Azrul terbangun dari tidurnya. Dilihat jam yang tergantung pada dinding. Membuntang mata Azrul apabila jam menunjukkan 15 minit lagi mula bekerja. Isterinya yang nyenyak tidur itu dipandang penuh sayu.
Hmm. Tak breakfast lah aku pagi ni.
Dengan penuh berhati-hati Azrul turun dari katil agar tidak mengganggu isterinya yang sedang tidur. Tak sanggup pula nak gerak dia.
Tuala yang tergantung dicapai lalu berlari ke bilik air. Setelah selesai mandi, baju kemeja disarungkan ke tubuh. Huh.. Nasib baik dah iron. Itupun aku sendiri yang iron.
Sadis punya bini.Setelah lengkap semuanya, Azrul pun pergi dari perkarangan rumahnya. Dan Aqma pula ? Masih terlentang di atas katil.
Namun tidak lama kemudian, Aqma terbangun dari lenanya akibat telefonnya yang kuat berdering. Panggilan itu dijawab lalu ditekapkan ke telinga.
"Hello ? Siapa ni?" soal Aqma dengan suaranya yang serak basah. Senyap. Tiada sahutan.
"Hello ? Siapa ni?" soal Aqma lagi memandangkan soalannya tidak dijawab. Ai.. Ni yang buat aku geram ni.
"Ei kalau ada apa-apa nak cakap tu cakap aje lah. Dia yang call kita dia pulak yang diam! Ish," baru sahaja Aqma ingin mematikan panggilan, dia terkejut sendiri.
"Laa.. Mesej rupanya. Asal bodoh pulak aku pagi ni," rungut Aqma sendirian kemudian mesej itu dibuka.
Number private. Damn.
Timbul pulak masalah yang ni. Dah tu dah kata 'hai' pulak. Aku manala kenal kau. Daripada buang masa, terus ikon 'call' ditekan.
Tutt tutt..
"Hello, Aqma! You kat mana? Lama dah tak jumpa you.."
Lelaki ? Siapa lelaki ni ?
"Nama you siapa ?" soal Aqma.
"Ai.. Tak kan tak kenal dah. Muhd Imran. Kawan kau yang pondan dulu2 tu,"
Dulu-dulu ? Sorry kalau yang dulu, aku tak ingat dah. Malas mahu menceritakan penyakitnya, Aqma mengiakan saja.
"Ha. Nak ape ?"
"Jom kita keluar ? Nak tak ? Rindu sangat dengan kawan I sorang ni,"
"Perlu ke ?"
"Of course la. Kenapa you tak nak ke?"
Aih.. Malas aku nak melayan kau ni. Aqma.. Kenapa kau berkawan dengan dia ni dulu ?
"Ada i cakap tak nak ?"
"Betul ni ?"
"Taklah, tipu."
Geram pula Aqma nak melayannya.
"Okay, i tunggu kat cafe dekat Parkson. Sorryla i tak dapat ambik you. I tak tau rumah you kat mana,"
"Okay. Lagi setengah jam i datang,"
Panggilan terus dimatikan. Hmm. Eh ? Mana laki aku ? Berpusing kepala Aqma mencari suaminya di dalam bilik. Tiba-tiba Aqma ternampak sehelai kertas lukisan besar terlekat di dinding.
" Goodmorning sayang ! Abang terpaksa pergi dulu sebab dah lambat. Ni semua sayang punya pasal tau. Sedap sangat peluk sayang sampai abang pun tak sedar dunia lagi dah. Hahahah. Jangan risau, abang dah makan pagi tadi. Okay ? Nanti pukul 2 abang balik. Okay goodbye my sexy wife! "
Alahai.. Kejamnya aku. Betul ke dia dah breakfast ? Ish, kalau ya pun. Tak payahlah guna kertas besar macam ni. Ingat aku buta ke ?
Kertas itu dilipat lalu disimpan di dalam laci. Telefonnya dicapai semula lalu memanggil nombor suaminya. Kalau nak keluar, mestila minta izin kan ?

YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Novela JuvenilBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?