Hitam

538 24 2
                                    

Kisah nih berlaku time aq darjah-darjah or awal-awal sekolah menengah gitu. Tak ingat sangat ah.

Pada satu hari yang indah ditemani bunyi kicauan burung, okay stop. Dusta semua nih.
Time tuh hujung minggu. Kitorang pun ambil kesempatan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga. Bukannya duduk memerap tak keluar bilik sepanjang hari ye anak-anak.

Tengah syok-syok bergelak ketawa kat ruangan belah dapur tuh, tetiba datang seekor kucing hitam yang kelihatan sangat otai. Maksudnya dah tua(berpengalaman?) mungkin. Datang memandang kami dengan mata kuning nya. Kami fikir ia hanya sekadar meminta makanan seperti kucing-kucing biasa tapi tidak. Mengeow pun tidak. Hanya memandang kami dengan pandangan tajam. Jadi kami ambil keputusan untuk abaikan dia.

Esoknya, dia datang lagi. Tetap memandang kami dengan pandangan yang entah apa yang difikirnya dalam hati. Perkara nih berlanjutan sehingga beberapa hari.

Kami tolak tepi perangai dia yang asyik memerhatikan kami setiap hari lalu memberi dia makan sekiranya ada makanan yang berlebihan untuknya. Si Kucing Hitam, seperti kucing biasa, makan sahaja makanan yang diberikan kepadanya. Tapi setiap kali, makanan tersebut tidak pernah habis.

Ibu ku kerap sekali berasa tidak sedap hati. Malah, dia akan selalu tahu masalah yang kami alami hanya berdasarkan gerak hatinya yang kuat. Jadi, untuk menyedapkan hati ibu, pada satu hari nih, ketika Si kucing hitam datang menjenguk, ibu ku memberikan makanan kepadanya seperti biasa tetapi kali ni package extra bersama air mineral yang diletakkan di dalam piring mangkuk kecil bersesuaian untuk Si kucing hitam minum. Si kucing hitam yang tidak tahu apa-apa terus makan dan minum seperti biasa.

Beberapa hari berlalu dan sifatnya yang suka melepak di bawah kereta ayah ku, hanya kami biarkan.

Ditakdirkan, pada suatu hari kami sekeluarga bersiap untuk keluar. Tiba di kereta, terbau sesuatu yang tidak mnyenangkan. Cari punya cari, nah. Tahu apa?

Well, dibawah kereta tempat Si kucing hitam selalu melepak, terlihatlah sekujur tubuh kejang haiwan tersebut yang telah menjadi bangkai bersama lalat-lalat yang menjadi peneman. Reaksi terkejut dan kasihan terpampang di wajah-wajah kami. Sebab apa? Tak ada ribut tak ada petir tetiba jumpa bangkai bawah kereta.

Badan si kucing hitam tidak menunjukkan sebarang tanda pergelutan atau pergaduhan dengan haiwan yang lain kerana tiada kesan darah atau apa-apa sekalipun. Cuma bangkai yang kaku bersama mata kuningnya yang tidak bertutup. Mungkin disebabkan keracunan?

Punca sebenar kematian Si dia masih tidak terjawab sehingga hari ini. Adakah disebabkan air bacaan Yassin yang diberi oleh ibu ku pada hari itu? Haha ya. Aq tahu yang ibu memberikan minuman air yang mempunyai bacaan Yassin. Sebab apa? Sebab kami cuma nak tahu adakah dia merupakan kucing yang sebenar atau sekadar jelmaan yang asyik memerhatikan tindak-tanduk kami sekeluarga. Kesahihannya tidak dapat dibuktikan.

Kisahnya tidak tamat disini. Ayah ku mngambil bangkainya lalu menanam di belakang rumah kami, berdekatan dengan tempat kami bercucuk tanam. Beberapa hari berlalu tanpa ada sesiapa memerhatikan kami lagi.

Tak lama selepas kematian Si kucing hitam, seperti biasa pada hujung minggu kami sekeluarga meluangkan masa bercucuk tanam di belakang rumah. Tetapi pada masa itu, adik-beradik ku and aq masih berada di dalam rumah untuk bersiap. Tiba-tiba ibu memanggil kami beradik untuk segera ke belakang rumah. Kami akur.

Kelihatan kubur Si kucing hitam, telah terburai tanahnya yakni berlubang dengan sangat luas. The best part is, bangkai Si kucing hitam dah hilang! Langsung tak ada. Kami tercari-cari di sekeliling tapi tetap tidak berjumpa akannya. Yang mengerikan, apabila tanah tempat pengkebumian Si dia itu penuh dengan ulat.

Just bayangkan kubur terbuka, bangkai hilang, ditambah dengan tanah yang berulat. Oh lupa. Bersama bau yang tidak mnyenangkan.

Ayah timbus tanah tersebut kembali sambil membacakan beberapa ayat suci Al-Quran dan hanya berserah kepadaNya.

Sampai sekarang kami sekeluarga tidak tahu siapa atau apa sebenarnya Si kucing hitam itu. Kami cuma berharap agar mata kuning pekatnya tidak akan muncul memerhatikan kami lagi.

Intai JagatWhere stories live. Discover now