Chapter 15

4.5K 195 5
                                    

"Macam mana, nak tak datang malam ni?" soal Niesha di corong telefon. Aqma terdiam sejenak. Nampaknya keluar lagi lah malam ni.

"In shaa allah saya datang,"akhirnya itu yang dijawabnya.

" okay,. Aqma bawa lah mak ayah sekali, baru meriah!"ujar Niesha.

"Ya, kak. Pukul berapa malam nanti?"'
"Pukul 7. Boleh?"
"Boleh boleh.."
"Kalau macam tu akak letak dulu lah ye, akak nak masak makanan sedap2 untk malam nanti."
"Amboii.. Semangatnya! Jam baru je pukul 3."
"Hahahahah.. Mestilah semangat, nak jumpa bakal adik ipar kut. Ops, hehehe"
"Hahahahah."
"Hahah ye lah, akak pergi dulu. Bye assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam.." panggilan dimatikan. Huh.. Kenapa makan malam mereka kena libatkan aku? Dah lah mak bapak Azrul pun ada sekali.😑 parah parah..
"Ha, siapa yang call tu?" soal si ibu tiba-tiba muncul.
"Err.." aku nak jawab apa eh?😟
"Kenapa ni?" soal si ibu hairan. Aqma terasa berat lidah berkata-kata.
"Mak, malam ni ada orang jemput kita makan-makan dekat rumah diorang." jawab Aqma. Huh..
"Siapa?" soal si ibu.
"Err.. Malam nanti lah mak tahu,. Malam ni pakai cantik-cantik tau? Hahaha."
"Ye laahh, dah jom turun. Kita minum petang."
"Okay,jom."

"Betul ke mama??" tanya Arash dengan teruja.
"Ye,." jawabnya.
"Yeayyy!!!!" Arash melompat gembira. Cikgu kesayangan datang!
"Sukanya dia bila cikgu datang.. Habis papa ade je kat sini takdepun Arash terlompat-lompat?"
"Itu papa,. Papa tak best! Hahahahah." ujar Arash kemudian tertawa.
"Huhu sedihnye.." Aiman mengadu pada istetinya. Kepalanya dilentokkan ke bahu isterinya.
"Anak awak jugak,."ujar Niesha.
"Dah lah, papa merajuk dengan Arash! Papa nak kawan mama sorang je lah. Jom sayang." ujar Aiman sambil merangkul pinggang isterinya.
"Alaaa.. Ye lah, Arash kawan papa!" Arash memujuk ayahnya. Kaki ayahnya yang panjang dipeluk kuat.
"Taknak!" rajuk Aiman. Pelukan pada tubuh isterinya dieratkan lagi. Naik lemas pulak Niesha dibuat dua beranak ni.
"Ya Allah perangai awak pulak yang melebih-lebih. Arash yang kecik lagi takde lah macam tu sangat." omel si isteri yang masih kemas dalam pelukan suaminya.
"Biarlah, saya pun nak manja dengan awak.. Muahh!" pipi isterinya dicium.
"Astaghfirullahal'azim.. Kamu bertiga ni, ada masalah dalam family ke? Sampai berpeluk bagai ni kenapa."ujar si ibu yang sudah lengkap berpakaian cantik. Pakai biasa-biasa je. Takdelah sampai pakai macam nak pergi kenduri😂
Tiga beranak tadi terus berdiri tegak. Macam tunggu arahan dari komander untuk berkawad.
" Takde apa lah ma.. Wah, cantiknya mama malam ni.. Gugur iman Aiman tengok." okay. Aiman dah mula menganjing.
"Mama tiap hari cantik. Kenapa, baru malam ni perasan?"
"Taklah, mama memang tiap hari cantik. Cuma malam ni mama up sikit. Hehe."
Mata ditancapkan pada skrin televisyen. Tah apa benda yang dia tengok pun aku tak tahu. Semua yang dipaparkan pada skrin tv seolah-olah bayangan wajah Aqma. Angau!
"Azrul! Azrul!"
Azrul masih mengelamun.
"Azrul Waheed bin Suhaili!!"
Azrul tersedar dari lamunan.
"Apa ma?" jerit Azrul dari ruang tamu.
"Yaa Allah pergi bukak gate kat luar! Dari tadi dah ting-ting kat luar tu kamu tak dengar ke?" jerit ibunya dari dapur.
"Ok ma!" Azrul bergegas bangun dari sofa. Tu lah, mengelamun je kerja dari tadi.
"Siapa pulak yang datang malam-malam ni.. Ishh, spoil la." gumam Azrul sambil mengenakam selipar untuk menuju gate. Sewatu Azrul sudah sampai di gate. Azrul terkejut dengan kehadiran dua orang itu.
"Assalamulaikum.." ibu Aqma memberi salam seraya tersenyum. Gate itu terus dibuka.
"Waalaikumussalam, makcik." tangan ibu Aqma disalam. Seketika pandangan dikalihkan ke arah Aqma yang cantik mengenakan baju kurung berwarna kelabu ada manik-manik halus dan bawal satin hitam di kepala.
"Masuklah makcik, Aqma." jemput Azrul seraya tersenyum. Mereka pun masuk ke dalam. Azrul berjalan beriringan dengan Aqma yang berjalan di belakang ibunya. Aqma memandang ke arah Azrul.
Gila! Dia kenyit mata pulak dah..
Aqma mempercepatkan langkahnya agar seiringan dengan ibunya. Azrul mengetap bibir.
"Main-main dengan aku eh?" gumam Azrul.

