"Ya Allah, Azwan! Awak baru lepas kena tumbuk ke?" Soal Aqma dengan cemas sebaik sahaja melihat kelibat Azwan. Azwan tidak menjawab soalan itu. Azwan sekadar tersenyum. Beg itu diberikan kepada tuannya.
"Maafkan, saya Azwan sebab dah menyusahkan awak.. kesiannya ya Allah! Habis lebam mata awak, mari kita pergi klinik cepat!"ujar Aqma.
"Takpe lah, Aqma. Sikit aje ni," Azwan menolak.
"Sikit apa nya? Macam nak terkeluar je biji mata awak ni saya tengok. Takkan awak tak sakit?" Geram pula Aqma. Nak tunjuk macho lah konon.. Tunjuk macho tu biarlah kena dengan situasi!
"Takpe, saya okay." Tolaknya lagi. Aqma menghela nafas panjang. Biarlah, dia. Dah dia taknak, tak kan nak paksa pulak? Tapi rasa terhutang budi lah, pulak. Mata dia habis lebam, takkan nak biar aje? Hmm.
"Ermm.. Kalau macam tu, saya belanja awak makan aje lah. Boleh?" bersungguh-sungguh Aqma. Dalam hati Azwan dah melompat gembira. Hahaha, baru kau akan tahu siapa aku Azrul!
"Kalau macam tu, saya okay je lah. Lagipun saya dah lama nak ajak awak makan sama. Tapi tu lah, awak selalu je nak mengelak dari saya." kedengaran lirih saja suara Azwan. Aqma rasa bersalah pula. Jahatnya aku selama ni!
"Err... saya minta maaf kalau saya jahat sangat dengan awak selama ni. Saya minta maaf sangat-sangat,." Aqma meminta maaf.
"Takpe, saya dah lama maafkan awak. Eh awak check lah dulu awak punya beg tu. Takut ada benda yang hilang pulak," Azwan mengingatkan. Aqma menepuk dahi.
"Oh ya saya lupa pulak," ujar Aqma disusuli ketawa. Azwan hanya tersenyum manis.
"Okay, semua ada. Jomlah, kita pergi makan." ajak Aqma setelah memastikan semua barang di dalam begnya lengkap. Azwan apa lagi? Aku on je lah...
"Aqma," panggil Azwan. Mereka sudahpun berada di Shushi King. Aqma yang mendengar namanya dipanggil turut menoleh.
"Apa?" soalnya. Lama Aqma menunggu jawapan daripada Azwan. Azwan menghela nafas panjang.
"Saya nak minta maaf dekat awak kalau sebelum ni kata-kata saya dan perangai saya ada menyakitkan hati awak." ujar Azwan. Aqma tidak menjawab. Tidak tahu apa yang dia mahu katakan sekarang ini. Perlu ke aku maafkan dia? Perlu ke aku berbaik dengan dia sekarang? Habis, hati aku yang dia buat macam sampah dulu?
"Azwan,." panggil Aqma. Azwan yang baru selesai solat Asar, keluar dari masjid di sekolahnya. Baru sahaja dia ingin menaiki Ducati nya, dia berpaling ke belakang sebaik mendengar namanya dipanggil.
"Aqma.. Ada apa?" soal Azwan. Helmet yang elok tersarung di kepalanya dibuka semula.
"Erm.. Sa.. Sa. Eh takde pape lah, hehe," Aqma berasa gugup. Patut ke aku bagitau?
Azwan sudah mengerutkan dahi.
"Kau dah kenapa?" soal Azwan. Pelik pulak minah ni.
"Eh takde lah.. Saja nak tegur sebenarnya," ujar Aqma sambil mengukir senyum yang dibuat-buat.
"Ohh.. Kalau takde pape, aku balik dulu lah. Aku nak cepat ni," ujar Azwan. Gayanya seperti tidak selesa dengan kehadiran Aqma. Baru saja dia ingin menyarungkan helmetnya semula, Aqma memanggilnya lagi.
