Location : Sungai Ulu Yam, Selangor.
Abang P.O.V. :
Aq dan kawan-kawan ber-konvoi ber-camping di sungai atau air terjun Ulu Yam beberapa tahun lepas. Aq memang seorang extrovert dan gemarkan aktiviti memancing atau ber-camping spend time bersama kawan-kawan macam nih.
Dalam sebulan dua mesti kena ada aktiviti begini. Time tuh aq pergi dalam bawah 5 orang tak silap aq. Maklumlah tak semua available kan. Memasing ada tanggungjawab sendiri.
Setibanya di sana, selepas semua peralatan telah disiapkan, kami memasing pun berseronok berjimba terjun mandi sungai sana sini lol. Macam tak biasa, lelaki kan.
Okay tak penting kot part nih so kita skip ke part klimaks.
Malam tuh, setelah puas berenang bermandi-manda untuk hari pertama, masing-masing dok berborak kosong sambil makan apa yang kami bawa.
Sambil-sambil tuh, mata aq berlegar keliling kawasan memerhati.
Tempat macam nih, alam menghijau, siapa tahu apa yang ada selain flora dan fauna? Mungkin flora dan fauna yang kau nampak bukanlah flora dan fauna sebenarnya..
Faham maksud aq?
Lagipun ini bukan pertama kali aq melakukan aktiviti macam nih, so aq sedia maklum bukanlah persediaan fizikal sahaja yang harus diperketatkan. Segala batin, iman kau wajiblah tak longgar.
Oh my bahasa.
Okay then time tuh aq dengan bapa saudara aq seorang nih saja berdua jalan jauh sikit daripada yang lain but still tidak lah jauh mana.
Yang lain ada dekat-dekat situ dengan hal masing-masing.
'Me time' lah orang panggil kot.
Well gelaran saja 'bapa saudara' but actually dia lagi muda setahun daripada aq. Adik-beradik mak aq ramai.
Kau bayang time mak aq beranak kan aq, nenek aq pula beranak next year nya; anak yang ke 14.
Yes, bapa saudara aq nombor 14. Aq tak tipu lah hanat.
Okay-okay sorry, pardon my language. Rilex lah Fixi pun guna terms 'carutan digalakkan' untuk menyedapkan cerita, tak akan aq tak boleh?
So memang tak macam bapa saudara pun, lagak member-member saja. Aq gelarkan dia M dalam cerita nih okay?
Si M nih punyalah otak bijak, dia pergi pegang torchlight then suluh-suluh randomly dekat dalam hutan tuh. Tak kisah lah sungai ke air terjun ke, dalam hutan juga kan.
Sebenarnya for your information, dalam hutan nih tak boleh suluh sembarangan tahu. Adik aq pernah ikut pergi satu camp nih then one of the coach event Night Walk (alah yang jalan sensorang atau reramai dalam gelap gelita malam nak uji keberanian bagai tuh. Macam tak pernah join. Tak pernah ke? Faham-faham saja lah) tuh beritahu yang kalau malam-malam jangan guna any source of light sebab takut tersuluh benda yang tak sepatutnya disuluh so adik aq dan kawan-kawannya dilarang berbuat demikian semasa event tuh.
So dengan erti kata lain, jalan lah kau sensorang dalam gelap tuh. Padan muka kau!
Refleks kau orang apabila kau suluh mestilah kau akan ikut mana arah cahaya yang dihala tuh. Bukan kau seorang yang fokus, ada entiti lain juga yang autofocus dekat touchlight tuh.
Suluh punya suluh, M tersuluh sesuatu. Benda nih berlaku dalam a glimpse of eyes saja. Tak sampai 1 minit pun sebab M kan suluh randomly.
Then after that, kita orang pun bla laju-laju ke arah member-member yang lain. Tak nak cakap apa-apa dekat dia orang time tuh. Biarlah selesai camping nih dulu.
Mesti kau curious apa yang aq dan M nampak.
Dengan kata mudahnya, kita orang berdua nampak sepupu sepapat se-species se-kaum makhluk bergelar kappa.
Yes. kappa Malay version.
Wait. Kau orang tahu tak kappa tuh apa?
Kappa (河童, "anak-sungai"), dipanggil juga Kawatarō (川太郎, "budak lelaki-sungai") atau Kawako (川子, "kanak-kanak-sungai"), ialah makhluk legenda, jenis air dalam cerita rakyat .
Kegiatan: Dimaklumkan kappa ini suka menculik kanak-kanak untuk dimakan. Ada juga masyarakat mengatakan dia suka pada kanak-kanak dan orang perempuan untuk dijadikan alat 'bermain'.
Informasi di atas adalah copy paste daripada wikipedia Google, benar atau tidak wallahua'lam.
Tapi macam aq kata, ini kappa versi Melayu. So rupa dia bukan macam rupa tipikal hantu kappa berupa itik campur penyu campur manusia dalam Google image tuh.
Versi nih, lain macam sikit. Dia more to kappa + dajjal + toyol.
Berlatarbelakangkan badan seorang budak dalam anggaran 7-9 tahun, bermata satu berwarna merah darah, wajah yang berbiji-biji seakan jerawat pasir, sedang duduk atau berdiri (tak pasti sebab separuh badan dia dalam air), separuh daripada kepala dia merupakan mata satu dia. Means, he or she or it mempunyai mata yang sangat besar.
Which is, yang memerhati kita orang, more like aq dan M spontaneously-accidentally-randomly terbuat eye contact direct dengan dia time M suluh tadi.
Memang jelas aq cakap weyh bukan kaleng-kaleng blur ke apa sebab ada cahaya kan, so memang nampak real. Even dalam beberapa saat saja, sampai sekarang aq masih ingat rupa dia.
Tapi aq tak tahulah M dah lupa ke apa. Memasing time tuh dah petak (other term for cuak hahanat) tapi kita orang buat don't know saja sebab better that way lah kan.
Alhamdulillah time tuh saja lah yang nampak real sepanjang perkhemahan kecil kami. I mean, time tuh lah. Tak campur sebelum-sebelum and selepas tuh lagi haha.
Macam aq cakap, aq dah biasa aktiviti luar macam nih so mestilah jadi begitu begini.
Well tuh tak campur pergi rumah Mona Fendi malam-malam dengan kenkawan sebab saja nak test power.
Ataupun konvoi malam-malam nampak motor member ada 'awek' menyeringai tumpang sampai ber-wheely member punya petak!
Ataupun tuntut ilmu kebal sampai kebal tak jadi kebal and end up suffer sebab jin tuntut makanan (bukan aq).
Ataupun masuk pekan tengah-tengah pagi bersila duduk setempat dekat sebuah taman yang haunted semata-mata untuk dengar apa yang ada sekitar situ (kes test power juga lah ni).
Well geng, tuh semua time zaman jahiliah so mohon jangan follow or subscribe ya. Eh macam lain pula bunyi nya.
Whatever lah.
Gerak lu, pape roger.
Oh lupa. For your information, kalau baca cerita hantu nanti dia tahu so- apa dekat belakang kau tuh?

ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...