Bawah

173 11 12
                                    

Sebelum nih ia berlaku di tingkat ATAS, kali ni opposite. Ia di bawah. Tingkat BAWAH.

Waktu tuh aq semester 1. Baru nak menjinakkan diri di alam universiti. Walaupun kos yang aq terima bukan berdasarkan kemahuan ku, aq cuba. Okay tak penting.

Seperti diri aq yang sekarang, kelawar dan aq ada persamaan yang ketara.
Boleh terbang? Boleh nampak dalam gelap?

Eh jangan mengarut.

Maksud aq ialah, tak tidur malam. Well aq bukan completely tak tidur pada waktu malam. Tapi lebih kepada lewat tidur. Anime, movies, yeshh!

Sesaat aq sedang khusyuk tergelak melayan funny scene episod berapa entah tuh, terdengar sayup suara kucing gaduh. Dari tingkat BAWAH.

Bilik aq masa tuh tak tutup pintu, just renggang je bagi cahaya luar masuk. Plus, aq tak fikir apa pun masa tuh. Dengan tingkap depan rak kasut terbuka luas yang boleh menampakkan apa sahaja objek atau sesuatu yang lalu dekat koridor, menambahkan suasana creepy waktu tuh.

"Haish kucing ni nak gaduh pun esok-esok jelahh. Dah pagi-pagi nih bagilah orang tidur dengan aman.. " kata ku walaupun waktu detik tu aq tergolong dalam golongan insan-insan kelawar yang tak reti tidur ni.

Kucing tu senyap. Sunyi. Hilang. Untuk beberapa detik, ia bergaduh lagi. Nyaring sayup-sayup bunyi nya. Apa? Lahh aq tak kata pun kucing tu hantu. Chill. Belum lagi.

At least, for now.

Dalam 2-3 kali aq terdengar suara kucing gaduh tu, aq terdiam. Bulu roma tetiba tegak berdiri ibarat baru diberi arahan kawad oleh komander yang sangat garang dan tegas lagi sado.
Okay stop.

Aq pandang regangan pintu bilik aq. As katil aq memang berhadapan dengan pintu, yang berhadapan dengan tingkap depan rak kasut, straight view to the corridor, aq boleh nampak apa yang ada kat perkarangan koridor tuh.

Tak ada apa. Gelap. Kosong. Senyap.

Kucing gaduh tuh kedengaran dari tingkat BAWAH. Keberadaan aq pula di tingkat dua. Memang dekat bunyinya aq dengar. Tak tipu dohh.

Oh lupa. Nak tahu kenapa aq meremang? Aq ter-flashback tetiba lepas aq dengar bunyi kucing tuh.

Back in my grandma house, time tengah borak pasal hantu dengan pak cik saudara, Acik (gelaran pak cik) ada beritahu kitorang yang kalau dengar bunyi kucing gaduh sayup nyaring malam-malam or pagi, jangan tegur and tidur buat tak tahu je. And of course lah baca apa yang patut. Sebab itu bukan kucing.

Itu adalah Si Gula-Gula.

Tak kenal? Alahh yang berbungkus berikat kat bahagian kepala tuh. Gula-gula candy kan berbungkus dan berikat atas bawah. Macam tak tahu. Aq malas nak sebut nama dia. Dia tahu nanti.
So itulah gelaran yang kami sekeluarga beri untuk dia. Comel je kan nickname tuh?

Pergh serious aq meremang tulis ni bro.

Aq tak adalah pula nak check dekat tingkap untuk tengok Si Gula-Gula or 'si kucing' tuh. Tak berani weyh. Habis semua bulu roma meremang kau nak aq tegur dia? Memang tak ah.

Aq tak pasti lah memang si dia or memang real punya kucing. Tapi aq rasa memang si dia. Bukti? Bukti nya obvious time jantung aq berdebar gila disertai dengan berdiri nya bulu roma aq untuk menyanyikan lagu Negaraku (perumpamaan je okay) sejurus selepas dengar bunyi tuh.

Yes. For your info, bunyi Si Gula-Gula menyerupai bunyi kucing yang sedang bergaduh. Tapi dia lain sikit. Lebih kepada sayup dan kekadang nyaring? Aq pun tak sure macam-mana nak explain. Tapi lebih kurang begitulah. Sebabnya Acik aq pernah nampak dan dengar depan mata dia. Dan masa tuh memang tak ada seekor kucing pun berdekatan situ. Kawan dia pun ada menjadi saksi.

Tutup pintu, tarik selimut, start to sleep while counting the sheep. Itu yang aq buat lepas aq meremang.

Okay aq tipu part kira sheep tuh. Tak pernah seumur hidup aq tidur kira kambing. Okay tak penting.

Then sejak waktu tuh aq selalu tidur tutup pintu bilik. Untuk elak pandang tingkap and untuk elak dengar bunyi pelik-pelik.

Sebab aq tahu.
Sentiasa tahu yang...


..Dia tahu kita perasan akan diri nya .

Intai JagatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang