Bab 25

4K 123 0
                                    

Hari ini bermulanya percutian hujung tahun persekolahan. Maka bermulalah cuti Aqma sebagai seorang guru. Huyyeshh! Tepuk tangan, tepuk tangan!
  "Lambatnya, bangun anak dara mak ni. Hmm,"ujar ibu Aqma sambil menyediakan sarapan di atas meja. Aqma yang baru bangun tidur, dengan rambutnya yang kusut-masai melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Ibunya hanya mampu menggelengkan kepala melihat Aqma.
  "Mak ni macam tak biasa pulak. Biasalah, hari ni kan dah mula cuti sekolah. Tu yang Aqma bangun lambat sikit pagi ni," suara Aqma masih kedengaran serak-serak basah.
  "Dah-dah, pergi mandi gosok gigi. Kita makan sama-sama. Nanti kalau makan jadi lain pulak rasanya sebab bercampur dengan bau mulut kamu,"usik ibunya. Aqma yang mendengar usikan ibunya berasa terhibur.
  "Pandai mak buat lawak,"puji Aqma.
  "Mana ada mak buat lawak?"nafi ibunya.
  "Ha, mak tengah buat lawak lah tu," usik Aqma.
  "Ada ada je kamu ni," ujar Ibu Aqm seraya mencubit pipi anaknya. Aqma tersenyum lalu bangun dari duduknya untuk ke bilik air.
  "Assalamualaikum! Oo Assalamualaikum!" Satu suara memberi salam tiba-tiba.
  "Waalaikumussalam! Tunggu kejap," Puan Leha menjawab salam seraya berjalan menuju ke pintu.
  "Hai, mak long!" Sapa Zati dengan ceria sekali di muka pintu. Siap tayang jari peace lagi!
  "Oo Zati rupanya.. Masuk, masuk."ajak Puan Leha. Zati pun mengekori ibu saudaranya.
  "Mana Aqma, mak long? Tak nampak pun,"soal Zati. Lehernya dipanjangkan untuk mencari kelibat. Kot-kot lah kalau dia menyorok bawah meja ke, dalam almari ke.. Eh, Zati melalut apa ni?
  "Dia tengah mandi. Kejap lagi keluar lah dia," Zati mengangguk faham.
  "Kita tunggulah, kejap. Nanti Aqma habis mandi, kita makan sama-sama ya?"ujar Puan Leha.
  "Okay,"Zati bersetuju. Lagipun dia memang tengah lapar sekarang ni.
  "Mana mak dengan ayah kamu? Datang sorang aje ke?" Soal Puan Leha, ramah.
  "Takdelah, mak long. Sorang aje. Lagipun, Zati datang ni nak bagitahu Aqma aje." Ujar Zati.
  "Bagitahu apa?"soal Puan Leha.
  "Hari tu, ada kawan sama sekolah kami dulu bagitahu Zati. Diorang nak buat reunion dekat satu tempat ni. Jadi dia ajak sekali Zati dengan Aqma. Kalau kiteorang ikut sementara cuti sekolah ni, takde lah Aqma duduk terperap dalam rumah aje. Sekurang-kurangnya ada aktiviti yang dibuat." Ujar Zati. Puan Leha mengangguk faham.
  "Bolehkan, mak long?" Soal Zati.
  "Mak long takde masalah. Asalkan kamu jaga batas pergaulan korang dekat sana nanti,"
  "So bolehla ni, mak long?" Soal Zati dengan nada yang teruja. Puan Leha menggangguk seraya tersenyum.
  "Yeayy!! Sayang, mak long!" Ujar Zati seraya memeluk ibu saudaranya.
  "Wey, apa ni main peluk-peluk mak orang? Mana boleh," marah Aqma yang muncul tiba-tiba sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Lebih kepada mengusik sebenarnya.
  "Sukalah hati," Zati menjelirkan lidah. Aqma mengambil tempat bersebelahan dengan sepupunya.
  "Aqma, mak pergi depan kejap ya. Kamu borak-borak lah dengan Zati dulu. Mak ada kerja sikit," ujar Puan Leha bangun dari duduknya.
  "Okay, mak."
  "Zati, kalau kamu berdua nak makan, makanlah. Makanan ada atas meja. Nanti mak long makan," ujar Puan Leha lagi.
  "Okay, mak long." Ujar Zati. Kelibat Puan Leha pun hilang.
  "Apa hajatnya tuan hamba menghadap beta pada hari ini?" Soal Aqma.
  "Ni, aku nak bagitahu kau. Haiza dengan kawan dia yang lain nak buat reunion dekat satu tempat ni. So diorang ajak kita dua sekali."
  "Aku on aje. Tapi aku kena tanya mak aku dulu lah,"
  "Tak payah, aku dah minta kebenaran tadi. Dia cakap okay aje, asalkan kita jaga pergaulan dekat sana nanti."
  "Oo kalau macam tu, baguslah. Sekurang-kurangnya cuti ni ade lah jugak benda aku nak buat. Bila kita nak pergi?"
  "Minggu depan,"
  "Okay."

