Lately kisah benar yang terkubur semua aq rasa tetiba menarik maka aq hamburkan satu-satu pada setiap hari pada setiap waktu Maghrib (saja ambil feel seram untuk readers comel cantik handsome smart sekalian) untuk hamparan duniawi kaum sejagat.
Kejadah language aq nih.
So stay tune and keep looking forward for my creepy mystery with merapu rojak ayat of mine okay? (thanks a lot kepada yang baca tak kisahlah silent readers ke apa aq hargainya, seriously)
This is kinda a hobby or cita-cita aq yang tak kesampaian sebenarnya. Nak jadi writer bukan senang doh so aq share these stories untuk bagi moral value of the day kepada semua. Enjoy!
Location: rumah aq (well technically rumah parents aq lah, aq just menumpang saja)
Okay P.O.V. kali nih kisah aq so aq lah main character nya.
Kejadian nih berlaku time aq masih sekolah menengah atau zaman diploma. Maybe zaman diploma kot. Benda pun dah lama jadi aq barely remember exact year.
Jangan misunderstand, aq tak ingat tahun nya, bukan tak ingat kejadian nya. Semua adalah benar belaka dan bukanlah kedustaan semata.
Malam tuh aq tidur seorang macam biasa sebab siblings aq memasing kerja dan study di negeri lain. Maybe time tuh weekend if aq still in highschool atau pun time cuti sem if aq in diploma.
Regardless whatever it is, the point is I slept alone.
Malam tuh aq dapat nightmare. Tapi aq dah tak ingat pasal apa. And malam yang sama, aq terjaga like a few times tengah-tengah pagi tuh.
I do not know why though. Aq juga terdengar bunyi pelik-pelik dekat luar rumah aq. Aq tak boleh nak describe bunyi apa sebab ia memang pelik.
Then malam pun berlalu tanpa aq fikir yang bukan-bukan sehinggalah matahari memunculkan dirinya.
Esoknya, my mom and I keluar untuk sidai baju or angkat baju or jirus pokok dekat luar or something like that.
Then mak aq yang perasan ada something dekat bahagian lantai simen luar beranda rumah. Ada darah. Like a few tompok of darah.
And suprisingly, darah tuh straight berderetan sepanjang laluan lantai simen.
At first kita orang bayangkan darah kucing sebab maybe last night ada kucing gaduh dekat situ or something.
Tapi macam agak mustahil lah I mean come on tak akan kucing gaduh pilih tempat kot.
"Okay memula kita gaduh sini dalam 3 minit pastu kita gerak ke hadapan sikit, pastikan straight tau! Then a few minutes after, kita gaduh pula dekat hadapan sampai habis satu pusingan darah bertemu darah". - kucing sesama kucing dalam perbincangan meja bulat.
What the heck?
But then kita orang realize something. Keberadaan tompokan darah tuh bukan sahaja berada di sepanjang laluan lantai simen but also ada dekat tanah.
What I mean is kita orang hanya buat lantai simen betul-betul luar beranda dan sepanjang luar laluan bilik hingga ke dapur. Tapi bahagian hadapan dan belakang rumah tiada lantai simen.
Hanya tanah, rumput dan beberapa pasu pokok bunga kertas serta bunga raya.
Benda nih nasib baik Alhamdulillah kita orang tak nampak depan-depan sebab if yes, tak tahu lah weyh apa jadi.
Huh? Tak faham lagi ke darah siapa? or should I said, darah apa?
Kau rasa makhluk berdarah mana yang darahnya hanya setompok-tompok macam drop or terpercik daripada tempat tinggi selaras saja setiap kali dia jalan atau terbang?
Penanggal.
Yes. Cuma itu possibility yang ada sebab tompokan darah-darah tersebut mestilah jatuh daripada organ-organ dia yang tak ada kantung tuh kan?
Ataupun hantu mana entah yang baru balik daripada makan darah si fulan atau binatang dan darah daripada taring dia dripping drop by drop dekat keliling rumah aq.
Ataupun ada someone from somewhere yang cuba santau keluarga aq dengan cara pegang ayam or burung yang dah disembelih dan darahnya menitis one by one mengelilingi rumah aq dengan bacaan mantera bersama niat buruk yang tak disangka.
Kau orang pilihlah atau buat lah hipotesis andaian memasing yang enak dihadam eh. Aq penat nak fikir.
Kebetulan time kita orang memasing tengah dok tertunduk-tunduk tengok darah tuh (which is tidak lah besar mana, just besar duit 50 sen tuh saja haha) , jiran makcik sebelah rumah pun datang sebab dia nak tempah atau alter baju something dekat mak aq (my mom was a tailor that time).
Sambil tuh dia pun tanyalah apa yang kita orang dok bincang sambil tertunduk-tunduk anak beranak daripada tadi. Kita orang pun tunjuk darah tuh and time tuh memasing tak leh brain siapa atau apa pelakunya.
Dia tengok-tengok saja terus Astaghfirullahala'zim. Dia kata nih kerja penanggal nih.
Aq tak tahu mana dia tahu jawapan instantly tentang persoalan yang kita orang punya beberapa minit bincangkan.
Dia kata kalau orang dulu-dulu nih kena ludah darah tuh untuk buang badi buruk yang benda tuh tinggalkan.
Maka dia pun berludah lah sana sini (dia ludah setiap tompok darah tuh keliling rumah weyh haha gigih member) dan kita orang cuma follow sambil baca bacaan suci apa yang patut dan perhati dia meludah the whole minutes.
Yang menjadi persoalan sehingga sekarang adalah betul ke itu darah dia?
YOU ARE READING
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...