Bab 24

3.8K 132 0
                                    

Aqma tekun dengan semakan bukunya. Azrul yang duduk di hadapannya juga sama. Aqma hairan, dua hari ini Azrul langsung tidak menegurnya seperti selalu. Acap kali mereka bertembung, Azrul hanya menayang wajahnya yang masam mencuka kepada Aqma. Kenapa dia ni? Tapi Aqma malas nak fikir. Kalau dia tak tegur aku pun okay jugak. Amanlah dunia aku. Aqma menyambung kerjanya semula. Tidak lama kemudian, Azrul tiba-tiba bangun dan berdiri di sebelahnya sambil berpeluk tubuh. Berkerut dahi Aqma.
  "Ada apa?" Soal Aqma hairan. Azrul masih diam. Matanya merenung tepat ke mata Aqma. Aqma gelabah. Apa ni?
  "Ni, saya nak bagitahu awak. Malam ni abang saya buat anniversarry dekat Kingwood Hotel." Beritahu Azrul dengan suara dingin.
  "So?" Soal Aqma.
  "Mama saya suruh saya ajak awak sekali. Kalau ikutkan hati saya ni, jangan harap saya nak jemput awak." Ujar Azrul sambil menjeling tajam.
  "Azrul, awak ada masalah ke?" Soal Aqma. Dia tak kesah kalau nak pergi majlis tu, tapi dia cukup tidak puas hati cara Azrul menjemputnya. Kenapa dia dingin tiba-tiba dekat aku? Aku ada buat dia marah ke sebelum ni? Sebelum ni okay aje. Azrul tidak menjawab soalan yang itu.
  "And one more thing, awak jangan sesekali jemput.." belum sempat Azrul menyambung ayatnya, Azwan terlebih dahulu menyapa.
  "Hai, Aqma." Tegur Azwan sambil tersenyum manis kepada Aqma. Kemudian dia beralih kepada Azrul yang berpeluk tubuh di sebelahnya. Azwan hanya memandang sekilas.
  "Oh, hai.. Ada apa Azwan?" Aqma membalas senyuman. Sakit hati Azrul melihatnya.
  "Saya sebenarnya nak ajak awak makan malam dengan saya malam ni, boleh?" Pinta Azwan.
  "I'm sorry, Azwan. I can't because malam ni saya nak pergi majlis anniversary abang Azrul." Jawab Aqma.
  "Really? Kalau macam tu, boleh saya ikut?" Tanya Azwan. Aqma hanya mengangkat bahu.
  "Azrul, boleh tak aku ikut sekali? Mestilah boleh, kan? Aku kan kawan baik abang kau." Selamba Azwan berkata. Azrul mengetap bibir. Tak boleh! Jerit Azrul dalam hati. Tak kan lah nak cakap depan-depan kan? Nanti apa pula Aqma fikir. Akhirnya, Azrul hanya angguk kepala saja. Reaksi wajahnya masih tidak berubah. Masam.
  "Dekat mana tu, Aqma?" Soal Azwan.
  "Kingwood Hotel," jawab Aqma.
  "Ooh.. kalau macam tu malam nanti saya ambik awak. Kita jalan sekali," ujar Azwan. Sengaja menyakiti hati Azrul.
  "Tak boleh! Malam nanti Aqma akan jalan sekali dengan aku. Aku yang ambik dia," celah Azrul tiba-tiba. Azwan mengetap bibir menahan geram. Aqma pula pening kepala tengok budak dua ekor ni.
  "Malam nanti saya ambik awak pukul 8,. Jangan ikut siapa-siapa," pesan Azrul lalu keluar dari bilik guru.
  "Sorry.." Aqma meminta maaf sambil menayang barisan giginya.
  "It's okay. Malam nanti saya datang sendiri," ujar Azwan dengan nada penuh tenang sekali. Padahal dalam hati, macam tsunami!

Suasana di Kingwood Hotel amat meriah. Jemputannya lebih kurang dalam seribu orang. Penat jugaklah nak melayannya. Aqma yang baru sampai itu terus menyalami tangan Datin dan suaminya.
  "Ha, datang pun.. Mana ibu Aqma?" Soal datin. Tak datang ke?
  "Oh.. mak pergi tandas kejap tadi," jawab Aqma.
  "Azrul mana ma?" Soal Aqma lagi.
  "Aik? Bukan dia yang ambil kamu tadi ke?"
  "Memang dia ma, lepas sampai sini tadi terus hilang tak tau pergi mana," ujar Aqma. Dah la muka tak tau nak senyum, lepas tu hilang pula. Hish,
  "Takpelah, nanti awak nampak juga dia. Jemput makan," ajak Aiman.
  "Mari, Aqma. Akak teman," Niesha yang cantik berpakaian dress. Mereka berdua pun pergi dari situ.

