"Sebelum saya hantar awak balik, temankan saya lunch dulu boleh?" soal Azrul sambil memandu keretanya.
"Malas."
Azrul mengetap bibir.
"Apa ni malas-malas. Anak dara tak elok malas-malas tau? Nanti takda yang masuk meminang." ujar Azrul cuba mengancing Aqma.
"Takpe lah, bukannya awak pun yang nak meminang saya."
"Aipp mana tahu saya memang jodoh awak nanti haa.."
"Hahahah funny.." Aqma pura2 ketawa kemudian buat muka menyampah.
"Jom lah teman saya lunch, awak tak kesian kat saya ke?"
"Tak nak."
"Jom laa please?"
"Malas."
"Sekali ni jee.."
"Tak nak!"
Azrul mengetap bibir. Dasar minah keras kepala! Lantaklah, aku peduli apa. Azrul diam saja meneruskan pemanduan nya.
Tetapi panduannya itu terus melencong ke tempat lain. Aqma sudah tak senang duduk.
"Eh awak nak bawa saya pergi mana ni?"
Azrul diam.
"Awak jangan macam-macam dengan saya. Saya call polis, baru awak tahu." aqma sudah mengeluarkan ugutan.
Azrul masih diam."Azrul!"
"Awak ni, rileks la. Saya nak bawa awak teman saya lunch je." akhirnya Azrul bersuara. Dia tidak tahan mendengar Aqma sedari tadi terpekik di tepi telinganya. Nak berdarah rasanya!
"Apa ni? Saya dah cakap saya taknak tadi kan.?"
"Tapi saya nak!"
"Taknak, hantar saya balik."
"Tolong lah saya, sekali ni je. Saya dah tolong awak, takkan awak tak boleh nak tolong saya?"
Aqma memuncung bibir. Kenapa lah aku dipertemukan dengan lelaki seperti ini?.
"Awak," panggil Azrul.
"Apa?" sahut Aqma acuh tidak acuh.
"Awak comel la buat muka macam tu. Macam anak itik nenek saya dekat kampung," puji Azrul seraya tersenyum. Puji ke tu?
"Awak puji ke kutuk ni? Macam kutuk je bunyinya tu."
"Kalau itu yang awak rasa, itu lah yang saya maksudkan."
Haihhh geram aku. Aku sekeh juga kepala dia ni nati.
_Langkah diatur menuju ke sebuah restoran SAMBALADO yang berdekatan di Permai. Restoran itu boleh laa juga meriah sambutannya. Ini kerana makanannya yang sedap, cepat , dan berpatutan.
"Awak order laa apa yang awak nak. Saya belanja." ujar Azrul setelah duduk di meja makan.
"Betul ni awak belanja?"
"Taklah, saya jual." seloroh Azrul.
"Ish awak ni memang suka cari gaduh dengan saya kan?" marah Aqma. Orang baru je nak cakap baik2 dgn dia, dia pulak nak membangkitkan lagi kemarahan yang baru hilang.
"Hehehe sorry.."
"Saya nak banana cheese."
"Berapa?"
"Satu je."
"Oohh." pelayan itu menulis di buku nota kecilnya.
"Lagi?" soal si pelayan lagi.
"Tak. Azrul?" soal Aqma. Dah macam dia pulak yang nak belanja.
"Char kue tiaw basah, dgn air milo peng satu." pesan Azrul. Pelayan itu pun pergi untuk menyiapkan makanan yang dipesan
"Awak suka banana cheese eh?" soal Azrul ingin tahu. Sekali sekala nak juga tahu apa favourite crush sendiri. Huhu
"Yup. It's my favourite food." jawab Aqma.
"Oohh sama lah kita," dalih Azrul.
Padahal tak pernah pun makan benda tu. Hahahah"Ohh tak tanya pun," ujar Aqma sengaja mahu menyakitkan hati dia. Asyik aku je yang kena kan, dia lah pulak yang kena.
"Saya bagi tahu, tak mintak pun awak nak tanya saya ke tak." ujar Azrul.
"Hmm ye lah,." ujar Aqma.
"Awak," panggil Azrul.
"Apa?"
"Umur awak berapa?"
"Buat apa nak tahu?"
Azrul mengetap bibir. Susah la nak cakap dengan perenpuan ni.
"Umur saya 25 tahun. So, saya dah bagitahu umur saya. Awak pula kena bagitahu umur awak. Mesti!"
"Seriously 25 tahun??" soal Aqma tidak percaya. Dia ingatkan Azrul ni dah 28 ke atas.
Budak lagi rupanya.. Kecik lagi dari aku pulak tu! Setahun je lah.
"Yup. Why?" soal Azrul.
"Nampaknya awak kena panggil saya kakak lah ni," ujar Aqma.
"Asal pulak?" soal Azrul hairan. Bila masa pulak aku beradik dengan kau?
"Ye lah,. Saya ni lagi tua dari awak. Saya 26." ujar Aqma. Azrul seolah-olah tidak percaya. Tua lagi dari aku? Tak mungkin.
"Saya tahu awak nak tipu saya kan?" duga Azrul.
"Tak da masa nak tipu awak."
"Eh betul ke ni?"
"Ha'ah la. Yang awak ni buat muka macam tu sangat ni dah kenapa?"
"Bak sini ic awak jap, saya nak check," arah Azrul.
"Awak ni dah kenapa?" soal Aqma hairan. Kenapa, muka aku tak sesuai dengan umur 26 ke?
"Bak sini lah kejap," arahnya lagi. Aqma akhirnya menurut juga. Ic nya dihulur pada Azrul.
"Laa.. 26? Hmm, takpelah." ujar Azrul. Takpelah, setahun je. Tak jauh sangat. Boleh laa
"Awak okay ke?" soal Aqma
"Okay."
Aqma mengerutkan dahi. Pelik budak ni. Azrul ingatkan dia muda lagi. 23 ke 24 ke, rupanya 26. Muka dia nampak muda sangat.
Aqma pulak ingatkan Azrul ni 28 ke atas. Sebab muka dia nampak lebih matang. Kalau berjalan seiring, memang orang akan ingat Azrul ni lagi tua.
"Eh bunga ke kat belakang tu?" soal Aqma apabila ternampak sejambak bunga melalui side mirror diletak pada bahgian bonet kereta dalam perjalanan balik.
"Ha'ah. Ada orang bagi." jawab Azrul.
"Ohh. Siapa yang bagi?" soalnya lagi.
"Ar.. Ar apa tadi eh? Saya pun tak ingat."
"Aryanie?"
"Haaa, tu lah. Aryanie."
"Ohh."
Tak sangka pulak Aryanie yang hantar bunga tu. Diam-diam ubi berisi rupanya.
"Biasalah.. Saya ni banyak peminat. Penat pulak rasanya kena angkut bunga tiap-tiap hari." ujar Azrul dengan poyo. Aqma pula buat muka menyampah.
"Ha, bagus lah tu. Nanti last-last jadi mat bunga hmm." ejek Aqma.
"Awak jealous ke?" soal Azrul.
"Takde masa!"
"Jangan risau, tak payah jealous. Saya hanya untuk awak sorang je." Azrul mengenyit mata.
"Welkk.."
Azrul hanya tersenyum. Makin lama makin jatuh sayang pula kat perempuan ni! Hmm. Walaupun kau tua dari aku, i'm still in love with you!💕💘
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?