Bab 21

4K 153 0
                                    

Aqma keluar dari market. Kalau tak kerana arahan ibunya, takde nya dia mahu masuk pasar basah ni. Beberapa plastik dijinjit. Di dalamnya terdapat sayur-sayuran, ikan, dan segala jenis barang basah. Aqma berjalan dengan perlahan kerana takut kalau dia jatuh tiba-tiba. Tak ke naya?
Di sebabkan seorang lelaki yang tak reti jalan nak tengok kiri kanan, main terus aje. Aqma terjatuh. Jalan tak reti nak tengok kiri kanan ke hah?! Jap lagi, kalau aku tengok muka mamat ni! Memang penyek lah dia aku kerja kan! Marah Aqma dalam hati. Ditambah lagi dengan lantai yang basah dan licin itu telah 'menyedapkan' lagi punggung Aqma mendarat.
"Aduhh!!" Aqma terjerit kecil mengaduh kesakitan. Punggung nya yang selamat mendarat di lantai itu digosok perlahan. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.
"Sorry cik, saya tak sengaja," lelaki itu meminta maaf seraya menghulurkan tangan untuk membantu Aqma bangun dari duduknya. Mencerlung matanya apabila melihat wajah ini. Azwan?
"Sorry, sorry! Dah tau badan tu besar tak payahlah jalan ikut suka hati aje! Tengok lah kiri kanan! Dah, tak payah nak hulur tangan tu! Kita bukannya muhrim," Aqma menghamburkan marahnya. Baru saja Aqma ingin mencapai beg tangannya, ada tangan yang mendahului.
"Woi, beg aku!!" Jerit Aqma sekuat hati. Kurang hajar punya orang! Dia pergi bawak lari beg aku pulak?! Azwan yang terkejut dengan situasi itu terus melajukan kakinya yang panjang untuk mengejar pencuri itu. Aqma sudah gelisah, sudahlah semua duitnya ada dalam beg tu, tambah pulak dengan ic dia yang baru dibuat tempoh hari kerana hilang. Kalau pencuri tu berjaya curi beg aku tu, alamatnya kena buat lagi lah lepas ni. Kini dia hanya mengharapkan Azwan sahaja untuk mendapatkan begnya itu semula.
"Woi! Kuaja! Kau berhenti, cepat!!" Jerit Azwan dengan kakinya yang masih laju berlari mengejar pencuri itu.
"Bagi balik beg tu!! Hoii!! Celaka.." sumpah Azwan memandangkan pencuri itu masih dalam lariannya. Pencuri itu terus berlari dan berlari sampailah dia jumpa jalan mati.. Memang mati lah kau! Gelak Azwan dalam hati.
"Ha? Mana kau nak lari? Hahaha, nak tunjuk hebat konon..baru kena kepung muka dah sebijik macam cicak, pe cite bro? Tadi hebat sangat kan?" ujar Azwan sambil menghampiri lelaki itu. Lelaki itu tadi sedah nampak gelisah. Sekejap tengok kiri, sekejap tengok kanan, lepas tu tengok depan pula. Takut lah, tu!
"Kau sibuk pe hal?! Bukannya beg kau pun!" ujar lelaki itu. Azwan menghela nafas menahan geram.
"Beg tu memang lah bukan aku punya! Tapi yang punya beg tu masalahnya sekarang ni, bini aku kau tahu tak?! Kau jangan nak kurang hajar sangat nak ambil beg bini aku! Bak sini beg tu cepat!" Haa, sudah! Ape cite ni, bro? Bila masa pulak kau kahwin dengan dia? Ini kalau Aqma dengar, mampuslah Azwan kat situ. Tak sedar diri!
"Arghh!! Sial!" jerit lelaki itu lalu ingin melarikan diri. Namun Azwan lebih cepat mendepakan kedua tangannya agar menghalang lelaki itu daripada meloloskan diri.
"Hei, bagi balik beg tu!!" desak Azwan lalu ingin merampas beg itu.
"Tepi, lah bodoh!" Satu tumbukan tepat mengena pada mata kiri Azwan. Azwan tidak dapat menyeimbangkan lagi tubuhnya lalu jatuh tersungkur di atas lantai konrit. Lelaki itu tadi tersenyum puas. Baru saja dia ingin melarikan diri, namun ada saja yang menghalangnya. Argghh!! Kacau daun betul! Rungutnya. Terasa belakang koler bajunya ditarik oleh seseorang. Lelaki itu cuba menepis tangan yang menggenggam belakang koler bajunya.
