Bab 30

4.4K 126 1
                                        

Tubuh kejap pusing sana, kejap pusing sini. Terlentang, meniarap masih juga tidak dapat menyenyakkan tidurnya. Otaknya asyik terfikirkan Azrul.

Kenapa lelaki itu sering mengingatkannya dengan lelaki bawah umur yang pernah dicintainya dulu? Lebih2 lagi Azrul menceritakan yang mereka pernah belajar dalam sekolah yang sama.

"Aqma, okay tak ni?"suara Zati yang kedengaran serak basah menerpa telinga Aqma.

"Okay, dah tidur tidur,"ujar Aqma menenangkan kawannya.
_

"Macam mana reunion sepanjang lima hari ni? Okay?"soal Zati yang sedang memandu kenderaan. Sekadar memecah kesunyian.

"Asal diam je ni,"rungut Zati memandangkan soalannya tidak dijawab. Wajah Aqma juga kelihatan murung saja.

"Takde pape lah,"nafi Aqma.

Zati menggeleng-gelengkan kepalanya. Bosanla, macam ni. Asyik diam, aje.

"Zati, berhenti kejap boleh? Aku nak beli makanan sikit kat 7E sana,"pinta Aqma.

Zati hanya menurut lalu memberhentikan keretanya di stesen minyak. Tidak lama kemudian Aqma pun keluar dari perut kereta.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kereta semula, sebuah kereta Alphard memecut laju lalu merempuh tubuh Aqma. Aqma jatuh terguling dengan kepalanya yang berlumur darah.

"Aqma!!!"jerit Zati lalu berlari mendapatkan sepupunya. Tubuh Aqma dipeluk sambil dibasahi dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

Disitu Aqma dan Zati sudah dikerumuni ramai orang. Zati sungguh berasa tertekan. Dia menangis semahu-mahunya.
_

"Aqma, anak mak... bangun sayang,.. mak ada ni.."tangis Puan Leha. Pipi anaknya yang terbaring lesu dicium berkali-kali. Dia sungguh takut akan kehilangan anaknya. Cukuplah dia kehilangan suami dan anak sulungnya.

"Mak long, maafkan Zati mak long.. Ni semua salah Zati, salah Zati Mak Long.. kalaulah Zati tak biarkan dia keluar dari kereta, Aqma tak kan kena macam ni,"Zati menyalahkan dirinya sendiri.

Tubuh anak saudaranya dipeluk. Zati menangis semahu-mahunya di bahu Puan Leha.

"Takpe, mak long maafkan kamu nak. Ni bukan salah kamu. Ni takdir Allah, kita tak boleh lawan."pujuk Puan Leha.

"Betul tu, Zati. Zati kena sabar ya, nak. In shaa Allah, Aqma kuat sayang,"pujuk Puan Asmira pula, adik kepada Puan Leha. Belakang anaknya diusap lembut.

"Sabar ya nak,"pujuk Encik Imran, suaminya pula.

"Dah jangan nangis lagi ya, sayang. Zati kena doakan Aqma banyak2 supaya cepat sembuh. Ya?"ujar Puan Leha.

"Zati rasa bersalah mak long.. kesian, Aqma.."Zati masih dengan tangisnya. Dia sungguh berasa sedih. Aqma lah satu-satu kawan baiknya merangkap sepupu.

Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Apa yang dilihatnya sebentar tadi sungguh menghiris hatinya. Sungguh sakit hatinya bila melihat tubuh Aqma yang terbaring di atas lantai konkrit dengan lumuran darah.

Mujur sahaja dia sempat menangkap nombor plat kereta Alphard itu tadi. Baru saja dia melaporkan kepada pihak polis. Rasakan!

"Dah, Zati. Mari kita balik. Dekat dua jam dah kita dekat sini,"ajak si ayah.

"Tapi, Zati nak dengan mak long jaga Aqma."

"Tak payah Zati. Yang penting kamu kena jaga kesihatan kamu. Biar mak long aje jaga Aqma kat sini,"ujar Puan Leha, lembut.

"Betul tu, nak. Mari kita balik?"Puan Asmira memaut bahu anaknya.

"Akak, Mira balik dulu ya. Sabar ya kak, Allah maha Adil."ujar Asmira menenangkan kakak kandungnya. Wajahnya penuh simpati.

Puan Leha hanya mampu mengangguk dan membiarkan mereka pergi setelah selesai bersalaman. Wajah anaknya ditenung sayu.

