First of all, what is nako? Aq pun tak tahu word ni datang dari Jepun ke English ke apa ke. Just yang aq tahu, perkataan nih melambangkan tingkap.
Ya, tingkap nako yang orang selalu panggil. (rujuk gambar di atas kalau tidak tahu apa itu nako or tingkap nako. Guna encik Google pun tiada masalah geng)
Alkisah bermula di saat acik ku (kali nih acik perempuan okayy) berumur lebih kurang 4-5 tahun. Di rumah. Waktu malam. Seorang. Ruang tamu.
When i said "seorang" means bukan acik aq seorang je yang tinggal dekat rumah masa tuh. Ada lagi atok nenek aq (parents dia) cuma nya keberadaan diorang bukan di ruang tamu tapi di dapur bersama yang lain.
Nak di jadikan cerita acik aq nih naik atas, ke ruang tamu (rumah kayu lama 2 tingkat) atas sebab yang aq sendiri tak tahu. Maybe dia tertinggal something or terdengar something or nak ajak acik aq yang lain makan dekat bawah (dapur) or anything?
Tak berpeluang lah pula aq nak tanya dekat dia the reason, sorry guyss. Plus, memandang kan ini semua kisah benar, tak kan lahh aq nak reka punca sebenar dia naik ke living room tuhh. Kang jadi fitnah.
"Dosa fitnah sama seperti dosa membunuh"
tak gitu? Huhu tetiba.Ehem.
Balik ke pangkal jalan, first thing yang acik aq akan nampak kalau naik tangga ke living room, tingkap nako. Ia berhadapan dengan tangga. Tapi dari sudut pandangan jarak jauh.
So, kita assume acik aq nih tertinggal barang mainan dia, so dia pun meneruskan perjalanan sampai ke living room.
Which is keberadaan acik aq sekarang betul-betul di hadapan tingkap nako. Sedang acik melihat sekeliling, acik aq terperasan sesuatu di tingkap tersebut.
The 'good' news is, salah satu daripada kaca tingkap nako tu dah pecah yang mana ia sekarang boleh dikatakan berlubang dan cukup ruang nya untuk acik ku melihat segenap ruang suasana gelap yang berada di luar sana.
Objek putih sedang melintas yang TERlihat acik ku tadi sudah tidak kelihatan apabila dipandang tepat ke lubang tingkap nako oleh acik ku untuk kali kedua.
But!
You guys knew yang acik aq nih baru umur 4-5 tahun so of course lah ketinggian dia tak mencecah tingkap nako yang berada di ATAS KEPALANYA. Sebab tadi apa yang dilihat oleh acik ku ialah pada jarak jauh. So boleh lah nampak apa yang melintas disebalik lubang tuh.
Acik aq yang perempuan nih tak puas hati. Budak-budak kott. Curiosity is killing inside! Dia nak juga tahu apa yang dilihat sebentar tadi. Well, macam aq cakap, budak-budak kot. So dia tak fikir apa. Tak takut apa.
Acik aq pun dengan sedaya-upaya tulang-benulang badan kecil nya, memanjat sofa yang berada di bawah tingkap nako yang berlubang tuh untuk pastikan apa yang dilihat tadi. Tangan telah pun mencapai dan menampung badan. Dengan perlahan kepala acik ku kelihatan (jika dipandang dari bahagian luar).
Korang boleh imagine kan? Kalau tak, pandai-pandai lah nak hidupp. Korang memang cerdik selalu kan? Elehh jangan tak mengaku. Semua orang dilahirkan bijak cuma effort dia je yang akan menentukan. Alhamdulillah aamiinn..
Tersasar? Huh? Oh okay oppss sorry2. Continue k?
Suprise!! Mata merah menyala bersama gigi taring dan muka yang burn (which are absolutely image yang tak membanggakan) terpapar betul-betul di hadapan mata anak kecil (acik aq) tuhh semasa melihat melalui tingkap kaca nako yang telah pecah berlubang itu.
And guess what, acik aq dapat buat eye contact dengan dia weyhh!! (deep down in my heart i honestly poor her).
Acik aq terus terkejut gila babun and terjatuh daripada sofa terlentang ke belakang. Aq tak tahu apa jadi lepas tuh. Samada acik aq lari, pengsan, kaku tak bermaya or bla bla bla. I have no idea.
Yang aq pasti, acik ku demam sebulan lepas malam tuh. Giler weyh nampak depan-depan mata, kalau aq tak tahulah.
. .
Ehem, sorry terbayang + tergamam sekejap.
Rupanya kan, dia dari awal sebenarnya nak tunjuk kan dirinya dekat acik aq. But yang first tuh maybe memang acik ku TERnampak. But then kalau kita dah NAMPAK dia sekali, dia tahu kita nampak dia and maybe according in this case, acik aq nih, dia akan sengaja 'usik' kita.
Bagi diorang benda nih sangat seronok.
Tapi bagi kita?
Apa yang kita akan rasa?
Are you enjoy it?or let it torture you to death..?..
YOU ARE READING
Intai Jagat
УжасыKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...