Azrul bersiar-siar di Daesco, Star Mega Mall untuk menghilangkan rasa bosan. Lagipun, dia ada benda nak beli kat sini. Langkah diatur ingin menuju ke D.I.Y. Tanpa sengaja, dia terlanggar seorang wanita yang sarat dengan barang-barang yang dibelinya. Habis jatuh semua barang-barang yang dibelinya.
  "Sorry, encik. Saya tak sengaja tadi," wanita itu meminta maaf.
  "Takpe, takpe. Cik tak apa-apa ke?" Soal Azrul sambil membantu wanita itu mengambil barangnya.
  "Saya okay," ujar wanita itu setelah barang-barang diambil semua. Wanita itu memandang ke arah lelaki itu. Lama wanita itu memerhatikannya sehinggakan Azrul tidak selesa dilihat begitu. Apalah nasib aku ni? Setiap kali dia terjumpa wanita, setiap kali itulah dia menjadi bahan tenungan mereka. Hensem sangat ke aku ni?
  "Cik, okay ke?"soal Azrul.
  "Err.. okay, okay. Tapi saya rasa macam familiar dengan.. muka awak ni," ujar wanita itu. Makin ralit wanita itu memandangnya. Azrul tidak selesa.
  "Ye ke? Er.. sorry, sebab saya tak ingat awak." Ujar Azrul sambil mengukir senyum yang dibuat.
  "Okay... ermm, by the way nama saya, Haiza." Wanita itu memperkenalkan diri. Haiza? Azrul terfikir. Macam pernah kenal.
  "Oo.. Nama saya, Azrul." Ujar Azrul.
  "Azrul? You mean,. Azrul Waheed bin Tan Sri Suhaili?" Haiza meneka.
  "You know me?" Soal Azrul tidak percaya.
  "Yes, of course. Kita sama sekolah dulu, kan? Saya Haiza,. Tak kan tak kenal? Masa tu, awak form 3 saya form 4. Kita sama pengawas dulu." Beritahu Haiza cuba mengingatkan Azrul. Apabila Haiza berkata seperti itu, barulah Azrul mula mengingatinya.
  "Oo... kak Haiza, okay-okay saya ingat dah,"
  "Tak payah kak-kak lah, bukannya saya tua sangat pun,."
  "Okay, Haiza." Azrul menurut juga.
  "Alang-alang kita dah jumpa ni, jom kita makan? Saya pun ada benda nak bagitahu kat awak," cadang Haiza, ramah.
  "Okaylah. Kat mana?" Soal Azrul.
  "Kat sana," ujar Haiza sambil menunjuk ke arah satu restoran berdekatan dengan tempat mereka berdiri.
  "Okay,"

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now