepat-cepat Encik Razali membuka langkahnya untuk mengejar dua lelaki itu.
Baru sahaja dia ingin menarik tangan salah seorang daripada lelaki itu, seorang lagi terlebih dahulu melepaskan peluru tepat ke dada Encik Razali.
"Ayah!!!"laung Rossa pada ayahnya. Sungguh dia sangat takut akan keadaan ayahnya sekarang ini.
Ianya tepat berlaku di hadapan mata kepalanya sendiri. Dia tidak dapat menahan tangisnya lagi.
Air mata berjuraian meratapi ayahnya yang jatuh tersungkur.
Tanpa Aqma sedari, rupanya dia sudah teresak-esak menangis sambil mukanya dibenam ke lutut. Sungguh perit rasanya dia ketika itu.
Dia bukan sahaja kehilangan ayah, malah juga kakaknya. Sehingga kini dia tidak tahu keberadaan kakak kandungnya itu.
Dia amat berharap yang dia akan ditemukan dengan Rossa satu hari nanti.
Azrul yang sedari tadi memerhati Aqma itu rasa teragak-agak untuk menegurnya.Kenapa dia menangis? Apa yang ditangisnya? Siapa yang sanggup menyakiti hatinya sampai dia menangis begini? Soalan itu berlegar-legar di minda.
"Ayah.... Aqma rindu ayah dengan kakak...,"tangisnya dalam sedu-sedan.
Azrul yang baru saja ingin melangkah pergi, berhenti tiba-tiba bila mendengar Aqma berkata begitu. Rasa simpati mula bertandang.
"Awak okay ke?"soal Azrul lembut. Aqma tersentak melihat kehadiran lelaki itu. Air matanya cepat-cepat diseka agar dapat menutup kesedihannya.
"Okay,"jawab Aqma. Azrul tahu dia berbohong, cuba menutup kesedihannya.
"Ye ke? Habis tu, kenapa menangis?"soal Azrul lembut lalu duduk bersebelahan dengan Aqma.
"Azwan buat awak ke?"soalnya lagi memandangkan Aqma hanya membatukan diri.
"Taklah. Err, awak dah lama ke kat sini tadi?"soal Aqma menukar topik. Takut kalau Azrul ada mendegar tangisnya tadi.
"Baru aje,"dalih Azrul. Padahal dia sudah lama berdiri di situ.
"Kalau awak ada masalah, awak cerita lah dengan saya. Mana tahu kalau saya boleh bantu?"ujar Azrul.
"Tak apelah. Benda kecik aje, tak perlu minta bantuan orang lain pun. Saya boleh selesaikan sendiri,"ujar Aqma.
Walhal perkara ini amat menyakitkan. Kakak, kakak kat mana sekarang ni?
Keadaan sunyi seketika.Masing-masing dengan perasaan mereka sambil ditiup angin laut. Sungguh tenang.
"Awak dulu sekolah mana?"soal Aqma memecah kesunyian. Dia ingin tahu sekali siapa lelaki ini.
Padahal sebelum ni, rasanya Aqma tidak pernah mengenali lelaki ini ketika zaman persekolahannya dulu.
"Smk Agama,"
"Ye ke? Kenapa saya rasa macam tak pernah tengok awak erk?"
"Ye ke, tak pernah tengok? Saya rasa, sayalah yang banyak tegur awak kat mana-mana,"ujar Azrul.
"Betul? Tapi saya rasa memang tak kenal awak. Nama awak pun saya tak tahu,"
"Macam mana nak tahu, kalau awak langsung tak tanya nama saya?"
"Ehem!"suara orang berdeham tiba-tiba. Serentak kepala Aqma dan Azrul berpaling ke belakang.
"Dating laaaa....."ejek Zati sambil tersenyum jahat. Ohmaigad, ini yang Aqma tak suka ni.
"Mana ada!"nafi Aqma. Cepat-cepat dia bangun dari duduknya.
"Dahla, aku nak tidur! Kau je lah yang dating dengan budak tu,"bebel Aqma sebelum beredar dari situ.
Zati hanya tersenyum melihat gelagat Aqma. Dipandangnya Azrul. Kemudian dia duduk bersebelahan dengannya.
"Hai,"tegur Zati.
"Hai,"jawab Azrul.
"Boleh aku tanya sesuatu kat kau?"pinta Zati.
"Boleh. Apa dia?"jawab Azrul sambil memeluk lutut.
"Kau lelaki yang salah masuk tandas perempuan dulu kalau tak silap aku, kan?"soal Zati. Azrul mengerutkan dahinya, tidak faham.
"Alah.. yang Aqma sampai terjerit-jerit dulu tu. Tak kan kau tak ingat?"Zati menyakinkan.
Azrul mengangguk faham."Oo.. Ha'ah, aku lah tu."jawab Azrul seraya tersenyum.
"Dan semenjak tu lah, aku mula terpikat dengan dia. Aku berharap sangat nak terserempak dengan dia lagi lepas tu,"ujar Azrul.
Aik? Aku tak mintak pun kau terus cerita. Takpelah, dengar aje lah. Mana tahu kot-kot lepas ni bolehla aku cerita kat Aqma pulak. Desis Zati.
"Dan alhamdulillah, Allah kabulkan doa aku. Lepas tu, aku terserempak lagi dengan dia kat tempat kerja yang sama,"ujarnya lagi.
"Aku rasa korang berjodoh la,"tambah Zati. Terus mata Azrul dikalihkan ke arah muka Zati.
"Jodoh tu di tangan Allah. Tapi kalau aku berjodoh dengan dia pun Alhamdulillah,"ujar Azrul kemudian tersenyum semula.
"Tapi kan, Azrul. Ada satu yang kau tak tahu lagi,"ujar Zati. Serius saja bunyinya. Azrul mengangkat kening.
"Apa dia?" soalnya.
Zati menghela nafas panjang. Bingung samada bagitahu ataupun tidak."Hmm. Takde papelah. Dah, aku chow dulu. Lewat dah ni," ujar Zati lalu bangun dan pergi dari situ.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?