Imran memusingkan kepalanya ke sekeliling mencari kelibat Aqma. Tidak lama kemudian, barulah kelibatnya muncul. Dan kemunculan Aqma itu sungguh memeranjatkan Imran yang melihat keadaan teman karibnya semasa di universiti dahulu.
Mak ai. Seksinya dia! Mana pergi tudung dia?
Aqma pula tak selesa dipandang begitu terus petik jari untuk menyedarkan Imran. Bila dilihat pada dirinya sendiri, ya, memang seksi juga pakaiannya. Blouse putih berlengan pendek serta skirt hitam yang fit paras atas peha. Ah, lantaklah aku suka pakai macam ni. Sebok pe hal?
"Eh sorry, have a seat," pelawa Imran. Dalam hatinya masih terdetik, mengapa Aqma berubah sekarang ni? Aqma kah ini? Apa yang menyebabkan Aqma berubah hingga seperti ini?
"You look so beautiful, Aqma." puji Imran tiba-tiba. Aqma menanggalkan kaca mata hitam sebelum menjawab.
"Oh, thanks." ujar Aqma.
"But, what's wrong with you? Bukan you bertudung dulu ke?" ragu-ragu Imran ingin berkata seperti itu. Takut ia menyinggung perasaan Aqma.
"Suka hati i lah. You ni kenapa?" soal Aqma pula. Benci betul bila orang asyik membandingkan dia dengan Aqma yang dulu.
Imran terkejut dengan tingkah laku Aqma sekarang ni. Aih, lain betul dia sekarang. Aqma pula tak lepas memandang Imran dengan pandangan yang hairan.
"Kenapa pandang i macam tu?" soal Imran.
"Tak.. I cuma pelik. Tadi you kata you ni 'lembut', tapi sekarang ni i nampak you ni macam lelaki tulen." ujar Aqma. Lengan Imran yang berotot itu dibelek.
"Sado pulak tu," sambungnya lagi. Imran tergelak dengan kata-kata Aqma tadi.
"Aduhh, you ni. Itu cerita lama.. Dah jangan dibahaskan lagi, geli i dengar," ujar Imran. Aqma tersenyum saja. Best berkawan dengan Imran ni.
_"Ish! Handphone ni kalau tak rosak memang tak sah!" rungut Azrul sendiri di mejanya. Habis handphone itu dibeleknya. Dah tekan butang on pun tak on jugak.
Aduuhh.. Wahai handphone, tolonglah faham situasi aku. Aku tengah rindu bini ni !
"Argh! Taguna punya handphone," akhirnya telefon itu diletak ke tepi sahaja. Hmm. Guna public phone pun tak boleh jugak. Dah berapa kali Azrul call langsung tak diangkat.
Apalah bini aku tengah buat sekarang ni. Sampai call pun tak angkat. Tiba-tiba aksi Aqma pada pagi tadi terlintas di fikiran. Kemudian Azrul tersenyum sendiri. Hai, kalau dia buat macam tu hari-hari, maunya gugur jantung aku.
Kring!! Kring!!
Yes! Loceng pun dah bunyi. Mari kita balik!! Sorak Azrul dalam hati. Rindu dengan bini dia sekarang ni tak terkata. Setelah selesai mengemas apa yang patut, dia keluar bilik guru.
Baru sahaja dia melangkah keluar bilik guru, Cikgu Raisya memanggil.
"Ye, ada apa cikgu?" soal Azrul.
"Guru besar panggil cikgu," ujar cikgu Raisya.
Azrul mengeluh perlahan.
"Okay, terima kasih ya cikgu,"
"Ya, sama-sama."
Lalu Azrul berpatah balik semula ke bilik guru besar. Ni mesti kes pagi tadi. Aryanie ni memang nak kena!
"Assalamualaikum," Azrul memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk.
"Waalaikumussalam. Masuk,"
Setelah mendapat kebenaran masuk, Azrul melangkah masuk lalu duduk di hadapan guru besar, Ustaz Hilmi.