Tiba-tiba fikirannya menerawang pada Azrul pula. Tahukah dia akan perkara ni?
_

"Makcik pergi keluar dulu ya, Azrul. Nak beli makanan. Azrul tolong tengok-tengokkan anak makcik ya,"ujar Puan Leha.

"Baik, makcik."ujar Azrul seraya menyalami tangan Puan Leha. Setelah Puan Leha menutup pintu, pandangannya dikalihkan pada Aqma pula.

Mahu saja dia peluk gadis ini. Apakan daya, dia belum miliknya yang sah. Hatinya bagaikan dilanda taufan. Sungguh dia amat sedih atas kemalangan yang menimpa gadis yang dicintainya ini.

"Aqma, tolonglah bangun. Saya tak sanggup nak tengok awak dalam keadaan macam ni, Aqma. Saya rindu nak usik awak, saya rindu nak dengar awak marah saya,"ujar Azrul perlahan.

"Saya cintakan awak,"sambungnya lagi.

Tanpa disedari, air mata lelakinya gugur jua.

"Bangunlah, Aqma. Saya taknak kehilangan awak untuk kali kedua,.
Awaklah yang pertama dan terakhir dalam hati saya. Saya sayang awak,"

Tiba-tiba bola mata Aqma bergerak dan jarinya bergerak perlahan. Azrul yang sedar akan perubahan itu, langsung tersenyum gembira. Air matanya dikesat.

"Aqma awak dah sedar?"soal Azrul.

Aqma membuka matanya dengan perlahan. Tiba-tiba ternampak seorang lelaki duduk di sebelahnya dengan matanya yang merah seperti selepas menangis.

"Alhamdulillah, awak dah sedar Aqma. Saya sedih sangat dengan keadaan awak macam ni. Saya taknak kehilangan awak lagi, Aqma. Sebab saya sayangkan awak,"terus Azrul meluahkannya.

"Kau siapa?"soal Aqma pula dengan nada yang kasar. Azrul tahu Aqma sedang menahan marahnya. Mana taknya, tiba-tiba je merepek.

"Saya serius ni, Aqma. Saya sukakan awak sejak kita sekolah lagi. Saya pendam aje hinggalah hari ni. Mungkin saya rasa hari ni saya patut luahkan semuanya. Takda lagi rahsia antara kita,"ujar Azrul seraya tersenyum.

Sungguh dia rindu dengan perangai Aqma yang suka marah2.

"Ei ei, kau melalut apa ni? Ah? Aku tanya kau siapa. Aku tak kenal kau,"marah Aqma.

"Saya ke awak yang melalut ni, Aqma? Mestilah awak kenal saya. Dah, jangan nak main-main. Orang serius dia main-main pulak,"Azrul buat-buat merajuk.

"Kau lah yang melalut! Aku tanya kau siapa! Aku tak kenal kau lah, bodoh! Pergi!"suara Aqma meninggi.

Azrul terkedu. Kali ini dia memang merasakan Aqma tidak mempermainkannya. Dia memang kelihatan tidak mengenalinya.

Apa dah jadi pada awak, Aqma?

"Awak betul-betul tak kenal saya ke?"Azrul masih berharap. Berharap apa yang dikatakan Aqma tadi adalah sekadar gurauan.

Wajah Aqma kelihatan sungguh menahan rimas sekali. Pelik betul dia dengan lelaki ni. Siapa dia? Aku tak kenal pun kau!

"Kau ni faham bahasa ke tak, ha? Aku tak kenal kau! Berapa kali aku nak cakap?!"tempik Aqma.

Hati Azrul bertambah pilu. Keadaan Aqma semakin teruk.

"Kalau betul awak hilang ingatan, saya akan tolong awak, Aqma. Saya sayang awak separuh nyawa saya."ujar Azrul. Anak matanya tepat merenung ke arah sepasang mata cantik Aqma.

"Ada ku kesah? Berambus!"halau Aqma. Perwatakannya sudah bertukar menjadi kasar. Dari kasar menjadi lebih kasar. Hmm.

Azrul hanya mampu keluar dari bilik itu dengan perasaan yang hampa. Ya Allah, adakah aku mampu menghadapi ujian yang kau berikan kali ini?

****

Btw video kat atas sedih gila siak😪
Saya tengok video tu pun menangis tau huhuuu😭😭
Saje je letak video tu sebenarnya, 
Bagi feeling sikit hahahhaha😂
Itupun kalau korang dapat feel lagu tu sbil baca cerita saya ni hahahaaa
Okay, keep reading babehhh😘😠✌

Love You Mr. Under AgeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang