Okay dude this story is not so creepy or horror or what-so-ever but it is just meremang bulu roma.
Pfft. Sorry.
First of all (macam buat karangan pulakk) benda ni terjadi time aq sekolah menengah. Form berapa tuh tak ingat lah pula. Lama kott.
Dekat rumah nenek aq. Masa majlis makan-makan tak silap. Or event birthday someone or saja reunion adik-beradik sebab memasing dah berkeluarga and bekerjaya so nak kumpul ramai-ramai susah nak cari cuti and so on.
Okay tarik nafas. Lepas. Fuhh.
And of course mestilah bila dah terhimpun nya sekumpulan manusia kaum kerabat yang mempunyai ikatan yang rapat, banyak cerita yang diperdengarkan.
K aq memang suka buat ayat panjang belit manipulasi and sebagainya. Siapa tak faham angkat tangan. Ehh aq bukannya nampak pun? Eh jangan.. Naked eyes memang tak nampak tapi mata hati aq nampak. Cehh nonsense. Sorry.
Aq ada sorang sepupu lelaki ni. Well bukanlah sorang, ramai lagi tapi aq nak cerita pasal dia. Umur dia lebih setahun sahaja dari aq. Dia baru lepas balik PLKN beberapa minggu yang lalu.
Maksud aq "beberapa minggu lalu" tuh bukanlah tahun ni. I mean masa tuh lah. Jangka masa aq sekolah menengah tuh. Faham kan? Alright thanks huhu.
Time semua orang tengah syok sembang, aq tak lah sembang sangat. Just perhati sahaja acik-acik have fun beborak dengan beradik memasing. Seronok tengok insan-insan bergelak ketawa ni. Sambil-sambil dengar cerita diorang. Fuhh.
Aq just duduk dekat tepi je. Ruang tamu rumah nenek aq tuh panjang. Style rumah kampung gitu haa. Aq sebaris dengan ibu, adik, dengan a few acik yang sembang-sembang dekat barisan tepi ni.
Kebetulan sepupu aq yang lelaki pun duduk berdepan dengan aq. Bertentangan lah kiranya dengan aq. Aq nampak muka dia, dia nampak muka aq, senyum. Itu sahaja yang kitorang buat. Haha sebab aq sebenarnya tak rapat sangat pun dengan dia. Atas nama sepupu sahaja. Borak nya tidak.
Lagipun bukan aq tak nak borak. Bayangkan eh, dah lah kau tak rapat dengan dia. Then dia pula doesn't seems like in the mood to talk to anybody. Tak kan kau tetiba nak menyibuk, "hai muka muram je. Tak borak dengan sesape kee? " tak tentu pasal. Benda dohh.
Okay then aq observe juga si dia ni. Pahal muka dia pelik haa? Wajah dia tak senyum, tak juga sedih, tak juga marah. Dia nampak macam... patung?
Ya patung. Itu sahaja aq boleh describe mengenai keadaan dia masa tuh. Lets call him 'Y' to make it easier.
So si Y ni just duduk tak makan apa-apa. Biasalah dah kumpul adik-beradik mestilah ada jamuan makan sikit kan. Just berbekalkan air secawan depan dia, Y duduk bersila, pandang keliling macam dia observe people keliling dia juga. Macam aq. But in a.. creepy way.
Problem dia aq tak tahu kenapa dia tak pergi borak dengan sepupu sepapat yang lebih kurang sama umur dengan dia juga. Padahal setahu aq Y bukan jenis orang yang pendiam.
And lagi satu, pahal tak ada siapa yang approach Y untuk borak dengan dia? Its like masa tuh dia macam ada aura yang berbeza keliling dia. Aq yang tak ada apa-apa ni pun perasan kott. Aq dok perhatiiii je Y ni.
Then guess what. Time aq dok perhati Y ni, aq toleh sekejap sahaja tetiba bila aq toleh pandang dia balik, he's change.
Tangan Y tetiba bergerak ke atas, ke tepi, ke atas ke tepi. Berulang kali.
Dia. Menari.
Korang tahu kan menari jenis puteri dulu-dulu? Zaman raja-raja sultan dulu. Sejenis seumpama tarian ulik mayang, zapin, and bla bla bla.
Serious beb, tangan dia, tangan LE LA KI lentik lembut gila macam tangan perempuan. Wajah Y pun menghayati sungguh-sungguh setiap pergerakan tarian dia. Y menari sambil duduk bersila bebb. Tangan dengan kepala sahaja yang bergerak. Sambil Y senyum sorang-sorang.
Aq tergamam. Aq tunjuk ibu. Acik-acik yang lain pun pandang. Ah sudah.
Weyhh serious panjang lagi cerita nih penat aq taip. Fuhh. Nak makan nasi goreng kejap ah. Lapar siot.
