Puan Leha duduk di sofa untuk melepaskan penat menjahit baju untuk dijual. Jam yang tergantung pada dinding dilihat. Sudah 11.30 malam.
Rasa risau mula bertandang. Ke mana perginya Aqma. Dari 9 pagi tadi sehinggalah sekarang belum juga muncul.
Apabila terdengar pintu yang terkuak dari luar, Puan Leha menoleh. Alhamdulillah, dah balik pun dia. Ingatkan dah lupa rumah kat mana.
"Lambatnya Aqma balik rumah ni? Pergi mana?"terus Puan Leha mengajukan soalannya.
Aqma hanya tersengih kambing.
"Shopping la mak.. jangan risau, dah balik dah pun."barang yang dibelinya diletak di atas sofa.
Puan Leha menggelengkan kepalanya.
"Aqma, mak ada benda nak cakap."ujar Puan Leha."Okay,. Cakaplah."jawab Aqma.
"Kalau cakap berdiri macam ni, mak pun penat tau? Dah mari duduk. Dah ada sofa ni fungsi dia kena duduklah. Tak kan nak tengok aje kan,"
"Hehehe.."
Puan Leha duduk di atas sofa yang single manakala Aqma duduk di atas sofa yang panjang.
"Sebenarnya, perkara ni mak pernah bincang dengan Aqma. Sebelum Aqma sakit lagi. Dan Aqma ada janji dengan mak."
Aqma yang memang tidak tahu menahu akan apa yang dibicarakan oleh ibunya hanya mengangkat kening, minta diperjelaskan lagi.
"Kamu janji nak bawakan calon suami untuk kamu dekat mak. Tapi kamu belum tunaikan lagi,"
Calon suami pulak der... Aqma tersenyum.
Tapi hambar.
"Pasal calon suami, jangan risau. Mak dah pilihkan yang terbaik. Okay? Mak minta toloong sangat dekat kamu, kabulkanlah permintaan mak yang satu ni. Boleh?"ujar Puan leha.
Puan Leha mengharapkan jawapan positif dari anaknya. Sepasang mata milik anaknya dipandang dengan pandangan yang meminta simpati.
"Tapi mak..."
"Tolong, sayang?.."
"Huhh,.. okaylah.."akhirnya Aqma mengalah juga. Terpaksa dia ikutkan sahaja. Dia merasakan dirinya sebelum ini selalu saja membantah, melawan kehendak ibunya. Biarlah kali ini dia mengabulkan permintaan ibunya.
"Terima kasih, nak."Puan Leha mengucap syukur lantas memeluk anaknya.
"Kalau boleh Aqma tahu, siapa lelaki yang mak pilih tu?"soal Aqma, ingin tahu.
"Azrul,"
Melopong mulut Aqma pada ketika itu. Azrul? Mamat sengal tu?! Tidaaaakkk!! Jeritnya dalam hati.
"Bolehkan? Mak harap kamu bagi jawapan yang positif,"ujar Ibunya meminta persetujuan dari anaknya.
Aqma masih berfikir. Otaknya ligat memikirkan bagaimana cara dia boleh mengelak daripada berkahwin dengan lelaki itu.
"Ke Aqma nak solat istikharah dulu untuk buat keputusan yang baik? Mak boleh bagi masa."
Solat? Aku mana tahu solat. Buang tebiat agaknya.
"Lain kali lah Aqma bagi jawapan ya mak? Esok ke lusa ke.."
"Tak. Mak bagi masa malam ni jugak,"ujar Puan Leha, tegas. Semenjak anaknya sakit, dia menjadi lebih tegas berbanding sebelum ini.
Aqma apa lagi? Makin nak pecah lah kepala otak dia nak fikir jawapan. Nak kahwin dengan dia ke taknak ni??!!
Kau dah takda jawapan lain, Aqma. Kahwin ajelah. Kesian dekat mak kau.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?