Dari habis majlis sehingga jam 11 malam, Aqma asyik terperap dalam bilik. Baju pengantin pun belum ditukar lagi. Hanya aksesori di kepala sahaja dilepaskan.
Aqma duduk di birai katil. Jantungnya bagaikan memecut laju sampai rasa macam nak meletup pun ada. Ya Allah, aku dah jadi bini orang ni. Apa aku nak buat ni?
Ish aku tak pahamlah jadi bini orang ni! Aku ni bukannya pandai kemas rumah, masak pa semua. Aqma menggaru kepalanya.
Aqma bangun dari duduknya kemudian pergi ke cermin solek. Dilihat dirinya sendiri dalam cermin kemudian tersenyum sendiri.
"Patutlah Azrul nak kahwin dengan aku,. Aku ni cantik orangnya walaupun tak pandai masak," pujinya kemudian ketawa sendiri.
"Sayang, mari kita tidur. Esok pagi saya masakkan untuk awak, okay?" Aqma berlakon sendiri di depan cermin kemudian ketawa lagi.
"Malam ni, kita nak buat apa ya, sayang? Kita 'malam pertama' nak tak?" makin mengekek ketawanya
Agaknya Aqma ni kena makan ubat. Boleh lagi dia raptai depan cermin?Azrul yang sedari tadi sudah memerhati gelagat isterinya rasa macam nak pecah perut akibat menahan ketawa. Allahurabbi lucunya isteri aku ni.
Azrul yang dari tadi menjenguk dari dalam bilik air, keluar dengan keadaan yang hanya bertuala di pinggang sampai ke lutut. Sekali sekala seksi lah sikit depan isteri. Hihi
"Assalamualaikum, cik adik." sapa Azrul dari belakang. Aqma yang masih ketawa terus terdiam lalu berpaling ke belakang.
Merah pipi Aqma gara-gara menahan malu. Tanpa berlengah lagi, tuala yang terbentang di birai katil dicapai lalu melangkah ke bilik air.
Baru sahaja beberapa langkah, tangan Aqma terasa hangat dek genggaman si suami. Pecah jantung aku! Pecah!
"Apasal kau ni? Lepaslah," Aqma cuba meleraikan pegangan Azrul. Tapi hampa. Azrul memegang semula tangannya.
"Kau ni, aku cakap lepas tadi kan? Aku nak pergi mandilah,"
"Saya nampak awak tengah raptai depan cermin tadi," ujar Azrul. Makin tebal rasanya muka Aqma sekarang ni.
"So?" soal Aqma semula. Lebih kepada menutup malu sebenarnya. Ya Allah.. Janganlah kau buat bukan-bukan dekat aku malam ni, Azrul!
"Saya tunggu awak tunaikan semua tu. Termasuk 'malam pertama'. Okay?" ujar Azrul seraya tersenyum nakal.
Aqma terdiam. Malu yang teramat sangat! Eee bodohla kau ni, Aqma! Apasal lah kau boleh lagi buat raptai untuk malam pertama depan cermin?
Now you're eating your own words!
_Sehabis mandi, Aqma mencari-cari baju yang ingin dipakainya pada malam ini dalam bilik air. Habis dicarinya setiap penjuru dalam bilik air tapi hampa.
"Mana aku letak baju tidur aku tadi eh?" gumam Aqma.
"Tak kan lah aku nak keluar dengan tuala ni aje. Malu lah aku,"gumamnya lagi.
Aqma menggigit bibir. Dia cuba mengingat semula dimana dia meletakkan baju tersebut. Tiba-tiba dahinya yang sedia berkerut bertambah lagi berkerut.
"Baju aku letak kat tepi katil lah,. Eee! Asal aku bodoh sangat sampai terlupa nak ambil ni?"
Tak kan nak suruh Azrul tolong ambil? Sudahlah dengan pakaian dalam pun aku bentang atas katil tu. Eee bagi malu betul la kau malam ni Aqma!
Azrul yang sudah berbaju itu melabuhkan punggung di birai katil. Tiba-tiba punggungnya terangkat semula tatkala dia merasa ada terduduk di atas 'sesuatu'.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love You Mr. Under Age
Ficțiune adolescențiBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?