"Silalah makan. Sila, sila." jemput datin pada dua tetamunya. Untuk sekali lagi, Aqma duduk bertentangan dengan Azrul lagi. Huhhh muak tengok muka dia kau tahu?
"Ni perkenalkan anak saya Aiman.
yang ni isteri dia, Niesha. Dan yang ni cucu saya, Arash." Tan Sri Suhaili memperkenalkan anaknya setelah selesai sesi makan. Sekarang beralih pula ke ruang tamu. Ketiga-tiga mereka tadi pun bersalaman dengan Ibu Aqma.
"Yang ni pula, Azrul. Bujang lagi." Azrul menyalami tangan Ibu Aqma. Lagi. Hahah
"Ohh.. Ni pula anak saya, Aqma. Sekerja dengan Azrul." ujar ibu Aqma. Aqma menyalami tangan kedua ibubapa Azrul.
"Ohhh.. Awak berdua tinggal dekat mana?" tanya datin.
"Tak jauh. Dekat Kemuyang ni jugak.." jawab ibu Aqma.
"Ohh.. Cantik anak awak. Baik, sopan santun. Elok buat menantu." ujar datin. Spontan kepala Azrul yang sedari tadi tunduk terangkat.
"Hah, kenapa? Perasan lah tu," usik Aiman. Azrul menjeling tajam.
"Memang lah dia perasan, dah dia sorang je belum kahwin." ujar Tan Sri. Lalu mereka pun tertawa. Aqma pula buat-buat ketawa tapi dalam hati Allah je tahu. Sekali lagi Azrul termengelamun apabila melihat senyuman Aqma. Haii....
"Tengok tu, mula dah.." ujar Aiman.
"Azrul,. Oo Azrul.." panggil datin. Tiada respon. Aqma yang sedar dirinya diperhati membuat muka 'hoi tengok sana! Orang tengah tengok awak tu!'.
"Ehh.. Err.. Haha.." Azrul tersengih.
"Kalau dah suka tu, tak elok dipendam tau? Kan?" ujar ibu Aqma. Mereka tertawa.
"Betul sangat apa yang Ibu Aqma cakap tu Azrul. Baik ambil cepat, sebelum orang lain dapat!" ujar Tan Sri.
"Ha'ah. Kan Aqma?" ujar Kak Niesha.
"Hehehe.." Aqma hanya mampu tersengih menutup malu.
"Arash tahu," ujar Arash tiba-tiba.
"Tahu apa?" soal mereka.
"Pak usu suka dekat cikgu!" dengan selamba budak darjah 2 itu menuturkan kata. Terbeliak mata Aqma dan Azrul.
"Hahahahah takde lah,. Arash main je tu. Arash kan?" soal Aqma menutup malu.
"Tak. Arash cakap betul!" ujar Arash.
Semua memandang ke arah Azrul. Azrul buat muka tak tahu. Padahal pipi nampak sangat merah!

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now