"Hmm, Aqma!" Panggil Sir Syam merangkap guru bahasa Inggeris di kelas 4B. Aqma yang sedari termenung terkejut bila namanya diseru.
"Yes, sir."
"Can you help me?"
"Of course. What can i help?"
"Please put this book on my table."
"Okay, sir."
Aqma akur lalu bangun dan mengangkat buku-buku di atas meja Sir Syam untuk dibawa ke bilik guru. Dalam perjlanan ke bilik guru, bahunya terasa dilanggar oleh seorang lelaki.
"Eh sorry, kak! Tak sengaja." lelaki itu meminta maaf. Aduuhh macam mana boleh terlanggar dia ni?
"Takpe. Awak tak sengaja." ujar Aqma sambil menyusun buku2 yang terjatuh di atas lantai.
Lelaki itu berasa bersalah dan meminta untuk membantunya mengambil buku2 yang terjatuh.
"Saya tolong kakak eh?"
"Takpe, biar saya." Aqma tidak menerima bantuan itu.
Lelaki itu tidak mampu nak berbuat apa. Dia pun meneruskan perjalanan ke kelasnya.
"Maaf ye kak, saya betul2 tak sengaja." ujar lelaki itu sekali lagi sebelum berlalu pergi.
Aqma yang habis mengambil buku2 yg jatuh hanya memandang ke arah lelaki itu sehingga hilang kelibatnya.
'Ini bukan budak tingkatan 3 tu ke? Hmm, tak pe lah. Bukan dia sengaja pun.' getusnya dalam hati. Baik aku hantar buku ni cepat2 sebelum loceng.
_"Weh, Aqma. Kenapa budak tu asyik pandang kau je?"tanya Izzati.
Aqma yang leka menyuap nasi lemak ke mulutnya menoleh ke arah kawannya merangkap sepupunya di sekolah ini.
"Siapa?"tanya Aqma sambil mencari siapa yang disebut oleh Izzati.
"Tu.." ujar Izzati sambil menjuih bibir ke arah lelaki yang mengacau-ngacau air ribena sambil melihat ke Aqma. 'Eh, bukan ni budak yang langgar aku tadi ke?'
"Takde lah. Takdenya dia nak pandang aku. Mana tahu dia pandang orang lain sekitar kita.." nafi Aqma.
"Hoi, mata aku belum rabun lagi tau? Aku nampak laa.." Izzati meyakinkan Aqma. Sekali lagi Aqma melihat lelaki itu. Lelaki itu masih lagi tetap memandangnya sambil tersenyum.
"Wehh, dia senyum tu!! Senyum lah balik!" sambil jarinya tertunjuk-tunjuk ke arah lelaki itu. Amboi, dah macam lelaki itu pula yang senyum kat dia.
"Kau gila?" marah Aqma sambil mencubit peha Izzati.
"Aduhh.. Kau ni, tangan dah tukar jadi ketam ke ha?"
"Tu lah.. Jangan cari pasal dengan aku." sambil nasi lemak yang tertangguh tadi disuap semula ke mulutnya. Izzati mencebik.
"Dia tu pengawas juga kan?"tanya Izzati.
"Ye lah. Dah terang2 dia pakai baju pengawas kat situ. Merah menyala2 lagi."
"Kau ni, aku tanya jangan la marah.."
"Alololo.. Ye lah2, aku tak marah lagi.." ujar Aqma sambil mencubit manja pipi izzati. Izzati tersenyum. Alah, pantang kena pujuk terus lembik.
"Dia tu budak tingkatan 3 kan?" tanya Izzati lagi.
"Haah. Junior kita." balas Aqma.
"Kenapa? Kau suka dia ek?" ejek Aqma.
Mana taknya, dari tadi asyik tanya pasal dia."No way! Well kau tahu kan, aku tak suka lelaki junior." balas Izzati.
"Kalau dah suka tu, cakap je laa.. Nanti aku boleh inform kat dia."ejek Aqma lagi.
"Ishh kau ni kan!" marah Izzati. Aqma ketawa mengekek-ngekek.
_"Hoi!" sergah Azrul Aiman pada adiknya yang sedari tadi memandang seseorang.
"Eh, abang. Terkejut lah!" marah si adik, Azrul Waheed.
"Tengok siapa tu??"tanya abangnya. Dari jauh lagi dia boleh nampak adiknya dari tadi memerhati seseorang.
Tapi dia tidak dapat mengecam siapa yang dilihat adiknya. Azrul hanya diam tidak menjawab.
"Hek eleh.. Kalau dah suka someone tu tak payah lah berahsia dengan abang."
"Takde,lah!" marah Azrul. Aiman buat2 tak tahu.
"Weh, Aiman! Jom pergi masjid jap." ajak Azwan yang tiba2 muncul.
"Bila masa kau ni rajin pergi masjid?"
"Songkok aku tinggal lah dalam masjid. Jom lah teman aku."
"Eh kau ni. Pergi masjid pun nak kena teman ke?"
"Jom lah."
Aiman mengeluh. Hishh, malas aku ni sebenarnya.
"Hmm yelah2. Dah, jom." ujar Aiman.
"Aku pergi masjid dulu." ujar Aiman pada adiknya sebelum pergi. Azrul hanya mengangguk. Kemudian, dia melihat semula senior perempuan tadi. Malangnya, mereka terlebih dahulu hilang.
'Aishh.. Hilang pula dah!' getusnya dalam hati. Azrul tidak tahu kenapa selepas dia terlanggar perempuan tadi membuatkan dia rasa ingin mendekatinya.
Rasa ingin mengenalinya dengan lebih lagi. Yang dia tahu, perempuan itu adalah pelajar tingkatan 4. Tapi, Azrul ni jenis yang tak melayan sangat perempuan.
Dan dia ni jenis yang pemalu dan pendiam. Dia tak bergaul sangat dengan kawan. Tak macam abangnya, Azrul Aiman tu.
Abangnya jenis yang bolehlaa melayan juga perempuan. Tu yang banyak perempuan melekat dekat dia. Azrul tak macam abangnya. Walaupun mereka beradik, tapi perangai mereka jauh berbeza.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Fiksi RemajaBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?