10 tahun kemudian...
"Terima kasih cikgu,"ucap murid-murid di dalam kelas sewaktu loceng berbunyi menunjukkan masa matapelajaran Bahasa Melayu telah tamat.
Buku-buku rujukan yang digunakan untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah itu disusun dan dibawa di tangan lalu keluar kelas.
"Cikguu!."panggil seorang budak lelaki dari arah belakang. Langkah Aqma terhenti lalu menoleh ke belakang utk melihat gerangan orang itu.
"Eh, Arash.. ada ape ni?"soal Aqma ramah.
"Takde pape pon. Nak tolong cikgu boleh?" Arash menawar pertolongan pada Aqma. Aqma sekadar tersenyum.
"Boleh.. Nah tolong cikgu bawa ni," ujar Aqma sambil menghulurkan beberapa buku rujukan yang dibawanya tadi.
"Okay," Arash menerima huluran itu.
"Cikgu, sebenarnya saya datang bukan nak tolong je.,"ujar Arash.
"Habis tu?" Aqma mengerutkan dahinya. Pandangan dikalih pada budak lelaki berumur 8 tahun yang tinggi aras bahunya.
"Dekat rumah kami ada buat birthday party saya. Kalau boleh, cikgu datang lah nanti."ujar Arash yang petah berkata-kata.
"In shaa Allah cikgu datang. Rumah Arash dekat mana?"soalnya.
"Dekat Kemuyang."jawab Arash.
"Kemuyang?"
"Ha'ah. Kenapa cikgu?"
"Ohh.. dekat Kemuyang rupanya, rumah cikgu pun dekat sana."beritahu Aqma pada Arash.
"ohh.. baguslah. Dekat skit,"ujar Arash. Setelah sampai di bilik guru, Arash meletakkan buku-buku itu di atas meja.
"Terima kasihlah, Arash sebab tolong cikgu.
"Takpe, tak susah pun. Baiklah, saya balik kelas dulu cikgu. Assalamualaikum," Arash mencapai tangan Aqma untuk bersalaman.
"Waalaikumussalam.."jawab Aqma sambil melihat Arash keluar bilik guru sehingga kelibatnya.
"Bagusnya Arash ni, suka tolong cikgu. Kalau aku dulu.. tolong tu memang lah ada, tapi bila disuruh je."bisik Aqma dalam hati.
"Hai,"tegur seorang lelaki. Aqma yang sedang menyusun buku di atas mejanya menoleh.
"Nak apa?"soal Aqma acuh tak acuh. Benci betul dia dengan lelaki ini. Dulu bukan main, kau buat aku macam sampah. Sekarang baru kau nak cari aku? Pegi mampos.
"Janganlah marah pagi-pagi macam ni.."ujar Cikgu Azwan. Bekas senior Aqma dahulu. Dan 'ex-crush' nya dahulu.
" Boleh tak awak jangan kacau saya. sekali ni je. Saya tengah sibuk ni awak tak nampak ke?,"ujar Aqma.
"Tak tahulah pulak saya yang awak tengah sibuk sekarang ni. Kalau macam tu, bila awak free?"soal Azwan sambil duduk di bucu meja Aqma.
"Takde,"jawab Aqma acuh tak acuh tanpa memandang Azwan sedikit pun.
" Saya tahu awak nak tipu saya."
"Suka hati awak kalau nak cakap saya tipu awak."
Azwan mengeluh. Susah betul nak cakap dengan Aqma ni. Dari dulu perangai memang tak berubah.
Sebenarnya Azwan mula suka dekat Aqma."Okaylah kalau camtu,."Azwan berdiri semula.
"Saya tahu sapa saya,. Saya tahu saya macam mana,. Tapi awak kena tahu yang saya sukakan awak. Tak boleh ke awak bagi masa untuk saya rapat dengan awak?"nada Azwan bertukar serius.
Aqma hanya membatukan diri. Tidak lama kemudian, Azwan menonong keluar dari bilik guru.
Aqma buat donno je. Aqma bukan apa, dia tidak mahu cintanya diperlakukan seperti dahulu lagi. Langsung tak berbalas. Buat malu saja!
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Ficção AdolescenteBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?