Chapter 10

4.9K 204 4
                                    

Malam ni boleh lah meriah juga birthday party Arash. Biasalah, anak orang kaya memang macam ni. Meriah meriah juga, tapi yang tak meriah ni haa.

Aqma sungguh berasa tidak selesa kerana dari awal dia datang Azrul asyik memerhati gerak-gerinya. Lepas tu senyum seorang diri. Gila gila..

"Rupanya awak ni cikgu anak saya. Maaflah sebab hari tu saya marah-marah awak." ujar Aiman yang duduk di sebelah isterinya di sofa.

"Takpe, salah saya juga. Cuai.." jawab Aqma sedar akan kesalahan diri. Kalau dia tak sempat brek hari tu, memang kesian lah dengan Encik Aiman ni.

"Alang-alang ni, awak tinggal dekat mana ya?" soal Haniesya, isteri Aiman dengan ramahnya.

"Saya tinggal dekat area sini jugak."

"Ooo.. Anak akak suka betul dekat cikgu macam awak ni. Baik, cantik, peramah.." ujar Niesha lagi.

Hampir setiap hari Arash akan menceritakan hal cikgu Aqma kepada ibunya. Aqma pula rasa macam nak pecah hidung sebab kembang sangat.

"Alhamdulillah.. Lagipun dah jadi tanggungjawab saya sebagai guru, kak Niesha." Aqma merendah diri. Tak selesa bila dipuji begitu.

"Eh Azrul. Jangan tenung sangat anak dara orang! Cucuk mata kang.." tegur si abang sebaik perasan adiknya tidak lepas memerhati Aqma. Ke... Dah jatuh cinta ni?

"Eh mana ada! Apa lah abang ni," nafi Azrul. Walhal memang betul pun.

"Ye lah tu, nanti last-last jatuh cinta." usik abangnya lagi. Azrul menjeling tajam.

Aiman mengangkat tangan tanda menyerah. Aqma dan Niesha tergeleng-geleng melihat gelagat dua beradik ini.

"Astagfirullahal'azim.." Aqma menepuk dahi.

"Kenapa?" tanya Niesya.

"Saya terlupa nak bagi hadiah kat Arash tadi. Kejap ye," aqma menyelongkar semula beg tangannya. Setelah mendapatkan hadiah tersebut, Aqma menghulurkannya kepada Niesya.

"Eh susah-susah je lah Aqma ni.."

"Takpe, ambik je. Anggap je ni sebagai tanda terima kasih saya sebab sudi jemput saya sambut birthday party Arash."

"Terima kasihlah Aqma. Baiknya hati awak," puji Niesha.

"Sama-sama."

"Err,. Dah lewat dah ni, saya minta diri dulu lah ya?" ujar Aqma memandangkan jam sudah pukul 10.30 mlm. Dia tidak mahu berlama-lama di rumah orang.

"Awalnya, Aqma. Akak baru je nak sembang lama-lama dengan Aqma." ujar Niesha.

"Maaf lah, kak. Saya tak dapat lama-lama, nanti mak saya risau pula dekat rumah.. Mungkin lain kali kita boleh sembang lama lagi? In shaa allah.."
ujar Aqma.

Aqma risau akan ibunya yang tinggal seorang di rumah.

"Ye lah..Jaga diri baik-baik tau!"ujar Niesha pada Aqma yang sedang menyalami tangan mulusnya.

" ya, kak." ujar Aqma seraya tersenyum lalu keluar dari banglo milik mereka.

Setelah berada di dalam kereta, enjin keretanya dihidupkan. Aqma cuba lagi untuk kali kedua.

Tak bunyi. Cuba lagi, pun tak bunyi juga! Last, cuba lagi! Sama jugak.

"Apesal pulak kereta ni??" gumam Aqma di dalam kereta.

"Eh kenapa kereta dia tak gerak langsung tu? Ke ada masalah?" soal Azrul pada Aiman dan isterinya.

"Ha'ah lah. Baik kita pergi tengok cepat," Niesha yang bergerak keluar itu ditahan oleh suaminya.

"Kenapa ni bang?"

"Abang suruh Azrul pergi tolong." ujar Aiman pada isterinya dalam keadaan berbisik.

Niesya terangguk senyum dgn cadangan suaminya. Bahu Azrul disentuh.

"It's your job. Go," suruh Aiman sambil tersenyum sinis.

"Asal pula aku?"

"Cepat!"

"Sama-sama lah,"

"No. Go and help her," ujar Aiman lalu membawa isterinya masuk ke dalam rumah.

"Goodluck!" sempat Aiman mengusiknya sebelum pintu utama ditutup. Azrul mengeluh. Langkah dituju ke arah kereta Aqma.

"Asal kereta awak tu?" soal Azrul sebaik sampai di tepi Aqma. Aqma terundur ke belakang kerana terkejut akan kehadiran lelaki itu.

"Ishh awak ni, terkejut saya!"

"Nak kena bagi salam jugak? Okaylah kalau macam tu,.. Ehem ehem! Assalamualaikum cinta.." usik Azrul dengan nada penuh dramatik.

"Euwww.. Bwelkk! Nak muntah saya! Dah, pergi sana!" halau Aqma sambil mengibas ngibas tangnnya. Amboi main halau nampak?

"Kalau awak rasa nak tidur sebilik dengan saya malam ni, awak halau lah saya. Suka hati je nak halau orang! Ni, saya datang nak tolong awak. Ada masalah ke kereta tu?" soal Azrul. Aqma buat muka loya.

Taknak aku tidur seblik dengan kau! Euww

"Entahlaa, tiba2 pulak jadi macam ni." ujar Aqma seraya memandang ke arah keretanya.

2 tahun dah aku ternak kau, kereta. Kenapa kau buat aku macam ni?

"Biar saya check,." ujar Azrul seraya melihat bahagian yang perlu dibaiki.

"Ni kena bawa ke bengkel ni," ujar Azrul setelah memeriksa kereta Alza milik Aqma.

Aqma sudah susah hati. Macam mana ni? Time ni jugaklah, kau buat perangai! Hishhh

"Nampaknya kena tidur sebilik dengan saya lah malam ni," usik Azrul.

"Eh sorrylah, mintak malu sikit!" ujar Aqma. Tak tahu malu!

"Habis macam mana?" soal Azrul.

"Emm.. Ha!, pinjam kereta awak boleh?"

"Tak boleh!"

"Alaa.. Malam ni je.. Pleaselah.."

"No."

"Ishh, susah la mintak tolong dekat orang kedekut macam awak ni!" gumam Aqma.

"Hmm, ye lah. Pakailah kereta saya tu dulu." setelah mendengar itu terus Aqma tersenyum lebar.

"Thank you lahh! Esok saya bagi balik kereta awak, saya janji!"

"Okay, sama-sama. Tapi syarat dia.. I'll drive the car, not you!" ujar Azrul.

"Eh tak payahlaa.. Saya pandai drive sendiri, menyusah je.."

"Ni kereta awak ke saya yang punya?"

"Awak."

"So? Tuan punya badanlah yang drive." ujar Azrul lalu berlalu dari situ. Aqma mengetap bibir.

"Awak tunggu sini, saya ambil kunci kereta saya kat dalam." ujar Azrul sebelum pergi.

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now