Jam menunjukkan tepat pada pukul 10.55 pagi. Aqma yang baru habis menjamu selera di kantin, berlalu semula ke bilik guru untuk menyemak buku yang tertangguh sementara menunggu giliran mengajar di kelas pada pukul 11.45 nanti.
Langkah Aqma terhenti pada mejanya kerana ternampak seseorang dengan baju kemeja berwarna hitam bertie kelabu yang duduk di hadapan mejanya, tempat meja cikgu Maryam dahulu.
Susah untuk Aqma melihat gerangan itu kerana dia sedang duduk membelakanginya sambil membelek-belek buku.
"Ni ke cikgu baru tu? Macam handsome je, tengok belakang dia pun dah tahu." bisik Aqma dalam hati.
Serious Aqma rasa yang dia tu memang handsome. Tengok dari belakang, tubuhnya nampak tegap dan tinggi.
Dari kulit tengkuk dia memang putih melepak. Tak cukup lagi dengan gaya rambutnya yang smart menambahkan lagi kehenseman cukup lelaki itu.
Dengan perlahan-lahan Aqma duduk di kerusinya kerana takut lelaki itu perasan yang dia sedang menikmati keindahan ciptaan Allah.
Lelaki itu berasa kurang selesa kerana dia merasakan bagai ada sepasang mata sedang memerhati di belakangnya. Lalu lelaki itu memusingkan kepalanya ke belakang.
Senyuman yang terukir di bibir Aqma tiba-tiba mati.
"Awak lagi?" soal lelaki itu sinis.
Perancangan Aqma untuk mengorat cikgu lelaki itu tadi jadi hancur lebur disebabkan kehadiran lelaki itu untuk kali yang ke-tiga.
Aqma hanya menjeling geram tidak menjawab sinis lelaki itu. Azrul menolak kerusinya kebelakang agar lebih dekat pada meja Aqma seraya meletakkan tangan kanannya pada meja Aqma.
"Saya tahu awak sebenarnya suka dekat saya. Saya nampak awak tengah senyum macam orang angau tadi. Bila saya tengok awak, awak buat muka cemberut balik sebab takut saya perasan kan?" ujar Azrul dengan selamba+poyo+perasan nya.
Aqma rasa mahu muntah saja mendengar kata Azrul. Kalau boleh betul-betul dekat muka Azrul, biar dia tahu rasa.
"Eh sorrylah, takde rasa sikitpun saya dekat awak. Langsung!"
"Eleh,. Awak ingat saya tak tahu? Ye lah, saya ni kan hensem dan bergaya."
"Pergi mampus je lah dengan hensem awak tu!"ujar Aqma lalu menyemak semula buku-buku latihan.
Azrul memerhati wajah wanita ini lama. Kenapa dia merasakan setiap kali dia bertembung dengan wanita ini membuatkan dia teringat pada gadis yang dicintainya dulu?
Adakah kerana wajahnya yang serupa? Entahlah,. Azrul malas memikirkan itu.
Dia cuba untuk move on. Buat apa dia mencintai orang itu sedangkan orang itu tidak tahu dan tiada di sisinya. Mustahil bagi gadis itu tahu akan perasaanya sekarang.
"Apa pandang-pandang? Dah pergi sana, buat kerja!"
arah Aqma kerana tidak selesa dipandang bagai mahu tembus kerusi. Kalau jantung ni tercabut siapa nak ganti?
"Taknak. Saya masih nak bercakap dengan awak ni," ujar Azrul.
"Apa lagi?" soal Aqma berbaur tidak puas hati.
"Siapa nama awak?"
"Buat apa nak tahu?"
"Ishh, susah sangat lah awak ni," ujar Azrul lalu merampas buku yang sedang disemak oleh Aqma.
Aqma cuba menarik semula buku itu, tetapi tangan Azrul lebih cepat berbandingnya.
Aqma hanya mampu mengetap bibir menahan geram. Azrul melihat pada kulit hadapan buku latihan tersebut.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?