Ni kisah mengenai my mom. Waktu sebelum kahwin dengan ayah ku lagi. Zaman muda-mudi gituh. And tak macam sekarang, telefon bimbit tak ada lagi masa tuh.
Ayah ku yang dalam proses untuk menerima jawapan ibu ku mengenai keterimaan rombongan lamaran nya pada hujung minggu tuh, menyuruh ibu ku menelefon nya yang mana menggunakan public phone berdekatan masjid di rumah ibu apabila sudah membuat keputusan untuk menerima atau menolak.
Ehem ehem.
According from my mom, waktu tuh tahun 1993 bulan 7, di mana ibu ku keluar rumah ditemani adik lelakinya yang berumur 11 tahun, yang sekarang aq panggil Acik.
Korang mesti wonder kan kenapa semua bapa or ibu saudara aq gelarkan 'Acik' ? Well cuba bayangkan. Adik-beradik ibu aq ada 14 orang. Tak percaya?
Percaya lah ~ * bak kata lagu Siti Nurhaliza tuh.
Okay.
As my dad's siblings pula ada 10 orang. Kalau siblings sikit macam aq nih boleh lah juga panggil :
- Abang / Along
- Kakak / Angah
- Adik / Alang / UcuTapi kalau 14 orang ? Susah hidup nak gelarkan panggilan seorang-seorang. So cara mudah panggil gelaran nama sahaja with 'Acik' dekat depan setiap nama. Contoh : Acik Wan, Acik Menah (shortform nama).
Then there u go. Aq tak nak and tak perlu mention nama acik aq or siapa-siapa yang mengalami segala aktiviti ghaib-ghaib benda nih. Sebab apa?
Korang bukan kenal pun. So tak penting. Kita nak tahu pasal cerita creepy nya, bukan orang nya. Iye dok?
Okay nonsense. Sambung cerita.
Setelah mendapat keizinan, diorang pun keluar. Ke mana? Menuju ke public phone berdekatan masjid. (di mana berdekatan sekolah aq yang di mention kan di Bab Atas sebelum nih)
Jam menunjukkan pukul 9. Waktu di mana selesai orang menunaikan solat Isyak. Ibu memasukkan duit syiling dan mendail nombor ayah. Di tunggu beberapa saat dan di angkat. Lalu sesi bercakap-cakap pun bermula.
Ibu ku yang berumur 19 pada waktu tuh bersama adiknya 11 tahun, korang mesti boleh bayangkan perbezaan ketinggian diorang kan? Ibu aq ni memang jenis ketinggian model, so ketinggian Acik aq cuma paras pinggang ibu aq sahaja lahh.
Acik aq yang berada di sisi ibu ku hanya setia menunggu dan menemani. Public telefon nih bukan nya dalam masjid tapi betul-betul di luar pagar masjid. Berdekatan dengan mereka pula terdapat satu hiasan (kot?) peti keranda yang memang sentiasa ada di situ. Sambil di ukir di atasnya "Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyang kan ".
Acik aq yang bosan menunggu melihat sekeliling kawasan sekitar public. Berbekalkan satu lampu jalan sahaja berdekatan situ, pastinya suasana agak menyuramkan. (maaf ayat aq merepekk asalkan korang faham yee)
Sedang takut-takut acik ku melihat, kedengaran bunyi gegaran yang perlahan. Acik ku yang sememangnya ketakutan menarik kuat hujung baju ibu ku.
"Kak long... Kak long... " ibu ku di panggil bersama tarikan di baju nya.
"Kejap ye Kak long tengah cakap nii...kejap kejap " ibu ku cuba memberitahu jawapan kepada rombongan lamaran ayah ku pada hujung minggu tuhh.
Bunyi gegaran semakin kuat. Ibu ku yang tidak menyedari nya di sebabkan di tutupi oleh public phone hanya menyuruh acik ku bersabar. Lagipun tengah bercakap dengan ayah aq kann. Mana nak fokus nyaa.
Manakala Acik ku yang tidak langsung di tutupi oleh public phone kerana ketinggian nya terus ketakutan kerana keranda yang sepatutnya hanyalah satu hiasan sedang bergegar dengan kuat di hadapan mata nya sendiri.
"Kak long, kak long... Tu.. tu.. " jarinya ligat menarik hujung baju ibu ku sambil menunjukkan ke arah keranda yang tidak berpenghuni sedang bergegar.
Ibu ku yang menyedari ketakutan adik ku terus melihat ke arah objek yang ditunjuk.
...!
Terus meremang. Kasihan acik ku dari tadi menahan takut.
Ibu ku terus memberikan ucapan selamat tinggal kepada ayahku di talian (masih belum beri jawapan rombongan lamaran hahha) dan berjanji akan menelefon ayah ku semula.
Ayah ku yang tidak mengerti akan apa yang berlaku hanya mampu menerima. Sedih agaknya kerana di fikirannya ibu ku cuba mengelak menerima lamaran nya.
Itu apa yang aq fikir lahh. Pfft.
I mean kalau aq berada di tempat ayah ku. Okay continue.Berbekalkan sepasang kaki yang masing-masing ada, ibu ku dan acik berpegangan tangan berlari pulang bersama bunyi gegaran keranda yang semakin kuat memecahkan keheningan suasana sekitar masjid tuhh.
Haha kasihan ayah ku terpaksa menunggu pada esok hari nya pula. Tapi tak apa. If I put myself in their shoes, I'll do the same too. Malah mungkin ayah ku tak sempat mendengar kata-kata selamat tinggal dari ku kerana terus mencicit lari selepas mematikan panggilan.
Mungkin lahh. Well aq tak harap pun aq ada kat tempat diorang!
Orang kampung selalu kata yang kalau keranda bergegar kuat pada waktu malam di hadapan masjid tuhh, akan ada orang yang meninggal pada esok harinya.
Keranda tuh macam beri hint or dah tau yang akan ada keranda yang ada di situ akan ada penghuni nya yakni si mati tersebut.
Sorry guys ayat belit-belit.
Well kesimpulan nya cuba lah elak menelefon sesiapa pun di public phone pada waktu malam ye adik-adik sekalian ~
Habis tuh kenapa ibu ku selamba suka hati pergi buat panggilan waktu malam tuh?
Well ibu aq nih dari umur 15 tahun dah kerja. So pada siang hari ibu aq kerja lahh macam biasa. Overtime semua. Ibu ku ni rajin orang nyaa. Hanya waktu malam waktu free yang ibu aq ada. Tu lah pasal ayah aq kena tunggu call dari ibu ku every night sahaja. Sebab siang busy dengan her life.
Btw ibu ku dan acik hanya berdua waktu tuh sebab tu seram nya lain macam sikit. Lagi pun dekat-dekat masjid tu memang kawasan creepy.
Ade orang pernah nampak penanggal lagi weyhh!
Uishh seram aq.
So guys.
.
.
.
.
.
.if this happen to you, what will you do I guess?
YOU ARE READING
Intai Jagat
HorreurKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...