Bab 34

5K 136 0
                                    

Ting! Ting! Ting!..

Mata Azrul yang terpejam rapat terbuka perlahan tatkala jam loceng berdering kuat menyedarkan si mati. Tangannya dipanjangkan untuk menekan butang off agar ia berhenti berdering.

Ha diam pun kau.

Azrul bangun lalu duduk. Azrul meraba-raba di sebelah. Hmm. Jap, ni kepala ke kaki? Macam kaki..

"Ya Allah.. Ganasnya dia ni tidur alahai.." Azrul tergeleng-geleng seraya tersenyum geli hati. Alahai.. Macam mana lah dia ni tidur pusing sampai macam ni sekali? Patutla aku tidur malam tadi rasa macam kena tendang aje kat muka ni kan..

"Sayang. Bangun bangun, subuh." geraknya. Namun tiada respon dari si isteri.
Azrul cuba menggeraknya sekali lagi.

"Bangun sayang, solat." bahu isterinya digoncang kuat sedikit dari yang tadi.
Sama juga.

Azrul cuba sekali lagi.

"Bangun.."

"Bangun la.."

"Subuh dah ni.."

Aik? Tak bangun jugak? Hmm. Main kasar bini aku ni.

Azrul tersenyum nakal. Haa.. Adalah modal dia nak kenakan tu.

Seluar tidur yang dipakai isterinya dilucut sedikit untuk menyedarkan dia dari mimpi. Dengan spontan Aqma terbangun dan ter-siku 'bawah' suaminya.

"Aduhh.. Sayang.. Sa.sak..kitt.." terbeliak mata Azrul menahan kesakitan. Aduh, Aqma.. Tak de tempat lain ke kau nak siku?!

Aqma kelihatan gelabah. Adoi.. Macam sakit sangat je tu? Aku yang tengok pun dapat rasa kesakitan tu..urghh

"Err. Err.. Si. Siapa suruh.. Haa.. Tangan tu gatal nak bukak seluar aku! Memang siku lah aku bagi," marah Aqma.

"Tapi tempat yang awak siku ni tak sesuai. Alahai.." ujar Azrul menahan kesakitan. Aqma mencebik.

"Ha! Asal berani sangat nak bukak seluar aku? Kau tergoda dengan aku kan? Dasar miang!"

"Eh takde masa lah saya nak tergoda-goda subuh macam ni. Saya buat macam tu sebab saya nak gerak awak solat. Saya gerak awak langsung tak bangun," ujar Azrul pula.

Erm. Solat? Hehe malu pulak aku..

"Takpelah. Nasib baik saya hati malaikat. Kalau tak dah lama saya cium awak atas katil ni,"

"Kau fikir aku takut?"

"Betul tak takut?"

"Kau nak cari nahas, kau buatlah! Aku tumbuk muka.."

Cupp!

Belum sempat Aqma menghabiskan ayatnya, mulutnya tidak berbunyi kerana ditutup dengan mulut Azrul. Aqma terkedu. Biar betik dia ni cium aku!

"Ha! Mulut bising macam ayam! Dah, cepat ambil wudhuk. Solat itu tiang agama," Azrul bingkas bangun dari katil meninggalkan Aqma yang masih dalam keadaan tadi. Terkedu tak terkata apa-apa. Rasa macam di awangan. Rasa macam di syurga. Rasa macam.. Nak lagi!

Eh! Apahal aku ni. Ish ish buang fikiran tu. Hahaha. Dalam diam Aqma ni gatal jugak ye..

"Aik, belum angkat lagi ? Dah, turun. Penat abang tunggu kat bilik air. Tau.." Azrul mula buat suara gatai dia tu.

Aqma menngerutkan kening. Eh lain macam laki aku malam ni.

"Nak buat apa ?" Nak ambil wudhu je kan? Asal nak tunggu ?

