Lama gambar itu dlihatnya. Tubuh terbaring dengan tangan kirinya diletakkan di bawah kepalanya dan tangan kanannya memegang gambar sambil kaki yg dsilangkan. Sekejap2 tersenyum. Kau dah angau ni, Azrul!
"Hoi! Kau tengok apa tu?"sergah Haziq tiba2 yg merupakan pelajar asrama di situ. Azrul pula pelajar harian. Tapi dsebakan kem yang masih berlangsung, dia terpaksa menumpang di asrama selama seminggu. Gambar itu tadi cepat2 diletak di bawah bantalnya.
"Ish kau ni, Ziq. Terkejut aku!"ujar Azrul menutup kegelabahannya. Haziq yang berdiri di tepi katil itu sudah tersenyum mengejek.
"Cyierrr... Ade awek lah tu, kan?"duga Haziq. Hish, Haziq ni sehari tak sah ganggu aku!
"Mana ada."nafinya.
"Hek eleh,. Habis, yang aku nampak kau tersenyum2 tu apa?"
"Gambar mak aku lah!"
"Ye ke, mak kau?"duganya lagi. Haduii.. Kalau kau bukan kawan aku, dah lama aku hempuk kepala kau ni dengan bantal.
"Salah ke kalau aku senyum tengok gambar mak aku?"
"Memanglah tak slah.. Tapi aku nampak kau senyum2 tadi. Dah serupa macam angau dh aku tengok kau."ujar Haziq.
"Jadi kalau kau cakap macam tu, salah lah aku ade awek sekalipun?"balas Azrul.
"Hmm. Yela2. Cakap sikit marah, tak best lah dengan kau ni."
"Laa... Aku bukannya nak marah kau. Tapi aku tak suka hal peribadi aku diganggu."balasnya.
"Okay. Eh, aku nak ke turun kejap. Ada hal."
"Orait.. Takde hal, bro."
"Assalamualaikum"
"Wslm."
Seminggu setelah habis program Kem Pengawas~
Aqma mengatur langkah untuk ke kelas 1B. Hari ni dia ada tugas menjaga kelas semasa pembacaan al-quran.
Setelah sampai di kelas, Aqma melihat murid2 di dalam kelas itu masih ada yg menyapu, buat kerja rumah, ada yg lari2.
"Dik, jngan lari. Nanti jatuh macam mana?"tegur Aqma kpd budak lelaki itu. Lelaki itu sudah berkerut wajah ketakutan. Alah, tegur sikit dah takut.
Lelaki itu tidak melawan, malah pergi ke mejanya semula membuka buku. Eh, jadi baik pula. Kejapnya jadi jahat. Getus Aqma dlam hati. Lawaklah budak ni.
"Ermm. Yang lain tu, kalau boleh berhentilah dulu buat kerja masing2. Sebab kita nak mula baca alquran tak lama lgi."arah Aqma. Yang lain hanya menurut arahan itu.
"Assalamualaikum."seorang lelaki, pengawas juga tiba2 muncul diluar kelas. Aqma terkejut dengan kehadirannya.
Azrul masuk lalu mengambil kerusi yang tidak digunakan dan dibawa ke sebelah Aqma di meja guru. Kemudian dia duduk di situ.
"Awak jaga kelas ni juga ke?"tanya Azrul.
"Haah. Saya jaga kelas ni."jawab Aqma.
"Ohh.. Tak sangka."ujar Azrul. Aqma berpaling padanya.
"Kenapa?"
"Tak sangka saya jaga kelas yang sama dengan awak."balas Azrul seraya mengukir senyum. Aqma mengalihkan pandangannya semula. Senyuman tu mampu buat dia cair!
"Aqma!"panggil seorang lelaki yang masuk tiba2 dlm kelas itu. Aqma terpempan dengan kehadiran lelaki itu. Dia adalah ex-crush nya dulu.
"Boleh saya jaga kelas ni dengan awak?"ujar Azwan. Nak terbuntang mata Aqma mendengar permintaan itu. Hati mula berbunga2.
"Er.. Boleh."balas Aqma.
"Betul ke ni?"
"Ehh.. Tak! Tak boleh."jawab Aqma lagi. Baru dia tahu apa alasan dia datang ke sini. Mestilah dia nak usha makwe dia dlm kelas ni. Sakit pula hati ni.
"Mana satu ni?" Azwan menjongket kening.
"Tak boleh."
"Kenapa pulak?"
"Sebab saya diarahkan jaga kelas ni dengan dia."balas Aqma dengan tegas sambil jari telunjuknya dituju ke arah Azrul. Azrul hanya tertunduk diam.
"Tapi kita boleh tukar kan?" Azwan masih mahu memujuk Aqma.
"Aqma!"tiba2 Haiza di luar kelas memanggil Aqma. Aqma menoleh lalu menghampiri Haiza.
"Apa dia?"
"Nah buku kau lupa.."ujar Haiza sambil menghulurkan buku itu kepada Aqma.
"Azrul, kau keluar dulu jaga kelas sebelah. Biar aku jaga kat sini."ujar Azwan dlm keadaan separuh berbisik.
"Tapi.."
"Takpe, kau pergi je."ujar Azwan. Akhirnya Azrul hanya menurut lalu keluar dari arah pintu belakang. Tergamaknye Azwan buat Azrul macam tu.
"Okay, aku balik kelas dulu. Eh Azwan ke yang sama dengan kau jaga kelas ni?"tanya Haiza sebaik perasan Azwan duduk di meja guru.
"What?" Aqma mengetap bibir lalu menghampiri Azwan.
"Hoi, aku dah kata kan kau tak boleh jaga kelas ni? Asal duduk sini?"gumam Aqma.
"Hari ni je Aqma.. pleaselah.."Azwan mengelip-ngelipkan matanya. Acah2 budak kecik.. puik!
"No! Keluar sekarang."arah Aqma. Azwan bangun dari kerusi dengan mulutnya yang mencebik.
"Budak tadi mana?"tanya Aqma.
"Dah keluar."jawab Azwan.
"Ishh.."gumam Aqma lalu keluar kelas. Dilihatnya budak tadi masih dalam perjalanan ke kelas hujung sekali.
"Awak!"panggil Aqma dari jauh. Azrul masih belum menoleh. Tak dengar agaknya..
"Awak!!"panggilnya lagi. Sama jugak.
"Haishh.. telinga apa yang kau guna ni. Awak!!"panggil Aqma lagi. Barulah Azrul dengar bahawa panggilan itu diajukan kepadanya. Azrul berhenti lalu menoleh ke belakang.
"Apa?" Tanya Azrul dengan keadaan mulut yang bergerak tanpa suara. Aqma memberi isyarat dengan menunjuk ke arah kelas yang dijaganya.
Azrul mengangguk tersenyum sambil menayang ibu jari tanda setuju. Aqma tersenyum ke arah Azrul lalu memasuki kelas.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?