.
.
.
Okay kenyang Alhamdulillah. Kita sambung.
Hehe.Then tumpuan acik-acik termasuk aq yang berdepan dengan Y ni beralih semua ke dia. Y tak sedar agaknya orang tengok dia as dia keep menari sewenangnya. And korang pun faham kan? Y bukan Y lagi. Dia sekarang adalah 'Y'.
Means ada benda lah dalam dia. Haishh. Acik-acik pun mulalah cuak. Memasing tak lepas pandang Y. Aq beruntung sebab dapat spot tempat duduk paling sesuai. Betul-betul berhadapan dengan Y. Ahli family yang lain sibuk sempit-sempit menyelit nak duduk tengok. Nasib tak ada popcorn kalau tak boleh acah-acah tengok wayang.
Cehh gurau k. Aq tak lah sejahat tuh. Korang ni punn.
Lalu mak kepada Y pun datang lah dekat anak dia. Anak sulung dia. Mak nya panggil nama Y tapi dia tak menyahut. Pandang pun tidak. He keep dancing in his own world. Eh silap. Not 'his'. But 'her'.
Guyss obviously benda dalam dia adalah a lady. Seorang perempuan.
So then my mom seorang yang sangat suka rakam video. Record. Pergi pantai record. Anak first masuk university record. On the way dalam kereta pergi somewhere pun record. Hm. Bukan tak suka just nak jimat kan memori telefon or SD card ibu je. Itu dulu je lah k.
Hehe I love you mom.
Smart phone ibu dikeluarkan untuk ibu merakam or record situasi tu. Lagipun boleh tunjuk dekat si Y ni bila dia dah sedar. I mean dah jadi diri dia sendiri. Dah normal. Boleh juga dia tergamam sendiri tengok rakaman diri sendiri menari tarian perempuan dengan tangan lentik dia tuh. Ehem.
Button start ditekan. Rakaman bermula. Time semua orang tengah asyik cuba untuk bantu Y sedar kan diri semula, or at least try to stop 'her' daripada tarian syok sendiri tuh, ibu terlihat sesuatu.
Benda ni sekejap je berlaku. Ibu panggil aq. Ibu tunjuk screen phone nya. Aq tenung.
What. The. Princess.
Ibu dan aq nampak princess dalam tu. Aq nampak serious tak tipu. Melalui kamera telefon ibu aq, time rakaman masih berjalan. Atas kepala Y, disebalik bayang-bayang nya, kelihatan puteri sedang menari. Pergerakan yang sama seperti Y.
Means, that's the one who is inside him. Lawa weyhh. Serious lawa. Nampak sanggul dia, nampak kain-daun-baju puteri tuh. Aq tak ingat style baju berkemban ke bertutup ke apa. Tapi yang pasti aq, ibu, and some of acik-acik yang berdekatan dengan kitorang dapat nampak puteri tuh through my mom's phone camera.
Y masih menari tau. Dia tak stop. Lembut je tarian dia. Dia tak kacau orang lain. Just menari je. Sepupu aq tuh handsome tau orangnya. Tak lah handsome giler tapi not bad lah. Sedap mata memandang. Tapi time tuh ke-handsome-man dia tertutup dek wajah ayu puteri tuh.
Maksud aq wajah Y nampak berseri. Nampak anggun bak puteri tuh. Ada aura puteri tuh dekat dia. Aq tak tahu korang boleh imagine atau tak. But itulah yang semua family aq nampak time tuh termasuk lah aq.
But then yang pelik nya selepas ibu aq stop rakaman tuh untuk tengok balik betul ke apa yang kitorang semua nampak dalam kamera tadi. Sebab dekat reality mata kasar nya tak nampak. Langsung. Apa-apa nothing.
Tekan je button stop, ibu aq tekan 'play' semula. And you know what happen next. Cliché things. Ibu aq fast forward kan dekat scene yang nampak bayang-bayang puteri tuh. Tiada. Tak ada bayang, tak ada puteri, tak ada sanggul, tak ada apa-apa.
Just record Y semata dalam tuh. Nobody else. Well masa kitorang nampak bayang-bayang puteri tuh pun samar-samar. Dia tak jelas. Kena tengok dengan teliti baru nampak. Tapi terkilan juga lah sebab kalau nampak boleh jadi bukti kewujudannya.
So conclusion nya aq tahulah yang puteri tuh seorang yang pemalu lagi anggun. Sebab nya? Dia hanya muncul semasa recording. Bukan selepas record. Pemalu sungguh. Kihkih.
Cerita nih belum sampai ending lagi. Kita sambung next chapter. Kohkoh.
Sabar please? haishh.
YOU ARE READING
Intai Jagat
HororKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...