"Hai Assalamualaikum, ahlan wasahlan, konichiwa dan selamat datang daripada Take A Peek channel !
Nama aq A dan kisah benar horror malam ini bertajuk..."
Okay hai readers, malas nak berdolak dalih, aq sebenarnya nak minta tolong sikit. Aq baru buat Youtube channel genre horror. Aq memang suka menulis sebab itu aq published dekat Wattpad. Free of charge je aq share story dengan kau orang, aq pun seronok kalau kau orang enjoy cerita aq.
And aq lagi appreciate kalau kau orang subscribe, like, komen dan share Youtube channel aq yang bernama Intai Jagai (known as 'Take A Peek' sebelum ni).
Ada yang prefer baca story genre horror through writing lagi feel, sebab boleh bayangkan ikut imaginasi kau orang. Ada yang prefer menggunakan deria lain which is dengar Spotify ataupun tengok Youtube.
Aq boleh bantai semua lol. So Wattpad aq masih akan update if I am on the mood. Tapi channel Intai Jagat Youtube aq akan update inshAllah every time ada cerita seram (based on kerajinan aku hehe I am so sorry).
Video aq semua pendek-pendek je, bawah 10 minit. Sebab aq jenis tak gemar sangat tengok video Youtube berdurasi belas-belas minit ke atas dekat Youtube melainkan macam anime (1 episod kan berdurasi dalam 24 minit), tak pun benda yang betul-betul eager je.
Aq buat playlist horror true-story short episode. Tapi akan ada a few special episod yang panjangnya berdurasi macam episod anime tau! Sebab ada yang komen video horror story-telling aq tuh pendek sangat, tak puas, so aq bagi kau orang special episod!
But most of them memang video-video pendek je. Ringkas dan padat, gitu.
Ada episod aq ceritakan balik cerita-cerita yang aq taip dekat Wattpad ni, ada juga yang kau orang tak pernah tahu dan dengar.
So stay tuned untuk video menarik aq dekat Youtube eh~
Dekat bawah ni aq sertakan link dan banner Youtube aq supaya kau orang tak tersalah channel nanti okay?
https://www.youtube.com/@intaijagat_takeapeek
Terima kasih banyak untuk support kau orang eh. Kalau kau orang baca nih dan tekan link aq bagi tuh, komen lah dekat Youtube yang kau orang jumpa channel aq daripada Wattpad ArffiPena24 : Intai Jagat ni ~ (supaya aq tahu ada orang daripada Wattpad yang support)
Bawah nih adalah kisah abang aq yang aq masukkan juga dalam Intai Jagat Youtube channel aq bertajuk #HORROR KOMPUTER : siapa buka pc aq?
~.~.~.~.~.~.~.
Location : my bro's workplace
Time : September 2021
Bro's P.O.V.
Aq seorang pekerja rajin yang bekerja keras sehingga lewat malam. Overtime kerap kali di ambil oleh aq dek kerja banyak yang tak pernah puas mengekori aq ke mana saja ibarat lebah yang menjaga madu nya.
Kejadian berlaku waktu malam, macam biasa hantu segan menunjukkan taringnya pada siang hari. Atau mungkin taringnya hanya akan keluar pada waktu bulan menonjolkan dirinya.
Di dalam office yang bertemankan meja, komputer dan alat tulis, aq bangkit setelah kerja yang aq rasa patut disiapkan pada hari tersebut telah selesai. Komputer aq shut down dan meja telah dibersihkan sesedap mata memandang.
Beg sandang aq ambil lalu badan aq berpusing 90 darjah kebelakang. Kalau tak faham, dengan kata mudah, aq toleh kan badan aq membelakangkan komputer aq yang mana screen telah gelap selepas di shut down sebentar tadi.
Lauk kegemaran mak aq masak telah terbayang di kepala sekaligus membuat perut aq bergendang laju. Tak mahu berlengah, aq berjalan meninggalkan meja komputer.
Lampu office aq matikan lalu suasana menjadi segelap hati syaitan yang berbisik.
Satu cahaya samar terpancar secara tiba-tiba daripada arah belakang aq. Badan aq pusingkan ke arah cahaya samar yang memancar. Hairan bin ajaib.
Komputer yang telah aq shut down telah kembali hidup. Screen terang benderang menguasai suasana yang gelap gelita.
Hanya screen komputer aq yang menyala, tiada yang lain.
Pelik bin unik, aq berpaling dalam gelap berpandukan cahaya screen menyala sendiri, aq tutup kembali plug yang menghubungkan jaringan arus yang mengalir.
Dapat aq rasakan bibit-bibit romantik tenungan dan pandangan mata makhluk tak berjasad di sekeliling. Moment tidak lagi menjadi romantik setelah renungan nya tidak dibalas oleh aq.
Pengabaian harus dilaksanakan demi melangsungkan kehidupan dengan perasaan yang tenang.
'Nyah kau dari sini dan jangan menemui aq lagi', monolog ku sendiri dengan harapan itu bukanlah harapan palsu.
Sekembalinya aq dirumah, aq disambut dengan haruman masakan yang membuat pesta perut kembali meriah. Perut yang membuncit satu cm besarnya tak lama selepas itu aq biarkan sambil mulut tersenyum kenyang.
Nampaknya kisah renungan romantik aq tak kesampaian dek aq tinggalkan merana bersendirian di office sana.
Oh lupa, esok aq kerja lagi.
p/s: If ada story tajuk sama tapi plot tak match detail macam kerusi merah jadi warna biru ke, atau terdengar ada suara Kak Pon aku cerita dalam Wattpad tapi kat Youtube Intai Jagat tak ada pun suara tu, maksudnya aku terlupa sebab kisah2 ni kisah orang & bukan daripada POV aku semata so I might terlupa few details. Tapi semua kisah benar, tak tipu! Hopefully that's explain. Sekian terima kasih banyak wahai reader yang setia membaca.
ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...