Tapi yang peliknya, kenapa aku sorang kena panggil? Mana pergi Aryanie?
"Ni, apa masalah kamu dengan cikgu Aryanie pagi tadi?" soal Ustaz Hilmi.
"Err.. Saya tak tau nak cerita macam mana ustaz. Sebab ni terlibat dengan peribadi."
Jawab Azrul. Yelah, takkan dia nak bagitau dekat guru besar pulak apa yang Aryanie cakap pagi tadi?
"Hmm. Baiklah kalau macam tu, cuma saya nak ingatkan. Kita ni dekat sekolah, tak elok kalau budak-budak tengok. Bukan setakat budak-budak, orang dewasa yang lain pun sama. Nanti apa pulak kata diorang nanti, tak ke malu jadinya? Walau besar mana pun masalah tu, jangan dibawa ke sekolah. Kalau nak selesaikan, selesaikan kat tempat lain. Boleh?"
"Boleh, ustaz."
"Kita ni sebagai cikgu, kena tunjuk disiplin yang baik depan anak-anak. Nanti budak-budak tu pergi ikut pulak perangai kamu berdua kan susah? Sebab setiap apa yang orang dewasa buat, memang budak-budak akan ikut. Faham?"
"Faham, ustaz."
"Haa.. Faham pun. Dekat sekolah, kita kena jaga tingkah laku kita. Dekat luar, suka hati kaulah nak jadi beruk ke apa,"
Eh. Sempat pulak orang tua ni buat lawak.
"Ya, ustaz. Saya janji saya tak akan buat lagi."
"Okay, itu je. Dah, kamu boleh balik." ujar Ustaz Hilmi.
"Terima kasih, ustaz. Assalamualaikum," Azrul menyalami tangan Ustaz Hilmi sebelum keluar. Terus melangkah di tempat parking kereta. Belum sempat dia mengeluarkan kunci, satu suara menegur.
Ya Allah , siapa pulak kali ni?
"Aku kesian dengan kau ni sebenarnya, Azrul." ujar Azwan dengan nada sinis. Azwan yang berdiri di belakangnya langsung tak dipandang.
"Lantak kau lah," ujar Azrul sambil membuka pintu kereta. Namun pantas saja tangan Azwan menghalangnya.
"Woo woo.. Sabarlah. Dengar la dulu apa aku nak cakap,"
"Kau nak apa?!"
Azwan ketawa sinis.
"Eh kalau kau nak aku dengar gelak setan kau tu, sorry aku takde masa. Pergi mati ah kau!"
"Okay-okay.. Aku tak gelak lagi dah. Kau nak tau cerita tak? Kalau aku cerita ni, confirm memang kau meletup."
"Apa maksud kau ni ha?"
Azrul mula naik angin.
"Dengar dulu.. Okay, tadi aku ada nampak seseorang ni tengah bercinta dengan orang lain. Terkejut tak? Hahahaha"
Azrul hanya diam. Tangannya sudah sedia menggenggam buku lima. Hanya menunggu untuk mendarat di muka setan ni je lagi.
"Kau nak tau siapa? Ha ni dia," Azwan menghulurkan telefon bimbitnya kepada Azrul.
Azrul sungguh terkejut dengan gambar yang memaparkan susuk tubuh isterinya yang mesra berbual dengan lelaki lain. Dengan pakaiannya lagi. Terdedah sana sini. Siapa lelaki itu?!
Azrul ketawa sinis sebelum bersuara.
"Ni? Pergi mampus," dengan selamba Azrul melemparkan telefon itu lalu pecah berderai. Azwan sangat marah. Belum sempat Azwan menangkap Azrul, Azrul terlebih dahulu masuk ke dalam kereta.
"Sial kau Azrul!"
Lalu mencarut lah Azwan seorang di situ.
_
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Novela JuvenilBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?