"Ambik wudhu la sayang oi. Apa lagi? Ke nak mandi sama? Abang okay aje. Lepas solat nak?" usik si suami.

"Ee. Kau ni gatal tahap bapak!" Aqma bangun dari katil. Aqma ter-senyum. Ter- okay, ter! Omaigod asal senyum2 ni Aqma?

"Usik sikit dah senyum. Eee, sayang !" tubuh isteri yang lalu dihadapannya pantas dipeluk erat. Apa pulak, Aqma. Makin lekang senyuman. Tapi cuba disembunyikan. Takut laki dia nampak. Kang malu pulak !

"Ni nak peluk ke nak solat?" soal Aqma seraya meleraikan tangan Azrul yang kemas memeluk tubuhnya. Azrul tersenyum sampai ke telinga.

"Jom," tangan isterinya dipimpin ke bilik air. Hahahah macam lain aje gayanya bawak bini pergi bilik air kan ? Hahah. Sila sucikan otak anda.
_

Usai solat, telekung yang dipakai terus ditanggalkan lalu digantung di tempat menggantung telekung. Kaki terus melangkah ke katil dan.. Gol di situ.

Azrul yang melihat gelagat isterinya tergeleng-geleng kepala. Hai.. Bini oh bini. Azrul naik ke katil lalu menggerakkan isterinya.

"Sayang. Bangun.. Janganla tidur balik. Tak baik tidur lepas subuh," bahu isterinya digerakkan. Kedengaran Aqma sedang mengeluh.

"Asal pulak... Aku ngantuk lah."

"Ngantuk sangat ke ?"

Aqma yang membelakangi suaminya tadi mengiring tubuh menghadap suaminya. Pipi suaminya disentuh.

"Ha'ah.. Ngantuuukk sangat.. Please pagi ni je sayang.. Boleh kan?" Aqma bersuara manja. Sengaja mengusik. Asyik aku aje yg kena kan? Apa kata aku pulak. Aku ni boleh tahan gatalnya..

Azrul yang terkaku dengan perlakuan isterinya berdebar-debar detak jantungnya. Uishh ni yang buat iman turun balik ni.
Tangan isterinya yang menyentuh pipi kanannya diusap lalu dicium.

"Boleh sayang.. Pagi ni je. Tau ?" hahahahha Azrul kalah dengan isterinya. Aqma menang ! Aqma tersenyum menggoda.

"Thanks my sexy husband," bisik Aqma tepat di tepi telinga Azrul. Hembusan nafas Aqma terasa sekali di tengkuk membuatkan Azrul naik gila. Alahai bini aku pandai pulak nak goda aku pepagi ni.

"My pleasure baby," jawab Azrul. Aqma tersenyum lalu selimut yang menutup pahanya ditarik sehingga paras dada kemudian melelapkan matanya. Azrul masih dalam keadaan tadi. Matanya tidak lepas memandang isterinya.

"Wanna join ?" soal Aqma tiba-tiba. Laa. Belum tidur lagi rupanya. Azrul tersentak.

"Tidur ke?"

"Yup. Jom?"

"Okay,"

Eh laju pulak Azrul ni. Cepat-cepat tubuhnya dibaringkan menghadap isterinya. Wajah mereka sungguh dekat. Boleh nampak bulu hidung.

"Kenapa tidur macam ni ?" soal Aqma. Azrul mengerutkan dahi. Apa pulak yang peliknya? Aku tidur nampak macam berdiri ke?

"Macam mana?" soal Azrul pula. Tiba-tiba tangan Aqma mencapai tangan suami lalu diletakkan pada bahunya. Azrul tersentak dengan perlakuan isterinya. Asal bini aku tetiba menggoda pulak sekarang ni?

"Hug me," arah Aqma. Huh... Keep calm Azrul, take it easy. Tubuh isterinya dipeluk dekat pada tubuhnya. Kepala Aqma sudah mendarat di atas dada bidang Azrul.

"Okay,".

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now