Tangga

25 3 7
                                    

Setting time : 2012
Setting age : 15 tahun
Setting place : sebuah sekolah menengah Klang

Secara jujurnya aq tak tahu function aq join camp nih. Kononnya boleh tambah kawan, eratkan silaturahim. Walhal aq rasa semua orang tahu kot (atau mungkin tak kisah) yang aq nih kawan tak ramai; tak rasa nak tambah pun.

Fine.

Aq join sebab nak tambah markah kokurikulum je. Untuk fill in the requirement. Kalau tak, mana mahu nya aq join jadah nih. Better tidur terbungkang dekat rumah weekend- weekend macam nih, lagi bermanfaat.

Anyway.

Malam nih dia orang yang in charge nak play a game yang libatkan semua orang. Gaya explorace gitu. Aq tak tahu why dia orang nak main benda nih memalam. Siang sibuk terjerit terpekik hitamkan kulit kita orang tengah panas (kawad), malam nak rehat sibuk nak buat aktiviti yang should be done waktu siang.

Bongok.

Time aq tengah bersiap untuk kena game, eh- untuk main game maksud aq, tetiba senior kata cancel pula. Aq panas betul. Manipulative juga dia orang nih eh. Dahlah aq tengah serabut fikir cara nak putihkan balik kulit aq yang tak berapa nak cerah selepas dipaksa kawad siang tadi, lepas tuh dia orang suruh siap-siap dalam classroom je sebab ada game lain pula untuk gantikan explorace tadi.

Sigh.

Aq punya lah menggelupur pergi mandi time maghrib tadi. Aq tengok dalam classroom semua dah siap. Gelabah anjing ah. Aq cakap tunggu aq mandi sekejap. Kita orang semua bermalam dekat dalam classroom je. Kerusi meja susun tepi. Macam selalu time jamuan kelas tuh. Lelaki perempuan asing. Aktiviti next game pun katanya nak buat dalam tuh juga.

Bullshit.

Aq tak tahu pengurusan dia orang nih macam mana. Camp 1 malam je. Itu pun dalam sekolah. Dalam classroom pula tuh. Low budget betul. Untuk malam nih je, dah dua tiga kali tukar game. Aq bagi cadangan dia orang tak nak dengar. Why not just sleep? Esok kena bangun pagi, untuk main next permainan dia orang.

Pembuli.

Time aq keluar bathroom, keadaan dah lengang. Aq masuk classroom seorang. Gelap-gelap tuh aq tukar baju. Kalau buka lampu kan orang nampak badan tough aq nanti. Taguna betul. Kawan aq semua dah tinggalkan aq. Aq dah pesan suruh tunggu. Mentang-mentang dia orang dah mandi dulu tadi. Mana pergi tema kerjasama wonderpet yang dia orang sibuk mention pagi tadi?

Hampeh.

Tapi pelik. Aq cuma seorang tapi aq rasa ada kehadiran yang lain. Kenapa? Sebab tak sunyi. Bunyi agak riuh dekat kawasan sekeliling walaupun sayup-sayup even aq tahu yang cuma building tuh satu sahaja yang digunakan dalam camp in this whole school area.

Jadi.

Aq tak adalah rasa creepy sangat. Lagipun otak aq memang fikir nak marah member je sebab tinggalkan aq. 10 minit je aq mandi itu pun tak boleh sabar siot betul. Aq ada nampak beberapa orang lalu lalang depan classroom. Tapi dia orang nih bukan group yang sama dengan aq siang tadi. Whatever lah, tempat berkumpul tempat yang sama juga kan. Aq tanya game tadi jadi ke. Then dia orang kata cancel, suruh berkumpul dekat musolla tingkat 5 pula.

Again?

Lekas aq berlari anak menuju musolla bangunan hujung. Eccentric betul sekolah nih, musolla tingkat 5. Lelaki perempuan naik tangga kena asing. Dahlah tangga lagi satu nih agak jauh dengan the another one. Tapi aq gagahkan juga. Tak nak kena marah dengan senior punya pasal.

Suram.

Aq rasa macam sedang berada dalam scene dimana watak utama sedang di-stalk oleh pembunuh bersiri yang menyorok di kawasan gelap memakai hoodie hitam dan bila-bila masa si pembunuh akan menerjah where things get all creepy and stuff. Sepanjang laluan ke tangga aq rasa diperhati. Even aq seorang time tuh.

Intai JagatWhere stories live. Discover now