Bas

66 8 2
                                    

"Ehh dia nak kena langgar bas tuh!"
"Mana? "

~.~.~

Setting place : rumah nenek aq.
Setting time : masa my mom belum kahwin dengan ayah lagi. Zaman 90-an hehe.

So this story is 100% percent based on my mom. Sebab utama : dia yang mengalami nya.

Kalau korang perasan style penulisan author dah berubah. Sikit je. Well kalau korang notice lah. Kenapa? Saja. Suka hati lah. Asyik gaya yang sama bosan lah cerita dia. Pfft.

Kejadian berlaku malam. Tapi belum midnight tau. Apa ingat hantu keluar lepas midnight je ke? Tak ar weyh. Bullshit semua tuh. Lepas je satu saat azan maghrib berakhir, haa jaga-jaga lah korang. Observe kiri kanan depan belakang. Make sure masuk rumah and jangan merayau time maghrib. Nasihat orang-orang tua jangan lupa.

Aq tak ingat hari apa kejadian malam tuh berlaku. Yang pasti hari esoknya hari bekerja. And my mom nak tidur awal sebab esok kerja masuk pagi. Tapi di sebabkan time tuh my dad tengah fall-in-love with my mom, malam-malam tuh dia mestilah nak dengar suara ibu aq so dia pun call.

Maka mereka pun ber-OTP. On The Phone ye adik-adik. Waktu tengah OTP tuh ibu aq buka tingkap. Panas agaknya. Atau saja nak hirup udara malam. Pilih lah mana-mana korang suka. Then waktu ibu aq tengah talking with my dad tuh, ibu aq ternampak orang bertelekung jalan kaki seberang jalan depan rumah ibu aq tuh.

'Balik solat Isyak jemaah agaknya..' teka ibu aq. Sebab memang waktu tuh dalam pukul 9 malam macam tuh. Waktu solat Isyak. Biasalah kalau orang OTP mesti mata or tangan nya berjalan-jalan sebab tak ada apa nak buat haha.

So my mom dok perhati je lah perempuan tuh jalan kaki. Wonder mana agaknya rumah dia. And rajin betul dia pergi solat dekat masjid. Sebab zaman tuh tak ramai orang yang kuat agama nih. Lagi-lagi solat dekat masjid waktu bukan Terawih or Ramadhan. Perempuan pula tuh. Kalau lelaki tuh faham lah juga.

Perhati punya perhati, tetiba ada bas lalu jalan tuh. Kebetulan pula perempuan bertelekung tuh baru lintas jalan nak ke seberang jalan. Borak tuh borak juga tapi ibu aq cuak ar tengok ada orang melintas dalam masa yang sama bas tuh tengah high speed.

"Ehh dia nak kena langgar bas tuh!" Ibu aq cuak.
"Mana? " ayah aq pula respond di hujung talian walaupun dia tak nampak kejadian tuh. Tapi sebelum tuh memang ibu aq dah beritahu ayah yang dia nampak orang perempuan bertelekung balik masjid. Rajin sungguh katanya.

Tapi situasi tuh berlaku dengan pantas. Beberapa saat je. Ibu pun tak berkelip tengok perempuan dan bas tuh. Apa yang ayah cakap dekat talian pun entah apa entah semua dah tak fokus. Tumpuan hanya pada bas. Dan perempuan tuh. Giler weyh kalau ada orang nak kena langgar depan mata seram siot. Nak alih pandangan pun dah tak sempat.

So masa bas tuh lalu dengan laju time perempuan bertelekung melintas, senyap. I mean tak ada bunyi darah terpercik or bunyi perlanggaran kuat berlaku. Ibu aq masih memerhati. Senyap. Segalanya senyap for that moment.

Bas berlalu pergi. Now my mom knew. That perempuan is not perempuan. Ia perempuan. "Hantu rupanya bang!" sambil ibu aq terus tutup tingkap selepas melihat depan mata yang masa bas tuh 'langgar' si perempuan bertelekung, badannya tembus. Bas tuh melalui jalan tuh tanpa sebarang masalah.

Nampak depan mata bas tuh tembus lalu badan perempuan bertelekung. Ibu aq baru tahu yang perempuan tuh hantu rupanya. Ayah aq pula tergelak di talian. Haha aq yang mendengar waktu my mom bercerita pun tergelak sama.

Funny but creepy. Nice dohh.

Then tak tahu apa jadi dekat perempuan bertelekung or bas tuh. Then my mom punya hasrat untuk tidur awal tercapai setelah penampakkan wanita bertelekung.

Hahah plot twist tak? Pfft memang tajuk bas tapi bukan itu main character nya. Kalau author taip awal-awal HANTU TELEKUNG dekat situ kantoi ar beb. Tak syok.

Tapi itulah kisah nya. So moral of the story kalau nak ber-OTP tuh janganlah pergi gatal tangan buka tingkap lah, pergi laman belakang rumah sorang-sorang memalam sebab tak nak orang lain dengar lah, or duduk celah tangga depan rumah lah sebab masa abang aq duduk tangga dekat chalet di suatu tempat di Perak tuh memalam then ternampak kuntilanak mana entah main hide and seek dengan abang aq di sebalik tangga sebab abang aq sorang waktu tuh lahh dan sebagainya.

Eh apa dia? Cerita apa pulak nih? Haa tuh namanya kisah sepintas lalu sebab dah malas nak taip. Nak shopping baju raya pulak walaupun lebih dari sebulan lagi nak raya. Pfft.

Gerak dulu beb apa-apa roger.
.
.
.

Sebelum roger tengok dulu belakang kau ada orang bertelekung tak? Muehehheheh

K

Intai JagatWhere stories live. Discover now