"Lepaslah, bodoh!" sumpahnya.
"Apa bodoh? Kau tu yang bodoh! Bak sini beg tu!" marah Azrul lalu merentap kasar beg tersebut. Setelah mendapatkan beg itu, Azrul menendang punggung lelaki itu dan menyebabkan lelaki itu terdorong ke depan dan jatuh tersungkur sama seperti Azwan.
"Kalau rasa diri tu dah miskin sangat, pergiah cari kerja! Bukannya curi hak orang lain! Kalau malas nak kerja pun boleh. Biar sampai kau mati kebulur tak makan! Tak tahu malu! Dah, pergi berambus!" marah Azrul. Tanpa berlengah lagi lelaki itu tadi terus melarikan diri. Azwan yang masih terduduk itu dihampiri lalu menghulurkan beg tersebut kepadanya. Berkerut kerut wajahnya menahan sakit di mata kiri.
"Nah. Ambik balik," ujar Azrul acuh tak acuh. Wajahnya masam mencuka. Huluran itu disambut kasar.
"Mesti kau nak tunjuk baik kat depan Aqma kan? Aku rasa tak payahlah kau buat semua tu sebab aku tahu.. Aqma tak heran pun dengan kau ni," ujar Azwan sengaja menyakiti hati Azrul. Membahang wajah Azrul mendengar kata-kata yang baru diucap oleh Azwan tadi.
"Apa maksud kau?" soalnya tidak puas hati.
"Tak payahlah kau buat muka macam tu! Aku tahu kau nak rampas Aqma dari aku, kan? Memang sial la, kau ni!" Azwan menghamburkan segala yang terbuku di hati. Azwan mula membenci Azrul semenjak Aqma sanggup meninggalkannya sendiri di kantin semata-mata ingin mengikuti Azrul ke bilik guru tempoh hari. Yang lagi menyakitkan hati, boleh pula Azrul tersengih-sengih depan dia. Itu yang buat Azwan tak puas hati.
"Dia dah jadi milik kau sepenuhnya ke? Aku rasa tak salah kalau aku nak pergi mengorat dekat dia, so what your reason to say like that? She's not yours!" ujar Azrul. Bergetar suaranya kerana menahan marah yang amat. Azwan mengetap gigi.
"Listen! I'm warning you for the last time! Kalau kau cuba nak rampas dia dari aku, tahulah apa aku nak buat kat kau kepas ni!" Azwan memberi amaran. Siap main jari telunjuk lagi. Boleh tahan kurang hajar juga jari dia ni erk? Desis Azrul dalam hati.
"Suka hati aku lah! Yang kau nak warning suruh aku jangan dekat dengan dia tu asal? Kau fikir kau ke yang urus hal jodoh tu semua?"
"Hei, tolong sedar diri tu sikit! Kau tu budak lagi dari dia! Tak layak pun! Pergi mampus je lah kau!" marah Azwan sepuas hati.
"Kalau kau cuba rampas dia, mati kau aku kerjakan!" sekali lagi Azwan memberi amaran. Azrul tersenyum sinis. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya sebelum berkata.
"Aku tak takut," ujarnya. Sengaja menyakiti hati Azwan.
"Ada aku kesah?"
"Ada aku kesah kau kesah ke tak? Kau berani cabar aku, memang nak menempah maut lah kau!"
"Dah tahu Aqma tu bencikan kau, tak payahlah kau nak tunjuk baik kat depan dia. Patutnya kau yang sedar diri!"
Azwan sudah tidak dapat menahan amarahnya lagi. Penumbuknya sudah dikepal dan bersedia untuk mendarat di wajah di hadapannya sekarang ini. Baru sahaja dia ingin menumbuk, Azrul mencelah.
"Apa? Nak tumbuk aku? Mehlah, tumbuk aku! Biar aku tumbuk sebelah lagi mata kau tu! Bolehlaa aku bermesra dengan Aqma nanti bila kau dah buta." ujar Azrul.
"Arggh!! Bodoh! Dah lah, kalau aku asyik bertekak dengan kau kat sini sampai esok pun tak habis! Gi mampus!" ujar Azwan lalu pergi dari situ. Malaslah Azrul nak fikir! Baik aku blah dari sini!

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now