Sewa 5.0

59 6 2
                                    

Gemersik kalbu yang kian merindu membuatkan aq terjerumus ke lembah penulisan ini sekali lagi bertemakan keaslian nukilan pengalaman yang mengundang setahun yang lalu. Tepat pada tarikh keramat 10 October 2017 which bermulanya aq dan housemates dibelenggu sosok-sosok misteri yang tidak kelihatan berlegar di suatu tempat dipanggil rumah Sewa.

Okay enough with this novel-like introduction I guess. Kau orang mesti expect cerita aq mengenai rumah sewa nih dah habis berdasarkan bab Sewa 4.0 before this. Okay aq tak tipu memang ending nya sampai situ sahaja sebab member-member aq pun dah selamat sampai di rumah memasing time tuh Alhamdulillah.

Bab kali nih aq nak tekankan mengenai a few kejadian yang bagi aq agak creepy and mysterious disebabkan tak ada kesahihan bukti logik akal yang boleh dicerna untuk mencerahkan keadaan pada waktu tuh. So kita orang menjangkakan yang dia lah punca segala benda aneh bin ajaib tuh berlaku.

Tanpa membuang masa moh lah kita memulakan ceritera. Oh do not forget yang semua nih pengalaman aq dan member-member aq sendiri ya. Tiada unsur rekaan dan penipuan. Cehh macam ayat intro movie seram pula aq rasa kahkah. Well then, please enjoy the 'show'...


Alkisah 1 (Aq) :~

Malam tuh my mom datang visit kita orang dan stay for 2 nights there. Well sebab nya aq dah lama tak balik so instead of aq balik, ibu aq yang datang jenguk aq dekat rumah yang tak berapa nak puaka nih hahah.

Okay adik-adik jangan ikut macam aq eh. Balik-balik lah jenguk family memasing. Well aq bukan tak suka balik, semester akhir kott. Banyak benda perlu diuruskan. Okay tak penting kita tolak tepi.

Plus time tuh my brother kebetulan ada interview dekat Singapore so memandangkan aq duduk rumah sewa di Johor, dah dekat lah kan so abang aq hantar my mom tinggal dengan aq then dia tidur rumah member dia yang recommend job yang akan dia interview pada esok hari bagi memudahkan apa-apa urusan.

Time tuh housemates yang ada tak banyak sebab Bilik 2 semua tidur kolej (asrama UiTM) sebab nak study group. Maybe dalam 4-5 orang macam tuh. Kebetulan masa ibu aq datang bermalam tuh, my member's mom pun ada di situ juga dah dalam a week gitu sebab time tuh member aq seorang nih tak sihat so mak dia datang jaga.

We just so beruntung huhu.

Malam pertama ibu aq tidur di bilik aq while aq masih tengah lepak dekat master bedroom (yang pernah katilnya di kencing dan di berak haa ambil kau) bersama member yang tak reti nak tidur awal. Well bila ingat balik tak adalah awal sangat hahah.

Aq tak berapa nak ingat time tuh saja lepak borak atau kita orang lepak sambil makan McD sambil tengok cerita hantu. Banyak sangat dalam kepala otak aq nih walaupun bukannya bersaiz besar pun.

Anyway malam pertama tak jadi apa then masuk malam kedua my mom was there..

Malam tuh lepas dinner and beborak with my mom and housemates together, memasing pun masuk lah bilik memasing prepare for a good night sleep. Tapi malangnya aq still tak ngantuk so aq decide untuk download movie or tengok youtube haa macam itu lah lebih kurang.

Memandangkan ibu aq tengah tidur dalam bilik aq, aq tak nak lah buka internet memekak dalam tuh (plus aq jenis tak suka pakai earphone sebab nanti aq pening kepala aq pun tak tahu kenapa. Ada sesiapa sama macam aq ke?) so aq keluar dan pergi Bilik 2 (bilik yang tiada orang as diorang tidur kolej).

Aq bukan lah plan nak stay up but just nak layan internet buat timbul rasa ngantuk then aq blah lah masuk bilik. Time tuh hampir mencecah jam 2am. Aq sebenarnya bukanlah berani mana tapi dah tak ngantuk. Daripada aq tercengil terkebil-kebil sensorang dalam gelap better aq layan internet ada juga faedah.

Intai JagatWhere stories live. Discover now