"Awak," panggilnya.
"Apa?" soal Azwan acuh tak acuh. Nampak dari riak wajahnya.
"Awak masih... Dengan Zahra ke?" soal Aqma. Dengan berusaha dia mengumpul semangat untuk mengutarakan soalan itu. Akhirnya lepas juga. Berkerut dahi Azwan mendengar soalan itu. Tidak lama kemudian, baru dia connect apa yang Aqma tanyakan. Seketika dia tersenyum.
"Ohh.. Ingatkan kau tanya apa je lah tadi,. Yup, i'm still with her. We are loving each other." ujar Azwan. Dari gayanya bercerita dia seperti teruja sekali. Di saat dia teruja itulah Aqma bagai ditampar. Sedih, kecewa, pasrah. Semuanya jadi satu.
"For your information, i'm really love her. When i see her, i feel something like.. You know that,. Bila dia takde, aku rasa hidup aku kosong." ujarnya dengan teruja sekali.
"Ohh.. Wow, hahaha.. Baguslah tu,. Awak jagalah dia baik-baik. Jangan sakitkan hati dia.. I'm really happy to hear that, and i hope you will make her day," ujar Aqma. Lebih kepada menutup kesedihan sebenarnya. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Cepat-cepat diseka.
"Hey, why are you crying?" soal Azwan sebaik melihat Aqma menyeka titisan air matanya.
"Ohh.. Nothing.."
"Nothing? You shouldn't say like that. Tak mungkin kau takde pape kalau kau tiba-tiba menangis macam ni."
Aqma menghela nafas panjang.
"Azwan, actually saya sebenarnya ada benda nak cakap dengan awak. Tapi.. bila saya dengar cakap macam tu, saya jadi tak sampai hati pulak. Takpe lah,. Saya batalkan niat saya," ujar Aqma. Lama Azwan memerhati Aqma ini. Jangan-jangan dia suka aku tak? Eiii, geli aku!
"Sorry, aku tak suka kau." Azwan sudah dapat membaca fikiran Aqma. Aqma yang mendengar luahan itu bagai rasa ditampar dengan tamparan yang begitu kuat. Hancur lebur hatinya. Bukannya dia marah disebabkan Azwan tidak suka akan padanya. Tapi, cara dia meluahkan begitu menyakitkan.
"Aqma? Why are you crying?" suara Azwan membuat Aqma yang di dalam lamunannya kembali ke dunia nyata semula. Cepat-cepat Aqma menyeka airmatanya.
"Nothing,"
"Nothing? You shouldn't say like that. Tak mungkin awak takde pape kalau awak tiba-tiba menangis macam ni," ujar Azwan. Aqma bagaikan ditampar sekali lagi. Cara Azwan sekarang ini mengingatkan semula memori yang tak kan Aqma ingin ingati.
"Takde pape lah, dah dah. Kita makan lagi best. Nanti sejuk pula makanan kita," ujar Aqma lalu menyuapkan shushi ke dalam mulutnya.
"Awak makan comot lah," ujar Azwan lalu mengambil tisu dan disuakan kepada Aqma. Aqma memandang ke arah huluran itu kemudian memandang Azwan. Azwan sedang merenungnya. Azwan, kau jangan buat aku jatuh cinta lagi kat kau! Aku tak suka. Desis Aqma dalam hati. Pandangan dikalihkan pada tempat lain semula.
"Terima kasih," ujar Aqma seraya tersenyum.
"Kita kawan? Ya?" ujar Azwan. Berkerut dahi Aqma.
"Kawan?" soal Aqma lagi.
"Ye lah, sebelum ni kan kita selalu gaduh-gaduh. So sekarang ni saya taknak lah nak gaduh-gaduh dengan awak. Kita berbaik, okay?"
"Oh.. Of course," ujar Aqma seraya tersenyum.
"Ke awak nak kita lebih dari kawan?" duga Azwan.
"Tak lawak lah," ujar Aqma dengan muka yang menahan senyum.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
Teen FictionBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?