  "Aqma," panggil Niesha. Aqma yang baru saja habis makan menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil.
  "Apa kak?" Soal Aqma. Niesha mendekatkan wajahnya ke wajah Aqma.
  "Ada apa dengan si Azrul tu?"soal Niesha.
  "Akak peliklah dengan dia,. Muka dia asyik masam aje akak tengok. Akak cakap dengan dia pun dia tak layan. Risaulah akak,." Sambungnya lagi.
  "Saya pun tak tahu. Dia pun tak tegur saya 2 hari ni. Biar aje lah dia akak,. Nanti pandailah dia nak tegur kita bile dia dah okay nanti."
  "Awak tegur lah dia,. Cakap baik-baik, apa masalah dia.. nanti kalau dia dah marah, sebijik macam singa jantan tau? Dah, pergi. Akak nak pergi tengok suami akak dulu, bye!" Niesha terus bangun dari kerusi meninggalkan Aqma di situ. Aqma menghela nafas berat. Kemudian dia bangun dan keluar dari dewan itu. Pada mulanya dia mahu menjenguk ibunya, tapi taknak lah mengganggu ibunya kerana dia sedang rancak berbual dengan orang tua Azrul. Jadi dia keluar. Sewaktu Aqma keluar, dia ternampak Azrul sedang berdiri membelakanginya, bersandar pada kereta sambil berpeluk tubuh. Perlahan-lahan Aqma menghampiri Azrul.
  "Azrul,." Panggil Aqma. Tiada sahutan.
  "Azrul?" Sekali lagi Aqma memanggil. Namun hampa, tiada sahutan. Azrul hanya memandang sekilas ke arahnya.
  "Kenapa dengan awak ni?" Soal Aqma. Tiada jawapan. Aqma mengetap bibir menahan geram. Orang tanya elok-elok, jawablah! Malas Aqma nak menyibuk hal dia, baik dia pergi dari situ. Baru saja dia ingin pergi, Azrul bersuara.
  "Mana kesayangan awak tu? Tak nampak pun," sindir Azrul. Aqma tahu bahawa Azrul sedang menyindirnya. Tapi Aqma kena bawa bersabar.
  "Siapa kesayangan saya?" Soalnya. Azrul memandang ke arah Aqma. Aqma sudah berpeluk tubuh merenung ke arahnya.
  "Azwan tu lah, siapa lagi?" Ujar Azrul.
Mencerlung mata Aqma mendengar. Azwan? Please, lah!
  "Sorrylah, ya? Dia bukan kesayangan saya pun. Tak lebih dari kawan!" Beritahu Aqma. Azrul tersenyum. Bukan sinis, tapi senyum gembira. Pelik, pelik.
  "Dia tak jadi datang. Ada hal," sambung Aqma lagi.
  "Aqma, saya nak tanya boleh?" Azrul yang bersandar pada kereta kini bertukar posisi. Azrul berdiri berhadapan dengan Aqma sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek.
  "Tanyalah," ujar Aqma.
  "Awak dengan... Azwan ada hubungan apa-apa ke?" Soal Azrul. Aqma diam. Kenapa dia tanya soalan macam ni? Eii tak paham aku!
  "Kenapa tanya?"
  "Aqma, please. I need your answer," pinta Azrul. Aqma menghela nafas panjang.
  "Kami takde pape hubungan. Tak lebih dari kawan." Jawab Aqma. Azrul tersenyum. Hensem lah pulak! Desis Aqma dalam hati.
  "Aqma, sebenarnya saya takut sekarang ni." Kedengaran lirih sahaja suara Azrul.
  "Kenapa? Awak cakaplah, saya dengar." Alah.. baiklah pulak bunyi aku kali ni!
  "Saya takut saya kehilangan orang yang saya cintai akan pergi bersama orang lain," luah Azrul. Bergenang tubir mata Azrul. Aqma berasa sesuatu. Kenapa dia rasa macam hampa saja mendengar Azrul berkata seperti itu?
  "Saya tak nak kehilangan orang yang saya cintai untuk kali kedua. Dia langsung tak memahami perasaan saya. Saya sedih sangat, Aqma. Apa yang saya perlu buat untuk dia kembali dengan saya lagi? Tolong saya, Aqma." Aqma tidak tahu untuk berkata apa. Siapa 'dia' yang Azrul maksudkan?
  "Awak kena kuat, Azrul. Jangan cepat mengalah. Awak kena dapatkan dia dengan walau apa cara sekalipun. Kalau boleh saya tanya, dia dah tahu ke yang awak cintakan dia?" Azrul menggeleng lemah.
  "Kalau macam tu, awak kena bagitahu dia. Jangan biar dia tak tahu sampai dia lepas di tangan lelaki lain. Saya tahu awak kuat. Saya doakan awak akan dipertemukan jodoh dengan dia. Saya minta diri dulu, Assalamualaikum." Ujar Aqma lalu pergi dari situ. Tanpa Aqma sedari, airmatanya menitis. Mengapa Aqma perlu menangis?
  "Dia menangis?" Soal Azrul dalam hati. Seketika dia tersenyum.

          

Love You Mr. Under AgeWhere stories live. Discover now