Dengar

14 3 0
                                    

Location : sebuah office
Date : 13 & 15 Januari 2021

L P.O.V (my workmate).

15 Januari 2021. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam. Manakala aq masih serabut dengan meja berselerak dan sudden urgent work yang hanat tetiba muncul waktu aq nak balik. Apakan daya, duty calls.

Keberadaan orang dalam office nih waktu sekarang cumalah dua orang. Aq L. Si S juga disini. Tapi S memang tak ada kerja. Dia sekadar menemani aq. Perempuan kan, takut ah tinggal seorang hm.

Office aq tingkat dua. So kita orang tak akan dengar bunyi kereta or motor sebab tak berdekatan pun dengan jalan raya kan. Suasana memang sunyi. S pula tengah tengok drama sambil pakai earphone. Jadi memang tiada perbualan antara kami.

Fokus kerja aq terganggu apabila aq tetiba terdengar bunyi suara perempuan humming yang merdu dan mendayu-dayu. Okay sama macam kelmarin punya suara. Except, kali nih disertai dengan suara bisikan halus dan seakan pergaduhan kecil antara dua suara perempuan beberapa ketika selepas humming.

Kelmarin?

Flashback.

13 Januari 2021, sama situasi, sama waktu, dengan orang yang sama. Dengan suara humming yang sama. Cuma waktu nih S tak dengar apa yang aq dengar. Suara perempuan humming tuh, merdu dan sayu. Seperti memanggil si pendengar untuk berduet sama dengannya.

"Weyh S?" - Aq

"Haa apa dia?" - S

"Kau aq panggil aq ke?" - Aq

"Tak ada pun." - S

"Tengah nyanyi ke haha" - Aq

"Nyanyi apa, mana ada. Kenapa?" - S

"Saja tanya kacau kau haha, tak ada apa pun." - Aq

Aq malas nak mention lebih, kang takut pula dia. Jangan kata dia, aq pun tumpang cuak sekali nanti. Even now aq fikir positif saja lah.

But now I knew lah bukan S punya suara. That is all that matter kot.

End of flashback.

Today aq dengar benda sama. Except-

"Amboi tengah banyak kerja pun happy nyanyi-nyanyi ke L? haha" - S

"Nyanyi? Bila masa?" - Aq

"Haha..ok abaikan" - S

-except kali nih S yang tanya aq. Means what? Kelmarin aq seorang yang dengar. Today kita orang berdua dengar suara humming perempuan tuh.

Kau bayang S pakai earphone dua-dua belah telinga sambil tengok drama, still boleh dengar suara perempuan humming tuh. Memang kuat lah doh cerita dia.

Aq malas nak tunggu lama lagi, aq beritahu customer untuk sambung esok. Nasib boleh deal haha. Kemas-kemas balik ah tunggu apa lagi. Bukan kali pertama member humming ajak duet tuh, jangan buat hal.

Okay cerita humming tuh habis sampai sini. Tapi hari tuh, last year lah 2020 en, aq ada terdengar juga something. Still in this freaking office juga.

Time tuh waktu lebih kurang sama. Tapi lagi lewat. Dah masuk waktu maghrib time tuh. Kita orang bertiga. Ada urgent work juga tapi bukan aq yang ada kerja. Department lain. Aq dan S hanya temankan si A (author). 

Then realize kita orang akan balik lewat so aq solat lah Maghrib dulu takut tak sempat. Then aq ada rasa lain macam juga so pintu tuh aq buka time ambil air wudhuk (sembahyang), just in case something happen, aq senang jerit dan berlari keluar terus.

"L.."

"L~"

Aq terdengar orang panggil nama aq time aq berwudhuk. Dua tiga kali juga weyh. After settle, aq jengah keluar tanya siapa panggil aq. 

Turns out nobody called me pun.

Well, lantaklah. Aq nak solat kan. So nanti dia panas dia blah lah. Aq pula baru pindah rumah akhir tahun lepas. Rumah tuh pun macam-macam juga aq dengar. Like orang gerakkan perabot, orang panggil nama aq, termasuk felt the presence tuh dah biasa dah.

A cakap hantu dekat office nih ikut aq balik rumah. Banyak lah kau hahah. Rumah aq sendiri pun dah ada sendiri, tak payah nak ajak member lain datang pula okay.













So aq harap kau orang tak dengar apa-apa invisible physical creature punya voice lah after reading this lah eh?

Intai JagatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang